BAB 27

4.4K 163 0
                                    

Selepas kelas tambahan tamat, Afifa meluru ke bilik pejabat ibunya. Bosan sudah melanda, habis satu bilik pejabat ibunya digeledah. Namun kosong. Tiada apa apa yang seronok. telefonnya pula tidak bawa.
Herm, makin bosan lah pula, ibunya kini berada dibilik mesyuarat dengan guru guru pentadbir.
Afifa berjalan ke taman yang biasa dia lepak. Dikeluarnya buku lukisan. Bermacam macam lukisan asing dilukis.

Bosan!!!

"Ehem" bunyi deheman seseorang membuatkan Afifa menoleh kehadapan. Kelihatan seorang lelaki yang dibuang dari list berada dihadapannya. nak ushar aku lah tu.

"Kau nak apa datang dekat aku? Siap bertapa depan aku" soal Afifa garang. Afifa buat buat sibuk.

"Saja, nak kacau awak. Awak kan hati saya" balas Ammar sambil merenung mata hazel milik Afifa.

"kepala otak kau hati! Hati kau tu organ, bukan aku. Otak punyalah tinggi. Kalau playboy tak kemana" sindir Afifa menyebabkan Ammar tersentak.

"Oh, saya balik dulu eh" kata Ammar seraya itu dia mahu menyorok mukanya kerana disindir oleh Afifa a.k.a buah hati jantung pengarang.

"Balik lah, ada aku kesah?" Perli Afifa sambil membuat muka tak bersalah lalu diberikan sengihan.

Dari jauh, ibunya melihat Afifa yang jauh termenung selepas Ammar pulang.

"Harap adik dapat terima berita ni" tutur Puan Sri Fara lalu menghayunkan kaki ke bilik pejabatnya.

*****

Sedang ralit Afifa menonton televisyen, Puan Sri Fara membisikan sesuatu kepada suaminya, Tuan Sri Saiful tanpa Afifa sedari. Tuan Sri Saiful laju menutup televisyen, dan membuatkan Afifa berpaling, kini hanya mereka bertiga, Afiq sudah membuta manakala Afif pula dirumahnya.

"Asal papa tutup televisyen? Adik baru nak tengok hero adik berlakon. Kacau betik lah papa ni" Afifa membuat muka lalu muncungkan mulutnya konon konon merajuk dengan papanya.

"Nanti lah adik tengok, mama dan papa ada something nak bagitahu adik" terang Puan Sri Fara sambil mencuit hidung Afifa.
habis merah.

"Apa dia, ma? Pa?" Amboi seronok betul dia ni.

"erm, harap adik terima lah ni ya"

Afifa laju menggangguk. Entah apa yang difahamkan.

"Ada orang...merisik adik"luah Tan Sri Saiful dengan sekali cubaan.

Afifa terus membulat matanya.

"What? seriously? siapa?"soal Afifa tanpa memikirkan apa yang mahu disoalkan.

"Erk, nanti adik tahu lah, tapi dia nak adik tunang tahun ni"luah Puan Sri Fara pula.

Mata Afifa yang sudah besar menjadi lagi besar.

"hah! Adik masih sekolah kut!" Bantah Afifa sambil membelek kukunya.

"Tak apa lah, dia nak tanda Afifa, lagipun ramai je dekat sekolah dah tunang, ada jugak yang dah kahwin" balas Puan Sri Fara selamba.

"Erk, herm, ye lah, mama, macam mana kalau adik tak cinta dia? Ala, adik tak kenal pun macam mana nak bercinta dengan dia?"

"Cinta lepas nikah kan best"

"Ha ah, macam papa dengan mama, sweet seventeen gitu, mama dan papa pun kahwin masa umur 18, ala, tunang tahun ni, tahun depan nikah?" Cadang Tan Sri Saiful. Afifa hanya angguk lemah.

Kisah Cinta Cik Ego✔Where stories live. Discover now