Afifa cepat cepat melarikan diri daripada minah gila cerewet itu.
Buk!
Tanpa memandang ke arah depan, dia terlanggar seorang makhluk, entah jantinanya apa. Tapi, badannya berketul ketul.
Dan Afifa menggosok kepalanya sedikit. Tudung shawl warna pink lembut dibaiki sedikit. Bajunya kotor itu disapu bagi menghilangkan kotoran. Guna lah jenama downy yang pasti boleh menghilangkan kotoran dengan sekali cuci. Eh, teriklan pulak.Malang sungguh nasib Afifa, setelah novelnya buat salah, selepas itu tuannya pula buat salah.
Mulut Afifa terkumat kamit meminta maaf tanpa memandang makhluk itu.
Matanya mula memandang makhluk ciptaan ALLAH."Erk, Rayyan sorry sangat, langgar kau. But the way, sejak bila balik sini?"tuturnya lembut sambil menundukkan sedikit pandangannya.
Rayyan hanya ketawa kecil. Lucu pulak kawan lamanya ini.
"Hey, its okey. Dekat seminggu aku kat sini, aku ingat aku nak jumpa kau dekat rumah. nak buat susprise. Hehe.." balasnya sambil berjalan sama sama.
"Oh, marilah kat rumah, lagipun mama aku rindu jugak dekat anak buah dia ni. Kau tinggal dekat rumah kau ke rumah tok saudara angkat kau?"tanya Afifa sedikit kasar. Ye lah, umur pun setahun je jaraknya. Jadi panggilan tu tiada masalah, aku-kau sudah biasa, dan tiada panggilan saya-awak-abang.
"herm, minggu depan nak pergi. Lagipun nak jugak ambik angin sekali sekala" balas Rayyan seraya membelek pakaian yang ada di sebuah kedai dalam mall.
"Berapa hari kau duduk sini? Balik sorang ke?"tanya Afifa.
"Dalam sebulan, datang berempat, kalau datang sorang, mesti kau nak ushar aku kan?" Balas Rayyan selaras menyakat Afifa.
Afifa mengawal blushingnya. Hey, aku tak nak ushar dia. Perasan. Nasib lah tak blushing mana.
"eleh, perasan. Jadi Rayna dengan Ratna mari jugak ke? Kau ajak diaorang mari rumah mama aku. Mama aku rindu jugak dekat adik adik nakal seperangai dengan kau"
Adik kembar Rayyan yang bernama Rayna dan Ratna berusia 15 tahun.
"Aik, kalau kau cuti sebulan maknanya, dia tak pergi school lah sebulan?"soal Afifa mahu kepastian.
"Tak, minggu depan hari Sabtu baru balik sana dan hari isnin start school" terang Rayyan. mereka menuju ke sebuah restoran. Dipesannya menu sama.
"Oh, diaorang balik sama? Lepas tu rumah kau dekat sana? dia tinggal dua je ke?"soal Afifa bertalu talu.
"Ala aku kan kaya, hehe..perasan jap. Aku kan ada super bibik dua orang dan seorang lagi driver, jadi tiada maslah untuk diorang. Aku dengan mummy pun, nak rehat jugak, sebab bulan depan, aku dah start dah kena kerja" terang Rayyan sambil menggaru kepalanya.
"hah? Kau kerja?"
"Ambik syarikat ayah aku yang lama ayah saudara aku pegang. Dan daddy aku buat surat waris, kata aku boleh pegang syarikat tu bila umur aku up 17.
Now aku umur 18, baru je bulan lepas aku sampai umur." Terang Rayyan sambil mengacau air ais limau"Oh, kalau macam tu, aku belanja kau sebagai hari jadi kau" jujur sahaja Afifa berkata. sementara Rayyan sedang bermain telefonnya, Afifa terus memeriksa beg duitnya. Nasib lah mama bagi duit lebih tadi. Huh, Luqyana nak jumpa aku, tapi aku tak bagitahu lagi dekat mana nak jumpa mesej ah kejap.
Monolog Afifa sendirian. Setelah makanan sampai, terus Afifa mesej kepada LuqyanaAfifa: woi, kita jumpa dekat cafe's. Kau kenal kan?
Send. huh. Nafas lega dihembus.
Luqyana: oke. Jumpa nanti. Kau lambai lah kau dekat mana eh. :')
Afifa : kalau tak nak? Oke aku lambai kau tanda kau nak blah oke?
