BAB 3

10.5K 357 12
                                    

"Kak Fifa Kak Yong!!!"namanya  dipanggil seseorang.
Afifa yang baru keluar dari tandas menoleh kearah orang menyebut namanya.

"Kak Fifa! Tolong Riha! Ada sorang senior ni nak buli Riha dengan Nisa!"Riha atau adik sepupunya yang berumur 14 tahun meminta tolong Afifa.

"Hah?siapa tu?tunjuk kat Kak Yong!"arah Afifa. Hah dah keluar dah perangai sebenarnya.

Riha menunding kearah senior senior itu. Kat kantin tengah makan. Bagus sangat. Afifa sudah tahu apa yang mahu dibuatnya.

"Assalamualaikum, adik adik tingkatan 4"Afifa memberi salam dengan lemah lembut.

Sekumpulan perempuan yang digelar senior dari Riha menjeling Afifa tajam.

Salah sorang dari mereka diterkam oleh Afifa. Pelajar perempuan itu mengerang kesakitan. Mi hun yang ada pada garpunya jatuh kedalam mangkuknya.

"Ahh..sakit kak!"marah pelajar perempuan itu. Afifa membaca namanya. Halina.

"Siapa sini buli sepupu aku?"soal Afifa garang.

Mereka menelan air liur. Salah seorang darinya iaitu Yani bangun dan menuju ke sinki. Belum sempat melangkah ke sinki bahunya dipegang kemas.

"Yani, baik kamu jawab!"

"Ermm..erm..Fi...Fi..Zah Zah..Fizah kak"jawab Yani gagap.

"Oh..mana Fizah?"

"Tu" semua menunding kearah Fizah yang buat tak tahu.

"Oh..kau lah ya..nak jadi gangster ya"tutur Afifa lembut. Tangannya yang berada dibahu Halina dan Yani kini berada dibahu Fizah.

"Woi! Kau ni apa hal ah?? Kacau aku makan!"tengking Fizah lalu bangun.

Tangan Afifa dihempas kuat.
Afifa memegang bahu Fizah semula. Kuat.

Fizah menoleh. Baru sahaja nak rentap tangan. Fizah dismackdown oleh Afifa.

Kakinya kejang. Dia mengerang kesakitan. Kawan kawannya yang lain hanya diam. Gerun pada Afifa.

"Hah! Ada lagi!"soal Afifa kuat.

Satu kantin memandang Afifa.
Afifa menjeling mereka.

"Yang kau tengok aku kenapa?? Nak makan pelempang ke makan makanan kau hah??pandang pandang!"marah Afifa.

"Kalau aku nampak kau buli junior junior aku lagi..siap kau..aku bagitahu mak aku supaya gantung kau!"Afifa memberi amaran.

Mereka hanya angguk.
Afifa berlalu dengan selamba. Riha dan Nisa hanya mengikuti Afifa.

"Kak, terima kasih tolong kami berdua. Kalau tak ada kak Yong macam mana lah kami berdua ni"ucap Riha yang tersimpul simpul malu.

"No problem dik. Lain kali cergas sikit jangan jadi lembap oke"nasihat Afifa. Sempat lagi memerli mereka berdua.

*****

"Puan! Anak puan dah gaduh besar kat kantin tadi!" Cikgu Arina memberitahu Puan Fara.

Puan Fara angguk.

"Puan! Dia dah buat anak buah saya kejang! Kaki dia kejang puan, puan ambil lah ikhtiar!"rayu Cikgu Arina.

"Herm..dia buat begitu sebab dia nak cegah kes buli. Ada dua orang pelajar perempuan dari tingkatan 2 melaporkan kepada saya yang anak buah cikgu dah buli diaorang!"ujar Puan Fara.

Cikgu Arina menggengam tangannya. Dia tahu dah nak buat apa kepada anak buahnya.

"Oke..kalau kamu tak suka, anak buah kamu diperlakukan begitu, saya akan gantung terus dia atau buang dia. Kalau dia dah diberi pengajaran dari anak saya Afifa, saya rasa dia tak buat lagi"ujar Puan Fara panjang bejelar.

Kisah Cinta Cik Ego✔Where stories live. Discover now