BAB 5

8.4K 368 4
                                    

"Fifa! Kau tahu tak yang bulan depan Pra Percubaan SPM?"soal Luqyana yang sedang membelek buka dimejanya. Meja sebelahnya Afifa. Afifa yang tidur tidur ayam mengangkat kening.

"Ish kau ni! Malas lah aku nak layan kau! Mentang-mentanglah kau ni anak pengetua, aku ni anak angkat kau buat aku macam tu kan!"marah Luqyana.

Dari pagi lagi hingga tengah hari, Afifa malas nak layan pelajar dalam kelasnya. Hanya diam sahaja, ada juga tidur.

"Kau ni, aku ada masalah lah sebab tu aku senyap, aku pening"akhirnya Afifa bersuara.

"Oh, cerita lah kat aku eh"rayu Luqyana yang mengoyangkan badannya sehingga terkena Afifa.

"Bila aku ada mood" balas Afifa, dia bangun lalu ke tandas.

"hermm"Luqyana memuncung mulut. Pensilnya diletakkan diatas mulutnya yang muncung itu. Dia melipatkan bahagian tudung yang berada diatas dahi itu.

Dia mengeluarkan Telefon jenama Samsung A4. Dia membuka aplikasi B612. Banyak gambar yang dia ambil.

Walaupun anak angkat, dia tetap gembira. Luqyana Farha ditinggalkan dihadapan pintu rumah ibubapa angkatnya semasa berumur 3 bulan.

Entah mengapa Luqyana dihiraukan oleh ibu kandungnya.
Lamunannya terhenti tatkala seorang menggoncang bahunya.

"Yana! Esok kau bayar aku 5 ringgit"arah Dian iaitu bendahari kelas 5 Sains Tulen 1.

Luqyana angguk. Walaupun kaya, Luqyana masih terasa berhutang dengan ibubapa angkatnya. Terasa beban pula.

Afifa bukan ke tandas tapi ke port kesayangannya. Taman dihadapan blok E.

Nyaman rasanya. Segala penat lelah dilepaskan disitu.
Dia melukiskan sesuatu dilantai menggunakan kakinya.

Lukisan seorang lelaki memimpin seorang perempuan ditangan kiri dan ditangan kanan seorang lelaki dewasa memimpinnya.

Seterusnya Afifa menulis sesuatu menggunakan tangannya dengan bantuan batu kecil.

Ash, Fifa , Abang Ninja

*****

Farish yang sedang belajar menulis not piano diganggu kerana telefonnya berdering.

'Haishh, ganggu je'
Firash menekan butang hijau yang menandakan telefon diangkat.

"Assalamualaikum, Firash!"

"Waalaikumussalam, kenapa Tuan Tajul?"

"Ni urgent!!"

"Baik Tuan! Saya datang sekarang!"

Panggilan ditamatkan dengan butang merah yang menandakan panggilan dimatikan.

Laju dia bersiap ketempat kerja.
kunci kereta BMW Series diambil.
Setelah lama memandu, akhirnya tiba di tempat kerja.

"Ya Tuan kenapa?"soal Firash yang panik.

Dengan tali leher senget sebelah, dengan kasut sebelah selipar sebelah, separuh baju dimasukkan kedalam dan lagi separuh belum selesai. Gara gara Tuan Tajul lah!

"Ni, Telefon saya mati"jawab Tuan Tajul.

muka Firash yang senyum tiba tiba marah.

"Lah, ingatkan apa tadi,lepas tu nak apa?"soal Firash lagi kena tipu lah.

"Hah, charge saya tinggal lam kereta dan kamu tolong ambilkan"arah Tuan Tajul tegas.

Kisah Cinta Cik Ego✔Where stories live. Discover now