Keluarga Afifa keluar dari perut kapal terbang yang menerbangkan penumpang seramai 289 orang ke U.K selama 7 jam. Afifa tergopoh gapah mencapai troli bagasi.
Ditariknya bagasi warna merah jambu dan mempunyai keychain corak Hello Kitty.
Ditarik pula bagasi warna merah hati milik kakak iparnya yang megandung 6 bulan. Si suami pulak sibuk ke tandas dengan anak anak.
Afifa menarik bagasi anak saudaranya yang mengikuti abang longnya.
hadoi, ni denda ke sebab dalam flight tadi bising?"Hah larat ke adik abang angkut semua bagasi tu?"soal Abang Sado yang sibuk menarik bagasinya.
Afifa hanya membuat muka kasihan.
Dia angguk perlahan."Meh abang ambil. Pergi tarik telinga abang ninja kamu tu. Malas je kerjanya"arah Abang Sado lalu menolak Afifa ke arah Alif.
Afifa hanya angguk. Sebenarnya bukan dia tidak mahu membuka mulut tapi, dia rasa mahu muntah. Entah kenapa?"Woi bang. Pi ah angkut bagasi kau. Tiga kot. dua yang besar satu yang kecik. Takkan nak mengharap kot? Kalau nanti bila nak balik sini, kena jugak angkut sendiri" Dah mula dah ceramah free dari Cik Afifa.
"Herm, sabar lu dik. Abang baru nak jadi model kat sini. lagi satu kan ramai awek tengok kat abang. ABang ni kan hensem" Alif cuba berbangga diri namun sempat dihempuk oleh Afifa. Orang lain yang lalu lalang hanya melibat. Ada juga awek salih ketawa kecil sebab melihat adegan adik beradik tu.
"Hah ye lah. Abang ni baru nak poyo. tak pasal pasal dah famous sebab kena tendangan berapi berasap dari adik" ujar Alif lalu beredar ke tempat pengambilan bagasi.
"Ma, adik rasa adik nak pergi tandas. Nak muntah" pinta Afifa laju kakinya dihayun ke tandas berdekatan. Mujurlah musim panas kalau musim sejuk memang tak ah dia akan ketandas. Silap silap ais bukan air. Setelah memuntahkan segala benda didalam perut dikeluarkan. Selesai sahaja dia terus ke sink. Mencuci mulutnya. Sebelum itu kita selfie dulu!
*****
"Erm. Bila nak mulakan?"soal Firash yang masih menggaru kepalanya yang tidak gatal tu.
"Sekarang le"jawab Faris lalu memasangkan alatan pengintipnya.
"Nah Firash, kau kena menyamar dan kau kena record perbualan dua orang ni oke?" Arah Faris lalu menghulurkan satu beg kertas kepada Firash. Firash menyambutnya dengan baik.
"oke ke?"soal Firash yang sudah selesai memakai pakaian. Baju gaun paras lutut berwarna putih bercorak bunga halus. Dipakai pula seluar jeans. Rambut palsu pula tu. Dah lah warna perang. Wakakaka. Rizz awal awal lagi sudah bantai gelak.
"Oke je, cantik apa"puji Faris lalu me-touch-up-kan Firash.
Baru sahaja Faris mahu gelak tapi ditahan. Nantikan tak pasal pasal Firash mengajuk balik Malaysia. Tak ke naya?"Dah. Kami hantar kau depan cafe tu. Nasib lah si pencuri ni Islam. Kau tempah lah apa apa asal kau jalankan tugas kau. Atau kata lain, kau cuma minum sahaja kat sana oke?"
Firash hanya angguk. Dicapai beg tanggan gucci yang disediakan.
Hadoi. Nasib kasut bertali. Kalau kasut tumit tinggi, memang sah sah aku baling sesorang dengan kasut tumit tinggi."hah dah? Kasut tu Tuan tak ingat saiz kaki kau berapa. so Tuan beli je lah kasut Converse bertali warna merah ni. Nasib lah dia dapat agak. Lagi satu kalau Tuan nak beli kasut tumit tinggi bagi kau memang sah sah tak de. Wakakaka" ujar Rizz yang sibuk menyeletkan mikrofon kecil telinga Firash dan juga meletakkan alat pendengar dipoket gaun Firash.
"Hah siap. Cepat turun bawah. Faris dah nak chauw tu. Bai bai baby sayang. You nampak cantik harini" perli Rizz lalu ketawa secara kuat.
YOU ARE READING
Kisah Cinta Cik Ego✔
De TodoDia datang mengantikan kekasih lama yang bertapak dihati. Dia pencuri hati yang mampu mencairkan hati seorang gadis yang ego. Bila hati kata rindu tapi mulut menafikan, ego saja lebih. COMPLETED : SEP 2016 Best achivement : #1 in random July/Jun2016...