"Rian, asal kau pergi kacau legend?"soal Redzza, selaku Penolong bendahari Pengawas Sekolah yang tidak beribawa. Nampak awek cantik dahi licin terus rembat tak kira awek orang atau bini orang.
"Ah, oh, dia cantik"ujar Ammar yang masih blur tahap babun.
Dia mana lah kenal mamat apa tah depan ni. Dengan rambut hitam berkilat,dengan butang baju paling atas dibuka, tie dilonggarkan. Lengan dilipat. Apa nak jadi lah pengawas ni."Oh, tahu. selalu je kalau budak baru masuk pasti boom. Jatuh cinta dengan legend ni" Redzza mula mahu bercerita tentang kisah Afifa disekolah ini.
"Aku tahu, Afifa takkan terima orang macam kau, dan aku lah, sebab hati dia lagi boom berasmara dana dengan kekasih hatinya yang sudah lama meninggalkan dia semasa dia kecil" ujar Redzza sambil mengibas mukannya yang putih melepak tapi sayang, asyik main bola je terus burn.
"Kau siapa nak cerita pasal aku?"soal Afifa setibanya dimeja Redzza.
Dihadapnya muka Ammar yang kaku itu. Redzza mula dah perangai gelabahnya."Ah, ah, di--dia tak tahu lagi, pa--pasal ka-kau. Aku to--tolong ceri--cerita je" balas Redzza gagap. Afifa angguk. Apa yang diangguk tidak tahu lah.
"Bro, asal dengan aku je kau gagap, gelabah, tak senang duduk, asal? Ada bisul kat punggung kau?"tembak Afifa lalu mengangkat sebelah keningnya.
Ammar hanya melihat pujaan hatinya itu dengan tekun. Dia melihat Afifa yang penuh bunga halus dibelakang. Dan ia hanya imaginasi."Sebab kau legend. Kau, aku tabik kau sebab kau hebat!"balas Redzza seraya melompat dari mejanya dan berlari ketandas.
Ammar terpegun melihat cara Redzza berlari. Macam pondan bawak anak."Asal dengan aku je macam tu, dengan awrk dahi licin punya lah atonasi suara lembut, cair nak mampus. Ni lah dia, lelaki buaya darat"sembur Afifa lalu berlalu ke mejanya. Ammar menghantar figura Afifa menggunakan matanya.
"Awak cantik"luah Ammar tanpa sengaja. Ops. Terlepas.
"Aku dah kata jangan sebut benda alah tu"marah Afifa geram. Digenggam tangannya kuat.
"Awak ni cantik lah"luah Ammar denga sengaja. Saja nak sakat gadis depan mata ni.
Nak tengok tahap dia."Kau nak sebut lagi ke? Kalau nak,aku nak bagi kau kasut aku ni. Rasanya aku dah tak basuh dekat dua bulan, nak ke?" Afifa membuat loyar buruknya dengan geram. Afifa mencabut kasut sebelah kanannya. Ya Allah, depan aku ni harap je jantan hensem yang tidak beberapa hensem, kalau tak dah lama aku berambuskan kau!
"Boleh je"balas Ammar sinis.
Puk!
Kasut Afifa selamat mendarat dihadapan mulut Afifa. Sebelum tu ketuk dulu kepala Ammar kuat.
"Nah bukak mulut, ke kau tak reti nak bukak. Meh sini aku bukak, kalau boleh lepas aku sumbat ni aku jahit terus langsung tak leh makan,nak ke?"
Afifa merenung tajam Ammar yang kaku itu.
Ammar, Ammar, harap kau tu anak orang je.
Laju Ammar melarikan dirinya ke tandas yang dituju oleh Redzza tadi.******
"Ma, lepas hantar abang, balik terus ke?"soal Afifa, tangannya ligat melipat baju tshirt, seluar jeans, dress, baju muslimah chiffon dan lain lain.
"Tak, pergi balik kampung terus" jawab Puan Fara yang dari tadi mengemas bilik Afifa bersepah.
"Habis sekolah?" tanyanya lagi. Padahal dalam hati punya lah berbunga bunga bagai.
Sekali sekala dia membuat muka kasihan.
YOU ARE READING
Kisah Cinta Cik Ego✔
РазноеDia datang mengantikan kekasih lama yang bertapak dihati. Dia pencuri hati yang mampu mencairkan hati seorang gadis yang ego. Bila hati kata rindu tapi mulut menafikan, ego saja lebih. COMPLETED : SEP 2016 Best achivement : #1 in random July/Jun2016...