2 Tahun Kemudian
Bulan Ramadhan
Kandungan Afifa sudah berusia 7 bulan. Harini hari pertama puasa dan Afifa berpuasa. Sudah ramai yang menegahnya tapi ni Afifa kan...semua benda dia langgar.
"Sayang, abang dah katakan yang jangan puasa jangan puasa, tapi awak degil jugak..haihh"bebel Firash sambil melabuhkan punggung ditepi Afifa.
Afifa yang masih lagi monyok itu tiada apa apa respon.
Firash hanya melihat muka isterinya itu. Langsung kenangan silam yang Afifa cari itu dia tidak mencari lagi."Lapar lah....nak makan...aci tak...nak makan beef stick...sedap lah pulak" omel Afifa perlahan namun cukup untuk Firash dengar.
"Apa? Lapar? Tu lah abang dah kata....awak tak nak dengar...tu lah padahnya...puasa" bebel Firash mencucuk pipi Afifa dengan jari telunjuknya.
Afifa mengusap pipinya perlahan.
Mulutnya terkumat kamit membebel."Orang tak kata pun sekarang, orang kata lapar je...macam tu nak bebel" omel Afifa lagi. Kali ini dia nak merajuk.
Asyik asyik bebel bebel, selama ni baik je...ke yang baik tu syaitan sebab sekarang syaitan kena tangkap? Jadi yang tinggal diri sendiri dan nafsu.
biar lah.."oke abang salah, jom pi shopping!"
Firash cuba naikan semangat Afifa namun tiada sahutan. Yang hanya ada bunyi cengkerik mainan.
"Kenapa?"soal Afifa yang masih kaku itu, dia tengok Firash yang bersemangat, tapi otaknya ke lain pula. Ke beef stick ...yang memanggil nama Afifa banyak kali.
"Tak dengar ke apa yang abang cakap tadi?"soal Firash. Hairan bini dia ni, tadi tengok je aku cakap...sekarang?
"tak dengar abang" balas Afifa yang masih menatap muka suaminya itu.
"Jom shopping raya!"ajak Firash lalu menarik lengan Afifa naik ke atas.
*****
Sudah lima kali Afifa meronda dibahagaian basah. Masih tidak jumpa apa yang mahunya. Matanya terlihat bekas ais krim coklat dan strawberry.
Terus dicapai bekas ais krim itu."hah! Kantoi...kan abang kata jangan makan ais krim!" Terjah Firash dari belakang. Tangan Afifa yang memegang bekas ais krim sikit lagi mahu jatuh. Fuh lega bekas ais krim sudah berada didalam troli.
Dalam troli ada seplastik lobak merah, seplastik bawang merah kecil dan besar dan juga putih. Lima belas kilogram beras dan yang lain lain. Katanya mahu berbuka lauk paprik dan ayam masak kicap. Firash terliur.
"Ala, biar lah...haritu je pun...harini sayang tak tahan...aura dia tu..kiat sangat" pintas Afifa laju lalu ditolaknya troli ke bahagian tenusu.
Bulan lepas mereka ada bertanding, kalau Afifa tak berjoging selama 40 hari berturut turut pukul 7:30 pagi pada setiap pagi ( joging sekejap ) dia tidak boleh makan ais krim sampai raya.
Padahal hari yang ke-40 dia terlewat bangun sampai ke pukul 9 pagi. Jadi dia kena denda."Ye lah..nanti awak ngajuk" kata Firash perlahan namun Afifa dapat dengar.
Afifa menjeling Firash tajam.
Firash hanya tersengih."Guna duit abang lah ais krim ni...sayang tak bawak duit" kata Afifa lalu membuat muka comel lah sangat.
"Guna duit sendiri wekk" Firash saja menyakat Afifa. Dan Afifa...merajuk keluar dari pasaraya Giant.
YOU ARE READING
Kisah Cinta Cik Ego✔
RandomDia datang mengantikan kekasih lama yang bertapak dihati. Dia pencuri hati yang mampu mencairkan hati seorang gadis yang ego. Bila hati kata rindu tapi mulut menafikan, ego saja lebih. COMPLETED : SEP 2016 Best achivement : #1 in random July/Jun2016...