Luqyana : --'
Afifa : herm.
Malas mahu meneruskan perbualan, Afifa terus menjamah selera yang sedia ada didepan mata.
Baik makan selalu dengan cepat. Nanti Yana datang, abis ah duit aku.
Afifa memandang Rayyan sekilas. huih, licin doo.
Air pun lagi sikit lagi nak abis.Setelah menghabiskan makanan yang sedia ada, Rayyan terus bangun.
"Nak pi mana? Teman lah cheq sat." Arah Afifa dengan loghat utagha. Maaf kalau silap, daku tak pandai loghat utagha, fail. Kalau loghat ganu reti lah. Semestinya daku terengganu.
"Aku nak balik..mummy dah mesej dah. Adik aku tu meroyan bila aku kata aku jumpa kau. Fangirling diorang disana" ujarnya lalu menghabiskan airnya.
"eleh, aku ni kan retis. Bukan kau, yang over " perli Afifa sambil menyumbat spaghetti penuh satu mulut.
"Perasan, dah lah aku chauw lu. Papehal call oke?"
Afifa angguk. nak balas, mulut penuh.
Dan selaras itu, makanannya habis. Alhamdullillah, kenyang. selang beberapa kinit, Luqyana datang dengan alunan kompang. Dia datang dengan lenggang lenggok. Ewah ewah, pok pok *bunyi kompang*
Mengarut tak sah.
Lantas Luqyana melabuhkan punggung. Seraya itu Afifa sendawa kecil. Alhamdulllillah, kenyang.
"Abis dah? Baru aku nak kau belanja aku" tengok, kan aku dah kata, minah ni tak boleh kalau aku makan, pasti dia nak aku belanja atau mintak sikit. Kata nak rasa lah, tak makan lagi lah. Nanti gastrik lah, mak tak masak lah , nak jumpa boypreng lah.
Macam macam.
kata nak sikit je, tapi...paham paham jelah.
Padahal sekali suap, habis terus."Jauh kau termenung, mesti pasal aku yang suka mintak sikit tapi aku sumbat, licin pinggan kan?
eleh, aku kenal kau" sindir Luqyana lalu mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya."Apa tu?"soal Afifa sambil mulutnya menunding ke arah sebuah kotak sederhana kecil.
"Oh, ni? Erhm...meh kita tengok apa yang ada didalam ini"
luqyana membuka dan membuatkan Afifa terbuntang matanya. Seutas jam G-Shock berwarna hitam ungu sedang elok bersantai didalam kotak itu.
"Untuk siapa? Berapa ratus weh?"soal Afifa sambil menelek jam tersebut.
"untuk buah hati, Rm 350. Limited edition set couple" jujur Luqyana menjawab sambil memandang kebawah. Luqyana sudah lama membeli limited edition set couple , lebih kurang tahun lepas.
"What? Untuk rill langsir?" Kali ini memang terkejut habis. Untuk buah hati rupanya.
"Ish kau ni. dia ada nama oke! Muhammad Aerill Bin Azri tau. Lusa tak birthday date dia. So aku nak kau luahkan kata kata jiwang dekat aku" arah Luqyana sambil mengeluarkan pen dan sekeping kertas berbentuk love.
"Weh, aku mana pernah jiwang! ayat jiwang kau dah habis ke? Alah, senang je, kau buat pantun dan juga pickuplines" cadang Afifa sambil menyedut air orennya.
"Betul jugak. Meh aku tulis"
Dan mulalah Afifa dan Luqyana menulis kata kata cinta kepada buah hati Luqyana.
Tanpa mereka sedari, seseorang sedang ligat memerhati mereka.
"Aku tahu kau takkan jatuh dekat aku. Tapi aku akan buat kau jatuh dekat aku! Kau tunggu Am" sinis seorang lelaki berkata, dia bangun berlalu pergi.
Hehehe...seperti biasa.
Eh, siapa lelaki tu? Kenapa dengan dia? oke lupakan.Nantikan chappter seterusnya oke?
YOU ARE READING
Kisah Cinta Cik Ego✔
RandomDia datang mengantikan kekasih lama yang bertapak dihati. Dia pencuri hati yang mampu mencairkan hati seorang gadis yang ego. Bila hati kata rindu tapi mulut menafikan, ego saja lebih. COMPLETED : SEP 2016 Best achivement : #1 in random July/Jun2016...