BAB 19

5.4K 197 0
                                    

"Dik, ada orang call" Alif memberitahu tentang telefon Afifa yang berkelip sebentar tadi. Ye lah dia buat mute kan tak pasal pasal kena kecam satu flight.

Afifa yang baru selesai membuang hajat hanya angguk. Patutlah aku rasa tak sedap hati.
Afifa melihat siapa yang call dia tadi.
Haish, aku ingatkan perdana menteri mana tadi call aku tadi,rupanya minah ni.
Pantas Afifa menekan butang call semula.

"Hah kau ni dah kenapa?"

Laju mulutnya bercakap. Adoi cover lah sikit. Kan ada pasang telinga naya kau. Nak naya apanya. Ni bukan PM pun.

"Ish kau ni, ce cite pasal mamat korea sesat tu"

"Cegini cerita, kau kena tepuk tangan dulu baru aku cerita"

hahaha. Afifa tahu apa yang dirancangnya. Wakakak.

"Hah dah,cite ah"

Kedengaran bunyi tepukan didalam corong telefon mereka.
Afifa mula mula dah bantai gelak.
Lurusnya kawan aku ni.

"Dah habis, yang kau tepuk kenapa?"

"Herm..please, seriously? Kena tipu lah ni, hampeh aku dapat kawan cegini. Please, citer lah"

Afifa masih memikir samada mahu menceritakan atau tidak. Ala cerita tadi tu bukan lah panjang sangat.

"Ye lah , begini, tadi masa aku tengah syok fokus tengok Teacher Qyna mengajar tetiba lah datang seorang makhluk bernama Ammar, dan sejak dari situ dia menganggu fokus ku untuk memdengar, melihat dan membaca apa yang cikgu lakukan. Dan aku apa lagi sound ah dekat dia, bunyi dia macam, woi budak baru! Boleh tak kau tepi sikit, lepas tu dia toleh dia terkejut sebab tengok muka aku yang garang kalah singa menawan, oke joke. Lepas tu tetiba dia cakap awak cantik, then aku apa lagi, pang! Aku tampar ah budak baru tu. Dan aku ada gak ah bagi dia amaran, dan tamat"

Afifa yang dari tadi bercerita kini pelik tatkala mendengar dengkuran dicorong telefon.

"yana!"

Nasiblah tak terkeluar anak tengkuk ni. Perlahan sahaja Afifa memanggil Luqyana dengan tegas.

"Ye, heheh sorry aku sengaja buat tidur, wakakak, oh sedih gak mamat korea sesat tu kan?"

"Tak kot, dah aku nak letak ni. Nantikan mama aku bising sebab cakap dengan kau dalam flight ni,nanti ah kita chat lam wassap eh"

"Flight? Kau naik flight? Asal? Kau pergi mana? Asal kau tak bagitahu kau pergi mana, sampai hati kau weh, aku mengajuk lah gini"

"Mana ada, aku lupa, aku nak susprise kat kau je dengan geng bila aku sampai dekat sana"

"Oh. Oke...chat ngan aku tau! Oke bai baby bucuk, sayang kau, beli aku cenderhati kat aku tau"

"Hah oke, bai asalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Afifa mematikan perbualan tadi. haih, tersasur lah pulak, baru nak je nak buat kejutan tergempar. Boleh lah masuk dalam berita 'Kawan terkejut melihat kawannya membuat kejutan kebabom'. Baru best.

Fikirannya sudah mengarut sampai masul dalam berita bagai.
Satu tepukan kasar membuat kan dia memulaskan tangan makhluk itu.

"Argh dik, abang sakit" Alif sudah mengerang kesakitan sambil memegang tangannya yang dipulas oleh Afifa.

Afifa terus sahaja melepaskan genggaman ditangan abangnya.

"Sorry bang, heheh...ingat tadi orang jahat"

Kisah Cinta Cik Ego✔Where stories live. Discover now