Puan Fara sudah pergi khusus pukul 7:00 pagi tadi. Kini tinggal Afifa dan Mak Teh saja dirumah.
Bunyi hon mengejutkan Afifa yang tengah mengelamun itu.
Stokin laju disarung. Sebelum itu, membetulkan tudung yang ada gelembung didalam. Dah siap.
Roti telur diambil dua. Nanti lapar siapa tanggung? Firash? Tak yah lah.
Laju Afifa mengikat tali kasut jenama New Star dikaki.
Dia berjalan ke kereta Firash yang berada dihadapan pintu pagar rumah Puan Fara."Lewatnya"perli Firash yang berada didalam keretanya, Myvi.
Afifa melihat jam Adidas yang berada ditangan kirinya.
Baru pukul 7:15 pagi. Apa lewatnya?"Biasa je"balas Afifa lalu melemparkan pandangannya keluar.
"Hermmm.."gumam Firash. Firash melihat mata Afifa yang sedang melihat pandangan diluar.
Matanya sungguh cantik. Dah lah besar lepas tu, bulat pula.
Dengan hidung sedikit mancung menambah keserian mukanya. Bibirnya nipis dan kecil, warna bibirnya sedikit merah merekah.
So beautiful!Dalam diam Firash memuji Afifa.
Setibanya di Sekolah Afifa, Afifa terus melangkah keluar dari kereta milik Firash.
Langsung tak berterima kasih.
Firash hanya memerhati.
Firash melihat sesuatu diseat yang Afifa duduk tadi, disebelahnya.
Pandora milik Afifa.
Mungkin tercicir atau pinnya tidak kemas mungkin?"Balik nanti aku bagi lah"gumam hati Firash lalu menyimpan pandora milik Afifa didalam drawer Myvinya.
*****
Afifa berjalan laju kekelasnya. Cikgu yang lalu ditepinya, dihiraukan. Malas.
Biasanya bagi salam. Tapi malas sebab sudah lambat."Assalamualaikum!"laung Afifa tatkala sampai dipintu kelasnya.
Nasib cikgu tiada lagi.
Dia menuju ke mejanya."Woi! Asal lambat?"soal Luqyana yang sedang gosip dengan seorang pengawas sekolah dibelakang dia.
"Herm..mama aku pergi khusus..papa oversea sejak semalam..abang abang aku malas..tapi abang kesayangan aku pi cuti dengan kawan kawan dia. Aku jugak yang jeally."ujar Afifa panjang bejelar.
"Oh..abis kau datang sini siapa hantar?"soal Luqyana lagi.
Baru sahaja Afifa membuka mulut tapi Luqyana memintasnya.
"I know how it is" Luqyana mengecilkan matanya. Mulutnya tersenyum kecil.
"Firash!"serentak mereka berdua berkata. Mereka kaku. Ketawa mereka pecah.
"Hehe..aku dah tahu dah"Luqyana kembali pusing badannya. Nak gosip lah tu. Choy gitu.
"
Kau gosip apa?"soal Afifa yang sedang mengeluarkan alat tulisnya.
"Bukan gosip tapi cerita Tatkala Si Bapuk berjumpa Pondan"jawab Luqyana lalu senyum.
Kelas tiba tiba senyap. Afifa tahu kenapa senyap. Cikgu Sabrina sudah masuk ke kelas mereka untuk mengajar subjek Kimia.
"Oke..oke..semua..kutip sampah yang ada dekat kamu tu..sebelum Cikgu tempek sampah tu kat muka kamu ya...cepat!! Cikgu bagi 1 minit sebelum belajar!"laung Cikgu Sabrina lantang. Cikgu Sabrina terkenal dengan lukisannya. Blok blok sekolah dicat oleh Cikgu Sabrina dan juga anak buahnya. Lukisan yang berada diblok blok dilukis oleh Cikgu Sabrina atau dikenali sebagai Cikgu Biena.
Setelah itu pelajaran dilanjutkan seprti biasa.

YOU ARE READING
Kisah Cinta Cik Ego✔
De TodoDia datang mengantikan kekasih lama yang bertapak dihati. Dia pencuri hati yang mampu mencairkan hati seorang gadis yang ego. Bila hati kata rindu tapi mulut menafikan, ego saja lebih. COMPLETED : SEP 2016 Best achivement : #1 in random July/Jun2016...