Firash melihat gerak geri Afifa. Afifa yang sedang menjemur itu tidak sedar bahawa diperhatikan oleh Firash dari jauh.
"Aishhhh..mamat ni..aku cepuk kan!!"marah Afifa yang sedang melibaskan kain pelikat milik papanya.
"Apa ni adik..dari tadi bising je"tegur Abang Long dari atas yang sedang makan buah mangga langsung tak menawarkan sedikit kepada Afifa. Hampeh dapat abang macam ni.
"Hish..abang long tengok rumah depan ni"arah Afifa lalu mencebik. Tangannya ligat mengatur baju dan seluar yang lembap.
Abang Long melemparkan pandangannya. Firash sedang menengung.
Ah..dapat idea.
Abang Long melambai tangannya dengan kuat.
Afifa yang ralit itu menoleh."Apa abang long ni!"marah Afifa.
"Yang pi lambai Firash tu dah kenapa?"soal Afifa geram. Orang suruh tengok dia pulak yang lari dari rancangannya.
Firasb berpaling kerana Afifa menoleh keatas.
Kelihatan seorang lelaki melambai kearahnya. Aban Long Fifa!
Dia membalas lambaian itu.
Afifa memandang dua orang jejaka yang tak hensem itu.
Dua kali lima.
Sama je. Jiran dengan abang long langsung tak matang."Hish..abang long ni macan budak budak..orang suruh marah dia dia pulak yang lain"dengus Afifa seraya mengangkat bakul ampaian.
"suka hati engkau lah adikku pelik"
*****
Firash tersedar tatkala tubuh Afifa hilang. Baru je nak buat macho terus lembik.
"Hah...anak ummi mengelamun eh"sergah Puan Hajjah Faridah perlahan.
Firash menoleh. Melihat ibunya yang menyiram pokok pokok bunga kesayangan milik ibunya."Hish ummi ni..tejut Firash"
"Anak ummi ni termenung pasal apa? Pasal Am yang dulu?"soal Puan Hajjah Faridah lalu duduk dibangku kayu bersama Firash.
"Erm..ye lah ummi..Firash rindu Am..mesti Am tak sayang Ash kan?"soal Firash sayu.
"Herm..kan ummi kata yang Am tu Afifa..nama Fifa kan Afifa Ameera. Setiap bulan dia masuk hospital kan? Ummi tengok dia masuk hospital masa ummi buat kimo"ujar Puan Hajjah Faridah. Puan Hajjah Faridah mempunyai penyakit cancer hati tahap 3. Tapi semakin lama semakin teruk.
"Herm..ummi..Firash belum sedia nak kata yang Firash ni Ash..mesti dia sedih sebab Firash tak beritahu dia awal awal pasal ni"tutur Firash sebak.
"Herm...tak pe.."
"Firash suka Afifa..tak nak kehilangan Fifa..ummi masuk minang eh..Ash sayang Am"rengek Firash macam budak budak.
"Herm..ye lah sayang...lepas abang long kahwin eh..bulan depan abang Firash dah kahwin.."ujar Puan Hajjah Faridah seraya mengusap rambut Firash.
Firash senyum. Kan sedap kalau tiap tiap hari dibelai cam gini.
Kalau Afifa lagi lah best.
Gatal!!*****
Pada petang itu, Afifa keluar ke taman permainan dek Luqyana yang menyuruhnya. Perasaannya mahu tidur sahaja, tapi mengenangkan si yana tu baik ikut je. Nanti merajuk.
"Assalamualaikum!"laung Afifa ditepi telinga Luqyana. Luqyana menutup telinganya.
"Kau ni pahal? Yang kau ni jerit kat telinga aku ni dah kenapa? Kau nak rasa stokin?"marah Luqyana lalu memukul bahu rakannya.
"Tak nak"balas Afifa kuat.
"Kau nak jumpa aku sebab apa sayang?"soal Afifa lalu duduk dihadapan Luqyana.
YOU ARE READING
Kisah Cinta Cik Ego✔
RandomDia datang mengantikan kekasih lama yang bertapak dihati. Dia pencuri hati yang mampu mencairkan hati seorang gadis yang ego. Bila hati kata rindu tapi mulut menafikan, ego saja lebih. COMPLETED : SEP 2016 Best achivement : #1 in random July/Jun2016...