BAB 21

5K 176 4
                                    

Afifa menjerit kecil tatkala si kembar menggeletek kaki Afifa yang sedang duk temenung jauh.

"Hahahaha sudah lah, Mak Usu geli, ah dah lah princess" Afifa menyuruh pasangan kembar itu berhenti namun mereka semakin degil. Tetap tidak mahu lepaskan.

"No way! An tak nak lepas" balas Dayana lalu ketawa kecil. Fasih jugak budak ni.
Dyana masih menggeletek kaki Afifa kuat.
Alahai, gembiranya.

"Nana pun" kini Dyana pula berbicara. Eh budak ni aku panggil mak kau kan.

"An! Nana! Mak Usu kata tadi suruh stop kan? Jangan degil" tu dia, dah datang dah singa kak iparnya.
Dyana dan Dayana terus mati tawanya. Tangannya berhenti dari aksi menggeletek kaki si mak su.
tangan mereka diletakkan dibelakang. Mata mereka memandang ke bawah. Lagaknya seperti takut dan sedih.

"Maafkan kami, Mak Chu. An mintak maaf cebab geletek kaki Mak Chu" rintih Dayana perlahan. Alamak dah keluar dah drama queen tu.

"Nana pun. Nana mintak maaf" rintih si adik pula. Setelah si ibu melihat adegan meminta maaf terus keluar ke bilik suaminya. Si kembar senyum sinis. Ingat senang nak kawal si kembar ni? Sekali dia buat hal, dia akan buat lagi sampai kena denda.

"Kami tadi saja je mintak maaf, nak test" ujar Dayana lalu meluru ke Afifa. Afifa sudah tidak keruan. Kakinya baru nak dimasukkan kedalam selimut tebal. Namun tindakan si kembar laju.

"Hahahhahahahahah" pecah tawa Afifa sambil memegang perutnya. Si kembar sudah menjalankan misi mereka yang diberi oleh Alif. Sempat lagi Alif memesan kepada Si kembar supaya membalas dendam kepada Afifa dek mengganggunya didalam kapal terbang semalam.

"AQILA DAYANA! AQISYA DYANA! ummi kata apa tadi? Stop kan? So stop! Apa dia ni tak dengar. Malam ni you guys tidur dekat luar. Biar hantu ambik korang nak?" Jerkah Qasya kuat. Tawa si kembar senyap.

"Ummi, An tak nak, Nana start dulu, An tak nak mi, ummi, maafkan An mi, ummi, biar Nana lah tido kat luar, An tak nak"rengek Dayana lalu menangis teresak esak. Dyana pula hanya melopong.

"Mana ada salah Nana, An tu, dia start dulu" Dyana memulangkan paku keras kepada Dayana pula.

"no! Semua duduk dekat luar sampai esok! Atau tidak, your guys tak dapat makan malam ni" ugut Qasya. Afifa hanya melihat. Dia tahu yang kakak ipar ni hanya bergurau.

"Tak nak mi, ummi An tak nak" rintih si kakak ,Dayana.

"Nana pun, tak pe Nana sanggup tak makan" rintih si adik pula.

Afifa tahan tawanya dari meletus. Apa lagi si ibu pun mula lah ketawakan si kembar. Mata mereka sudah marah dek menangis. Afifa pun apa lagi bantai gelak lah.

*****

"Seriously?" Rizz sudah melopong tatkala mendengar cerita dari Firash didalam flight.

"Erk, ye kot, aku harap dia boleh lah terima aku ni." Firash mengigit bibirnya sedikit. Kalau dia tak terima, aku redha je lah.

"Kenapa ni weh?"soal Faris yang baru sedar dari alam mimpi. Rizz dan Firash hanya memandang sepi Faris. Krik krik.

"sedap tido?"soal Rizz sinis.
Faris hanya tersenyum kelat.

"Firash kata nak kahwin" ujar Rizz selamba badak tanpa meminta izin dari Firash. Firash melopong.

"What!" Hampir sahaja Faris mahu menjerit, Rizz awal awal sudah menekup mulut Faris.
Faris hanya memandang muka Firash untuk kepastian.
Firash hanya angguk.

"Bila?"soal Rizz dan Faris serentak.
Firash hanya tersenyum sinis.

*****

"Sayang, asal bilik sayang semalam ada orang nangis dengan orang marah marah tadi?"soal Afif seraya menolak troli bagasi ke balai pelepasan.

"Tadi, sayang marah princess, dia orang geletek kaki adik, jadi sayang marah lah princess lepas tu suruh diaorang tidur kat luar, nangis lah, lepas tu sayang marah, diaorang pujuk sayang tak nak tidur luar, lepas tu sayang gelak. Padahal nak buat diaorang prank je. Tak pasal pasal semua tak nak kawan dengan sayang" ujar Qasya panjang berjelar. Melopong Afif dibuatnya.

"La patut lah" Si kembar disebelah ayah mereka hanya memandang ibunya sepi. Buat lagi kejutan kebaboom dekat orang.

"Patutnya abang marah Kak Long bukannya naik sama" Afifa menyelit diantara pasangan itu.
Afif hanya memukul kuat kepala adiknya.

"Uih, sakit lah, abang ingat kepala adik ni apa? Bantal nak ketuk ketuk. Kalau nak ketuk, ketuk lah pintu tandas airport. Ni tak kepala adik jugak yang kena" bebel Afifa sambil membaiki tudung shawl pashmina bertona hitam. pemakaian Afifa simple dimple je. Baju kemeja cotton putih dimasukkan kedalam skrit labuh hitam. Dan kasut converse warna merah.
Senang.

*****

"Eh, asal flight ni melencong kat U.K pulak?"soal Faris yang bangun dari tidurnya kali ketiga.

"entah, kau tanya pilot tu" jawab Firash dengan sinis. Macam lah aku tahu sangat pasal ni.

"Hehehe"

Beberapa penumpang dibandar U.K mengambil tempat duduk didalam flight.
Dan seorang yang familiar mengambil tempat duduk dihadapannya. Disebelah seat Rizz, Faris dan Firash, juga familiar.
Seorang gadis dihadapan Firash berpaling kebelakang. Terkejut mereka berdua.

"Kau!"

*****

"kak, kak tahu tak niah Afifa tu" Ammar menunjukkan telefonnya kepada Mia. Mia hanya mengerut dahinya.

"So? Kau ingat akak nampak lah" balas Mia dengan sinis. Ye lah, Mia ni rabun. Biadanya dia ni pakai kanta mata, tapi macam mana tah boleh hilang. jauh gila kot nak tengok gambar si Afifa gadis pujaan Ammar. Ammar duduk sebelah pemandu. Mia pula belakang pemandu.

"Sini lah" arah Ammar perlahan. Mia mengesot dengan perlahan.
Melopong Mia dibuatnya.

Sorry tak best. heheh...idea tak ada. Maafla.

Vote for next chappter?

Kisah Cinta Cik Ego✔Where stories live. Discover now