BAB 4

8.6K 347 4
                                    

Gara gara Puan Fara, Afifa terpaksa menghantar kain langsir ke rumah Firash untuk dijahit oleh Puan Hajjah Faridah.
Baru sahaja lepas shopping ingat nak rehat. Tiba tiba kena arah hantar kain langsir untuk dijahit.

"Assalamualaikum!!"laung Afifa diluar rumah dua tingkat milik Puan Hajjah Faridah.

"Pintu besar ni buka, tapi tak ada orang, bahaya ni, masuk jelah"Afifa terus masuk dengan ucapan salam.

Dia melihat sekeliling. Not bad. Rumah besar. Mesti anak ramai.

Telinga Afifa tertangkap dengan seorang lelaki yang sedang membaca surah Al Baqarah dengan tenang.

Tenang hati mendengar ayat suci suci alquran. Setelah lama dibuai ayat suci itu, Afifa terkejut tatkala seorang lelaki menegurnya.

"Hai cik kak! Asal datang rumah orang tengah zohor ni?"soal Firash dalam berpakaian baju melayu dan kain pelikat.

'Husih..terkejut ingatkan Hantu tadi'

"Cari Puan Hajjah Faridah"jawab Afifa tanpa memandang Firash.

"Ohh, Ummi ada kat belakang, tengah baca buku"ujar Firash yang sedang menunding kearah taman ditepi rumahnya.

Afifa senyum. Laju dia meninggalkan Firash sendirian.

"Assalamualaikum Ummi"ucap Afifa lembut sopan.

Puan Hajjah Faridah menoleh.

"Waalaikumussalam, Afifa buat apa kat sini?"soal Puan Hajjah Faridah lembut.

"Ni nak hantar kain langsir, mama suruh Ummi jahit"Afifa menunjuk kearah plastik hitam yang sedikit besar berisi kain kain langsir.

"Ohh..bak sini minggu depan hari sabtu Ummi pulangkannya"ujar Puan Hajjah Faridah.

Afifa angguk.

"Ummi, Fifa balik dulu eh"pinta Afifa dengan lemah lembut.

Puan Faridah hanya angguk. Dia teringat sesuatu.

"Sekejap..Ummi nak bagi sesuatu"
Laju Puan Hajjah Faridah berlalu kedapur.

"Oke"

"Yuhoo..awek cun"panggil Firash.

Afifa menjeling tajam.

"Marah nampak..buat apa tu?"soal Firash yang bersandar di pintu slading rumah Puan Hajjah Faridah.

Afifa geram. Soalan bodoh.

"Tengah berdebat dengan kau lah!"marah Afifa lalu mengoyang kakinya kerana geram.

"Oh, kalau saya jadi awak, saya akan cakap saya tengah tengok dan bercakap dengan buah hati tersayang..ayat awak tu lapuk lah"ujar Firash.

Afifa tercengang.

'What!! Buah hati?? Apa class aku nak jadi buah hati dia. Setahu aku, hati mana ada buah. Dasar bengap'

"Nah Afifa"hulur Puan Hajjah Faridah sebekas plastik lut sinar.

Afifa menyambutnya dengan baik. Dan Firash mula mengacau Afifa untuk menjatuhkan bekas itu.

"Wohoho..jatuh lah jatuh lah"usik Firash yang mengejutkan Afifa.

Laju Afifa membuka taekwandonya.
Dia menyepak perut Firash. Dan satu lagi disepak ditulang kering milik Firash tapi Firash sempat menghalang dengan mengelaknya.
Afifa geram. Laju dia meninggalkan rumah Puan Hajjah Faridah.

*****


"Mama, papa"Afifa mengambil tempat disebelah ibunya dan juga abang Ninjanya.

Kisah Cinta Cik Ego✔Where stories live. Discover now