BAB 30

5K 206 4
                                        

"Dah tak payah nak berlakon bangun" Firash cuba menamatkan lakonan pengsan dari Afifa.
Afifa mendengus kasar.

dasar tunang tak sedar diri, weh tunang kau tu dah tahu semua helah kau, sedar lah sikit Afifa. Sempat lagi author menyepit disitu.

"Herm, kau nak apa?"soal Afifa geram. Tangannya disilangkan, mulut diherot sedikit biar senget sikit. Matanya memandang kearah lain bagi mengelakkan Firash memandangnya.

"Hah, ingat comel buat muka macam tu, iman ni tak goyah lah" Firash cuba memalingkan muka Afifa kearahnya. Namuj gagal.

"Ni nak bagitahu, Firash berterima kasih sangat sebab sudi jadi tunang Firash, walaupun Afifa tak suka, tapi Afifa kena terima tau! walaupun Firash tahu macam mana Afifa boleh terima pinangan Firash, tapi jangan sakitkan hati Firash, dan Firash nak Afifa belajar mencintai Firash secepat mungkin eh, jangan cepat sangat Firash nak Afifa cinta Firash lepas kahwin, kan sweet gitu. Firash harap Afifa terima cinta Firash ya. Firash bagitahu awal awal takut Afifa tak nak dengar lain kali. Dah, tu je Firash nak bagitahu, lain kali kalau jumpa jangan buat bodoh je jumpa Firash, nanti siap tau lepas kahwin. Dah Firash nak balik. Bai bai, jaga diri, jangan berlakon tau, kesian mama dan papa. Jaga iman, jaga hati, jaga sikap. " panjang Firash memberitahu isi hatinya lalu keluar dari wad Afifa, walaupun ada kekok sikit namun dia biarkan sahaja.

Afifa hanya memandang Firash yang berlalu keluar.

"Jangan lah tengok saya keluar, tahu lah saya hensem" tegur Firash membuatkan Afifa tersedar.

Laju Afifa memandang kearah lain.
Satu mutiara jernih keluar dari tubir matanya tanpa disedarinya. Afifa mengesat mutiara jernih itu lalu berbaring dikatil wad itu.

"Ah, asal aku ni, lusa dah nak sekolah tayah risau sangat lah, dia tu tunang je bukannya su...suami" tuturnya bila disebut suami, Afifa mula resah.

Macam mana dia nak jadi isteri solehah kalau dengan ego ni?
Ya Allah, Kau lembutkan lah hati ku ini supaya menerima cinta dari bakal suami ku nanti.

Afifa berdoa didalam hati perlahan. Resah dihati semakin gian.

Matanya mula terasa berat kerana hari sudah lewat, sudah pukul 3:00 pagi rupanya, namun mata tetap digagahkan untuk bersolat tahajud, masa ni lah nak rapat dengan Allah, Allah suka hambanya yang bangun semata mata untuk berbicara dengan-Nya pada waktu manusia lain enak dibuai mimpi. Walaupun dia ni masuk wad semata mata pengsan sebabkan hati ibubapanya risau kan anaknya pengsan sebanyak dua kali dalam sehari sebab itu dia dimasukkan kedalam wad. Afifa membaca Al-Quran dalam 5 helai muka surat. Hatinya kini mula tenang. Dan dia mula berbaring untuk merehatkan badannya, esok dah boleh keluar.

*****

Afifa mula mengemas barang barangnya yang ada dibilik wad sementaranya itu.

Dia melangkah keluar dari wad tersebut, ibunya masih dikaunter hospital untuk membayarkan jumlah kos dia 'menginap' disitu.

Afifa duduk sebentar dikerusi sambil menunggu ibunya mbuat pembayaran. Kasutnya diikat kemas supaya tidak lah jalan nanti terpijak tali kasut conversenya.

"Erk, ma, siapa bagitahu Furash yang adik ada dekat sini?"soal Afifa seraya berdiri dan mendapatkan ibunya yang berjalan kearahnya.

"Herm, entah, tapi Farina ada tanya dekat Kak Ana, mungkin Far bagitahu dekat Firash kot" balas Puan Sri Fara tenang sambil berjalan ke kereta, hanya Puan Sri Fara yang ambilnya.

Setelah memasuki kereta ibunya, bunyi mesej dari aplikasi WhatsApp membuatkan Afifa secara spotan membuka mesej tersebut.

Kisah Cinta Cik Ego✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang