BAB 52

4.2K 149 8
                                        


Afifa tercengang. Dah lah dia masak sedap sedap, tiba tiba je kata malam ni tak jadi makan kat rumah. Kata Firash, malam ni ada majlis dekat dewan besar.

Harap dapat bersabar je.
Firash yang dari tadi duk senyum sambil buat tangan peace dilihat berulang kali.

"Kay, saya tak jadi marah awak. Dah pergi main jauh jauh..nak merajuk ni" halau Afifa.

"Kan bagus kalau tukar saya tu kepada sayang, dan tukar awak tu kepada abang. Kan comel gitu" kata Firash membuatkan Afifa bercekak pinggang. Firash mencucuk pinggang Afifa lembut. Terkejut Afifa dibuatnya. Muka marah ditayangkan.
Nak marah lah tu.

"Hish, kalau sehari tak sakat tak boleh ke? Dah pergi jauh jauh" Afifa menghalau Firash.
Firash hanya membuat bodohnya itu.

"Panggil abang dulu!" Pintanya sambil berpeluk tubuh.

"Kay fine! Abang! Abang pergi lah main jauh jauh! sayang nak baut kerja ni!" Akhirnya perkataan abang keluar juga. Namun tersasul sebut sayang. Ni gara gara Firash lah ni.

"Apa? Sayang? Tak dengar lah sayang..cuba ulang lagi" Afifa mula bercekak pinggang kali kedua.
Firash tersengih. Laju kakinya pergi ke hadapan untuk menonton televisyen.
hehe, seronok sakat Afifa petang petang ni. Namun dia tergerak hati untuk naik ke atas.

Firash duduk diberanda sambil menghirup udara yang segar itu.
Bunyi rengekan bayi dari bilik sebelah membuatkan Firash melangkah ke bilik bayi kembar mereka.

Alangkah terkejutnya melihat Aiella sedang menggigit tangan Ariel.
Laju Firash mengalihkan Aiella dari Ariel.

"Ell, kenapa buat macam tu dekat adik?"soal Firash kepada Aiella yang berada dalam katil bayi. Ariel diangkat dan digosokan tangan yang dijadikan sebagai bahagian gigitan.

Aiella melihat walidnya dengan muka sedih. Ariel hanya mendiamkan diri. Dah budak baru 7 bulan nak buat macam mana kan?

Tiba tiba Aiella kuat menangis. Firash panik. Airel didodoikan dengan segera.
Afifa laju naik ke bilik anaknya.

"Awak! Kenapa ni?"soal Afifa sambil mengusap badan Aiella.

"abang tak tahu, tadi dia gigit lengan Niel, lepas tu abang tanya kenapa gigit lengan adik, tiba tiba je dia nangis" terang Firash sambil mendodoikan Ariel yang sudah nyenyak tidur dalam dakapan Firash.
Aiella seakan akan mahu bercakap dengan walidnya, namun gagal.
Afifa melihat anak gadisnya.

"Iya, nak cakap apa? Ell tak pandai cakap lagi, nanti mama ajarkan ya..olo olo...comelnya muka dia" kata Afifa sambil mencuit hidung Aiella.

"Sayang, not mama-papa tapi umi-walid okey? Kan sedap sikit" kata Firash pula.
Mereka berdua sama sama mendodoikan anak kembar mereka.

"Herm, nope! Sayang nak dorang panggil sayang mama! Awak nak suruh diorang panggil abi ke walid ke suka hati lah. Saya nak diorang panggil saya mama okey!" Sekali lagi perkataan sayang terkeluar dari mulutnya lagi. Firash tersenyum senget.

"You call me sayang!!" Firash tersenyum nakal.
Afifa sudah mencebik. Ceh tersasul je, cam tu nak riuh.
Hampeh tul.
Suara Firash membuatkan Airel terus bangun.

"Niel, mama gelarkan diri mama sayang! Walid rasa gembira sangat" kata Firash kepada Ariel.
Ariel tersenyum seperti memahami kata walidnya.

"Ish awak ni, dah dah, jom siap...nanti lambat pula...awak dodoikan Ell dan Niel ya? Saya nak gosok baju" arah Afifa lalu beredar ke bilik utama.

Ish, apa lah Firash ni. Itu pun nak bangga. Habis lah pipi ni jadi jambu nanti.

*****

Kisah Cinta Cik Ego✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang