Setelah bersekolah pada pagi itu, Afifa pulang dengan gembira kerana malam nanti dia akan mengayakan dress yang dibeli semalam.
Sebelum itu, Afifa menyiapkan kerja sekolah dahulu.
Bunyi mesej dari aplikasi WhatsApp membuatkan Afifa membuka telefonnya.Luqyana Bff♡ - Assalamualaikum! Fifa! Majlis start pukul 8:30 malam, kau siap lah pukul 8:15 eh, aku ambil kau!
Afifa membaca denagn teliti. Dia sempat menghantar mesej kepada Luqyana sebelum dia menyambung semula kerja sekolahnya.
Afifa- waalaikumussalam! Ye, kau tu jangan lah ambil aku lambat sangat! Nanti jiran depan rumah aku ni
Butang send ditekan. Bluetick, maknanya sudah dibaca oleh Luqyana.
Luqyana Bff♡ - ye aku tahu! Oke bai, aku nak buat kerja sekolah, *emoji love*
Afifa- aku pun *emoji smirk*
Afifa menyambung kerja sekolahnya. Matematik.
Tiba tiba dia teringat sesuatu.'Ya Allah! Langsir mama!'desis hati Afifa. Sudah hampir seminggu langsirnya terlantar dirumah Puan Hajjah Faridah, rasanya sudah siap kerana Puan Hajjah Faridah akan menyiapkannya dan Afifa akan mengambilnya semula pada hari sabtu yang lepas.
"Nyanyuk nya aku!"kata Afifa perlahan. Laju tangannya mencapai tudung bawal satin berwarna hitam. Dia menyarung dengan secepat mungkin, sempat lagi dia membaiki tudungnya supaya tiada gelembung didalamnya.
Afifa membuka pintu utama rumahnya. Kelihatan ibunya sedang membaca kitab agama digazebo milik rumahnya."Hah, nak pergi mana tu."soal Puan Fara, matanya masih dikiitab bacaannya. Puan Fara tahu bahawa Afifa keluar.
"Nak per--gi am--bil ka--in lang--sir"jawab Afifa gagap.
Asal lah aku tetiba gagap ni?"Oh, patutlah hari rabu hari tu mama tak nampak mana langsir baru mama"ujar Puan Fara denagn tegas dan membuatkan jantung Afifa berdegup kencang.
"Oh..oke lah ma, adik nak pergi ambik dulu"pinta Afifa lalu berlari kerumah Firash. Baik aku lari sebelum bebelan berapi mama bermula!
Setibanya dihadapan rumah Firash, suis yang ada lukisan loceng ditekan.
Kelihatan Puan Hajjah Faridah yang sedang menjemur kain baju ditaman rumahnya, menoleh ke arah Afifa dihadapan pintu pagar.
Puan Hajjah Faridah membuka pintu pagar lalu membenarkan Adifa masuk."Ummi, nak kain langsir!"pinta Afifa persis kanak kanak riang.
"Hurm..dah agak dah, kejap eh, ummi pergi ambik"Puan Hajjah Faridah berlalu dengan cepat.
Afifa duduk dibangku kayu sekali dengan meja kayu dihadapan ampaian kain.
Tiba tiba satu sergahan membuatkan Afifa melatah."Mama!!"teriak Afifa kuat. Kakinya diangkat keatas bangku kayu itu.
"Hahahhahah"gelak Firash kuat.
"Hish, aku lempang kan!" Marah Afifa sambil itu matanya melirik kearah Puan Hajjah Faridah yang sedang menuju kearah sini.
"Nah"hulur Puan Hajjah Faridah kearah Afifa.
Afifa juga menghulur sekeping duit not 20 ringgit Malaysia kepada Puan Hajjah Faridah. Tetapi ditolak denagn senyuman."Ummi tolong dengan ikhlas"ujarnya lalu kearah ampaian kain.
"Kalau macam tu, saya akan ambil"ujar Firash lalu merampas duit ditangan Afifa dengan perlahan.
"Hish..ambil lah" Afifa berlalu dengan cepat. Nanti kena sakat dengan Firash kan.
Firash hanya sengih macam kerang busuk.*****
YOU ARE READING
Kisah Cinta Cik Ego✔
RandomDia datang mengantikan kekasih lama yang bertapak dihati. Dia pencuri hati yang mampu mencairkan hati seorang gadis yang ego. Bila hati kata rindu tapi mulut menafikan, ego saja lebih. COMPLETED : SEP 2016 Best achivement : #1 in random July/Jun2016...