Special Chapter :)

4.7K 152 26
                                    

Wattpad gila, mohon baca semula..tadi separuh je published..yg lain tersangkut;)

---

Afifa p.o.v

Aku memandang komputer canggih dihadapan aku ini. Sejak bila arwah ada semua ni? Dengan bilik rahsianya lagi, dengan garaj rahsianya lagi. Apa semua ni?
Aku meletakkan tapak tanganku discreen canggih itu. Komputer sedang men-scan tapak tangan aku. Tiba tiba lampu merah sebentar tadi sudah bertukar hijau. Pintu gelangsar kaca itu dibuka perlahan.

Tiba tiba saja suara komputer menyapa aku.

"Welcome to Firash's secret room. Your name is Afifa Ameera. Firash's wife and favourite girl" kata komputer canggih itu. Uh, buat aku berdebar je.

Sedang aku membelek belek bilik tersebut, mata aku tertangkap sesuatu. Sebuah gambar yang elok tergantung diatas komputer yang lain. Aku memerhati dengan teliti.

Macam plan rumah...eh jap..ni bukannya rumah aku eh?

Setelah aku tengok dengan teliti..jawapannya rumah aku dan Firash!

Sejak bila lah dia simpan semua ni?

Aku tengok lagi tapi ianya lain. Siap tunjuk anak panah bagai. Pintu masuk rahsia. Dan lain lain lagi. Aku berjalan ke arah lain secara rawak. Kaki aku menuju ke rak belakang. Sedang aku membelek buku yang ada disitu, aku terlanggar sebuah buku.

Buku itu terjatuh, aku mengutipnya lalu meletakkan atas meja berdekatan. Aku membuka perlahan. Muka surat pertama isinya panjang membuatkan aku mengambil kerusi untuk duduk. Komputer canggih itu sudah hilang.

Aku pun tidak tahu kewujudan bilik ini. Walaupun sudah 12 tahun berkahwin dengan dia, hanya sekali sahaja dia kata yang dia ada buat bilik rahsia dan garaj rahsia. Itu pun dia cover.

M/s 1

Nama : Wan Dani Firash
Tarikh lahir: 23 Jan (6:35 a.m)
Tempat lahir : Hospital Kuala Terengganu
Nama ibu: Faridah binti Fuad
Nama ayah: Hisyam bin Ahmad
Bil.adik beradik: 3
Anak ke : 2
Tinggi : 150 cm (darjah tiga)
Berat : 58 kilogram (timbang menipu, haritu aku rasa kurus)
Status: obesiti. (Aku nak kurus)
Berat masa lahir: 4.5 kilogram.
Makanan kegemaran: masakan umi
Minuman kegemaran: milo ais
Hobi: baca buku,makan, memasak.
Cita cita: cef, peniaga, polis

Ni biodata aku...entah kenapa angin menulis tetiba datang.

Aku ketawa kecil. Lawak juga dia ni ya. Sedang aku selak yang kedua pula, sekeping gambar jatuh atas riba ku. Gambar seorang budak lelaki yang gemuk. Diatas gambar itu tertulis

Hello, Im Firash : )

Dengan pipi tembamnya, dia tersenyum. Aku membaca semua muka surat, yang terakhir aku mula mengantuk dan aku mula tersengguk. Buku atau diari itu jatuh, lantas aku mengambil. Baru sahaja mengangkat diari tersebut, sepucuk kertas warna merah jambu jatuh dari diari itu. Aku membaca tajuknya itu.

To:

Afifa Ameera, my beloved wife and girl.

From:

Wan Dani Firash, your beloved husband and boy :)

Aku membuka kertas itu. Sebak mula mengharungi diri aku. Teringat akan arwah yang sudah lama meninggalkan kami semua. Genap 8 tahun dia meninggalkan kami semua. Kini aku pula yang mengambil tugas sebagai bos kafe arwah suami aku.

Kisah Cinta Cik Ego✔Where stories live. Discover now