BAB 37

4.9K 184 1
                                    

"Fifa, mama dah beritahu pihak lelaki pasal semalam, In Sha Allah bulan depan langsungnya majlis. Pagi akad nikah petang bersanding" kata Puan Sri Fara sambil mengambil tempat duduk disebelah anaknya, Afifa yang seronok menonton televisyen.

"Baik" Afifa memberi respon kepada ibunya.

Puan Sri Fara hanya mampu melihat anaknya yang berubah itu.

"Adik masih lagi cari kisah silam adik?"soal Puan Sri Fara.
Dia risau kalau Afifa tahu kisah silamnya, walaupun ada kenangan manis, tapi kenangan pahit itu payah untuk dibuang dari hati Afifa.
faham faham sahaja lah, Afifa ni hati lembut tapi luar keras, dia tahu Afifa ni tabah, Puan Sri Fara tidak sanggup mahu melihat anaknya kesakitan, sering kali ke hospital.

"Ha ah, adik nak tahu siapa adik dulu, kalau adik tahu siapa adik, adik boleh lah hidup dengan tenang" balas Afifa gembira.
Kalau hidupnya tenang, senang lah mahu buat apa apa. Ni tak, asyik asyik je lupa. Haritu, dia cuba untuk memasak, katanya nak buat kejutan. Baru je nak buat nasi minyak ayam goreng, dia sudah lupa bahan bahan. See, dia pun lupa resepi Nasi Minyak Ayam Goreng.

"Herm, okeyh lah macam tu"

"Mama, tema apa wedding Fifa?"tanya Afifa, matanya masih menonton televisyen yang menyiarkan drama Aku, Kau, Kita.

"peach white" balas Puan Sri Fara tenang, haritu sebelum Afifa kemalangan, Afifa sudah bagitahu mahu warna perkahwinannya peach terang dan putih, katanya, lembut sahaja.

"Hah? Warna tu? Eww, hodoh lah" bangkang Afifa. Eh, dulu dia yang kata warna tu lembut, dan Puan Sri Fara pun dah setuju dengan warna itu.
Kali ini, hodoh pula?

"Aik, dulu Fifa kata nak warna macam tu, mama dah siap beli dah warna macam tu" Puan Sri Fara pelik dengan Afifa ni, kejap cantik sekarang hodoh. Oh ya, dia kan lupa ingatan dulu bukan main warna kegemaran warna peach dan juga hot pink.

"Herm, yelah"

Dulu Afifa memang suka warna yang ceria tapi sekarang dia suka warna gelap.
warna kegemarannya kini, warna hitam, putih dan kelabu.
Katanya warna ini tidak menarik perhatian lelaki. Jadi dia tidak mahu jadi perempuan yang suka menarik perhatian lelaki.
Afifa dulu lain, sekarang lain.

*****

"Firash, minggu depan pergi ajak Fifa fitting baju ya" arah Puan Hajjah Faridah yang sibuk menyulam kain diatas sofa diruang tamu.

Firash yang ralit bermain permainan video dalam telefonnya memandang ibunya.

"Baik ummi, kenapa Fifa awalkan tarikh perkahwinan?" Firash meletakkan telefonnya diatas meja.

"Dia kata dia nak Firash kembalikan ingatannya balik" balas Puan Hajjah Faridah.
Dia pun pelik sebenarnya Afifa ni, nak kembalikan ingatan? Mungkin dengan berkahwin dengan Firash, Firash mampu mengubat kenangan silam Afifa itu.

Firash menelan air liur yang pahit itu.
Dia mula memikirkan keadaan Afifa.
Ya, Afifa lupa ingatan, tapi jiak kenangan silam itu kembali, mungkin perit untuk Afifa terima, yelah dia pernah juga meninggalkan Afifa selama 3 tahun, pulak tu setiap bulan Afifa masuk hospital, kadang tu demam rindu, pengsan, stress dan juga tak cukup air.

*****

Pada petang keesokkannya, Puan Hajjah Faridah datang ke rumah Puan Sri Fara, manakala Firash ke kafenya untuk memeriksa stok makanan. Sedang asyik berborak, Puan Hajjah Faridah mula teringat akan perkahwinan Afifa dan Firash.

Kisah Cinta Cik Ego✔Where stories live. Discover now