"Awak cantik"tiba tiba ayat itu meluncur keluar dari mulut Ammar tanpa dia sedari.
"What!" Hampir sahaja Afifa mahu menjerit. Pertama kali seorang lelaki pelajar dari sini mengatakan perkataan tersebut.
Live pulak tu.Pang!
Buku teks BI mendarat dipipi Ammar. Ammar mengusap pipinya lembut. Dia baru sedar apa yang dia ucapkan tadi.
Semua mata memandang mereka.
Selepas itu mereka menyambung semula perbuatan mereka semula."Maaf"ucap Ammar sambil tangannya dirapatkan.
"Do not ever say that again!"Afifa memberi amaran seraya menunding jarinya kearah Ammar. Ammar hanya membalas dengan senyuman tawar.
Dia berpusing kehadapan.*****
"Weh Fifa, asal kau marah ni?"soal Luqyana selepas waktu Addmath habis dan waktu rehat pula diambil.
"Erm, nothing"balas Afifa yang ralit membaca nota Addmath yang baru dibelajarnya tadi. Memang kebiasaan Afifa selepas waktu pembelajaran habis. Dia akan mencuri masa dalam 5 minit untuk membaca, membelek, memahami apa yang diajar oleh cikgu masa pembelajaran.
"Nothing je? Bukan tadi kau lempang si mamat Korea tu ke?"tanya Luqyana lagi. Afifa yang masih membaca nota tadi diganggu. Dia palingnya mukanya ke muka Luqyana.
"Dia buat aku sakit hati"jawab Afifa geram. Lantas disambung bacaannya tadi.
"Asal kau tampar dia tadi?"Luqyana menanyakan lagi.
Adoi mak, sakit tangan aku asyik tekan tanda soal je."Nanti aku tepon kau" kata Afifa sambil mengemas buku nota Addmath.
Dia sibuk mengemas alat tulis kedalam pencil case bercorak comel.
Luqyana mahu menanyakan beberapa soalan lagi namun melihat Afifa yang panas baran itu tujuannya terbantut."Dah jom, kita pergi kantin, aku lapar" Afifa merangkul lengan Luqyana sambil berjalan ke kantin.
Luqyana hanya membalas dengan senyuman. Yang lain dah blah bila tengok mamat korea sesat tu.
Tah kenapa tiba tiba sesat masuk sini.
Pirah!*****
"Assalamualaikum"laung Firash dengan malas. Balik kerja je terus cabut masuk bilik. Penat lah.
"Waalaikumussalam, eh Ash, awal balik? Bukan biasanya pukul 5 petang balik eh?"soal Puan Hajjah Faridah didapur. Tangannya ligat bermain dengan senduk dan pisau.
Masak lewtu."herm, malam ni kena bersiap, kena pergi oversea. 2 minggu rasanya."balas Firash mendatar lalu menapak ke biliknya.
Puan Hajjah Faridah hanya mengangguk. Dia paham akan kerjaya Firash. Entah macam mana dia boleh terjebak.*****
Afifa mencari meja kosong didalam perpustakaan sekolahnya. Hari ini, Cikgu Sabrina pergi khusus dan kelas tambahan masih diadakan. Baru nak rileks akan tetapi Cikgu Sabrina memberi kerjanya kepada pelajar 5 ST 1.
"Hish, mana lah tempat kosong ni"rungut Afifa yang sedang memegang pencil casenya dan buku aktiviti Kimia Tingkatan 5.
Matanya sibuk mencari tempat kosong akhirnya jumpa."Hah tu dia"kata Afifa seraya berjalan ke arah tempat duduk dihadapan seorang pelajar lelaki yang khusyuk membaca buku.
Afifa melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Nikmatnya. Kenapa dia diperpustakaan? Sebab dia ikut mood . Yang lain semua kat kelas tapi dia malas.
Pelajar lelaki dihadapannya mengangkat kepalanya menghadap Afifa, Afifa begitu. Dan mata Afifa 100% bulat macam burung hantu.
YOU ARE READING
Kisah Cinta Cik Ego✔
RandomDia datang mengantikan kekasih lama yang bertapak dihati. Dia pencuri hati yang mampu mencairkan hati seorang gadis yang ego. Bila hati kata rindu tapi mulut menafikan, ego saja lebih. COMPLETED : SEP 2016 Best achivement : #1 in random July/Jun2016...