EPILOG

7.9K 160 42
                                    

3 Tahun Kemudian.....

Air mawar dijerus ke atas tanah kubur setelah dibacakan yassin sebentar tadi. Firash mengusap batu nisan itu.
Dia kurang memberi perhatian sepenuhnya kepada insan yang istimewa ini. Genap 3 tahun dia meninggal mereka. Ash rindu...

"Walid, jom alik! Niel lapar lah" kata Ariel seraya memegang bahu ayahnya.
Firash mengangguk.

"Tu kubur sape walid?" soal Aiella. Pimpinan di tangan Aiella itu dikemaskan.

"itu kubur...."

"Mama!!" Percakapan Firash tergendala.
Isterinya sudah bercekak pinggang dihadapan kereta mereka.

"Sayang suruh abang dodoikan anak anak dalam kereta kan? Yang bawak Ell dan Niel ke kubur kenapa?" Soal Afifa sambil mengusap dadanya sendiri. Kalau setiap hari begini mahu kena darah tinggi ni.

"Ala mama, Ell yang salah...senanya Ell bosan lah tido dalam kete.. akit ale!!" Balas Aiella sambil mencebik. Ala comelnya.

"Okey okey dah..jom kita pergi ke rumah Ibu dan babah ya? Siapa nak makan kek coklat oreo?" soal Firash sambil meletakkan anak anaknya didalam kereta. Aiella dan Ariel dipakaikan tali pinggang bayi.
Aiella dan Ariel mengangkat tangan.

"Ell nak , walid!!" Jerit Aiella.

Ariel laju menekup mulut kepoh milik kakaknya kuat.

"Bicing ah Ell! Niel pun nak gak!!" Kata Ariel lalu mengangkat tangannya.
Mulut Aiella akhirnya bebas jua. Kaki Ariel dicubit kasar.

"Apa ni...kata mulut Ell bicing tapi Niel? Sama je!" Balas Aiella sambil berpeluk tubuh tanda merajuk. Firash melihat karenah anak anak mereka. Sebijik macam Afifa.

"Hah dah dah..nanti mama jadi hulk nak ke?"soal Firash sambil menghidupkan enjin kereta. Afifa disebelah menjeling tajam Firash. Tangannya mencubit pinggang Firash. Firash mengerang kesakitan. Aiella dan Ariel hanya ketawa melihat walidnya kena cubit. Lama itu baru lah Afifa lepaskan cubitan itu.
Setelah berpuas hati.

"Eh maaf sayang...." pinta Firash sambil menggosok lengan Afifa. Afifa hanya mencebik. Nak merajuk!
Sedap sedap kata kita hulk warna hijau tu. Langsung tak sama!

"sayang jadi hulk dalam hati abang je..luar jadi supermom untuk anak anak kita..dan termasuk lah dalam ni" kata Firash lalu mengusap perut Afifa yang berusia 6 bulan itu.

"Ala cuwit nya walid dan mama..the hots romance halal couple dalam keluarga bak kata Mak Ucu!" Kata Aiella sambil tersenyum.
Afifa melihat Firash.

"Awak ajar diorang eh?" Soal Afifa sambil mencubit telinga Firash. Geramnya!

"Mana ada! Far lah...semalam Far kata kat diorang!" Balas Firash sambil mengusap telinganya.
Si kembar ketawa kecil.

"haha..walid kena buli!" Kata Ariel.

"Tak apa..nanti jumpa Mak Ucu..mama pulas pulas telinga dia tu" bebel Afifa sambil tersenyum manis.

"Ala jangan senyum boleh tak?"soal Firash perlahan.
Kereta mereka membelah jalan.

"Kenapa pulak?"soal Afifa hairan.

"Sebab sayang dah terlalu manis..dan lagi satu..senyum sayang..menggoda.." kata Firash lalu mencubit pipi Afifa. Parut dua tahun lepas sudah tiada. Berkat letak bio oil.

"Ish...pickupline lagi? Habis tu nak saya chia chia kan awak?"

Muka Firash dilihat dengan geram. Kalau boleh nak tumbuk tumbuk..cubit cubit. Picit picit pipi tu! Dah terlebih lembut tahu? Dah lah semalam guna krim muka orang. Selama ni guna yang aku lah ya? Patut lah cepat habis!

Kisah Cinta Cik Ego✔Where stories live. Discover now