FLASHBACK ~Ash●Am~

4.3K 166 0
                                    

Notes:- part ini untuk flashback Afifa dengan Firash, saya tahu korang pening kan cerita ni berputar belit kan? Meh dekat sikit, mak nak bercerita ni, alkisahnya.....

------------------------------------------------------

12 Tahun yang lalu ~~

Alkisahnya seorang budak perempuan nakal yang suka menyakat seorang budak lelaki yang menghala ke arah remaja. Lama kelamaan budak perempuan itu jatuh hati dekat budak lelaki menghala ke arah remaja.

"Ash, jangan lari! Ikut Am cari daun daun nak masak ni" arah Am.
Ash yang mahu ambil hati hanya mengikut.
Rayyan yang lingkungan umur 7 tahun mengikuti langkah Am untuk bermain masak masak.

"Ray, awak pi sana nanti hangus muka awak" marah Am lagak chef yang sibuk. Ash tidak menyukai Am kerana selalu menyibuk dan membuatkan hati Ash sesak. Nak tahu macam mana Ash jatuh cinta dengan Am? Nanti ya.

"Lah Ash, nak pergi mana? Nak balik balik lah"marah Am .
Rayyan memeluk Am dari belakang.

"jangan lah marah, nanti Am tua dari Ray" nasihat Rayyan sambil menyelitkan bunga raya ditelinga kanan Am.

Raya Ketiga tahun sama

"Mama, mama, Am nak pi raya rumah Ash dengan Rayben..mummy Am culik anak mummy ya, bai bai..nanti itew jumpa lagi eh" beritahu Am dengan slang pelatnya.

"Assalamualaikum! Ummi, Am dengan Ray nak raya boleh?"soal Am sambil membuka kasut tumit tingginya. Rayyan yang masih berdiam hanya mengikuti Am.

Am mengambil tempat duduk disebelah Rayyan diatas sofa.
Am meliar mencari Ash.

"Ummi, Ash mana?"

"Ash ada kat atas, nak ummi panggilkan?"

"Boleh jugak"

"Ash meh turun meh, Am datang dengan Rayyan" panggil Puan Hajjah Faridah.

Ash yang berada dibilik hanya senyap.

Aku tak nak turun, kau penyibuk je Am. Asyik asyik nak menyelit dalam hidup aku. Aku rimas lah. Aku anggap kau sebagai adik tak lebih. Gumam hati Ash sambil berpeluk tubuh.

"Ash"laung Puan Hajjah Faridah kuat.

"Hah, ash nak turun lah ni" marah Ash lalu msnghentak kakinya lalu turun.

Am terus senyum sampai ketelinga. Rayyan dah tapau 5 biskut raya setiap balang. Kesemuanya 7 balang. Air dah dua gelas.
Ash yang segak berpakaian baju melayu untuk raya ketiga menarik hati Am.

Hensemnya Ash, tapi gemuk!

"Hah bulan depan Ash dah tak ada dekat sini, sebab sambung belajar dekat U.K . Ash dapat tawaran pergi sana. walaupun belum dapat lagi result." Terang Puan Hajjah Faridah membuatkan Am terkedu.

Ash..
Tinggal..
Di..
U.k ...

Jauhnya, tak apa, kau simpan jelah, dia tu bukan minat kau pun, dia anggap kau sebagai adik tak lebih. Kau je lebih.

"Baik" Am masih dalam terkejut. Senyuman paksa diukir.

Selepas setahun di U.K~~

Ash tinggal bersama mak usunya iaitu Fira disebuah banglo dua tingkat. Hanya 8 orang tinggal disitu, mak usu, pak usu, Rara (anak mak usu), Ash, Mak Nom, Pak Wan dan juga Bik Isah.
pembantu rumah dan driver mereka diimport khas dari Malaysia. Import kau!

Lama kelamaan perasaan rindu bertandang kedalam hati Ash.
Semasa Ash menetap.disitu hampir 5 bulan, rumah mak usu dibakar kerana dendam dan semasa itu hanya ada , Mak Usu dan juga Ash, manakala Mak Nok dan Bik Isah keluar ke bandar untuk membeli barang, manakala Pak Wan mengambil Pak Usu dan Rara dari sekolah dan tempat kerja. Ash tersedar tatkala dimelangkah ke dapur untuk mengambil sedikit snek dan semasa itu Mak Usu demam.
Semakin marak api itu, semakin kalut Ash, laju dia menelefon bomba. Namun talian diputuskan tiba tiba. 1 jam kemudian bomba datang bila jiran sebelah mendapati rumah mereka hangus terbakar.

Mereka berdua dikerjarkan ke hospital secepat mungkin, Ash yang melecur teruk terpaksa membuat pembedahan. Pak Usu menelefon ibubapa Ash diMalaysia meminta kebenaran untuk dibedah.

Bahagian yang melecur itu berada dibahagian lemak jadi, doktor mrmutuskan untuk membuang lemak tersebut.
Dari gemuk menjadi kurus.
Ash yang suka dengan dirinya dulu tapi sekarang dia malu dan dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di U.K sampai habis universiti.

Semasa Ash di U.k~~~

Am yang dulu baik dan lemah lembut kini menjadi seorang yang lain. Semasa umur 10 tahun, Am berharap agar Ash pulang ke Malaysia dengan segera, setelah penat menunggu, Am membuat keputusan untuk melupakan Ash dan menjadi sedingin dingin yang mungkin, sebeku beku mungkin.

Namun jauh disudut hati, dia masih lagi tidak mahu melepaskan Ash. Namun siapa mahu bertakhta dihatinya? Dia masih menyimpan perasaan dalam sifat dinginnya itu.

Dia tidak tahu yang Ash pulang semasa umurnya 15 tahun. Namun dia hanya menganggap Ash itu jiran yang selalu nak ushar dia iaitu Firash si penyibuk. Tak mungkin dia Ash yang bertakhta dihati sedangkan Ash dulunya gemuk bukannya kurus dan hensem. Hanya gemuk dan rupa paras bukan penting bagi menduduki carta hati Am.

Ash pula mahu menyimpan rahsia di U.K . Suatu hari nanti semua akan terbongkar, sikap dingin Afifa Ameera dan semua rahsia yang Wan Dani Firash sorokkan.

Suatu hari nanti...ia terbongkar..

-----------------------------------------------------

Hah, macam tu lah alkisah mereka...mohon jangan pening, dan korang dapat baca dengan tenang tanpa pening kepala lalat ya. Oke anak anak pi balik dah lewat ni. Nanti terlepas bebelan mak tu..

Oke jumpa lain kali di channel 000 ya! Sekian dari Rainbow😜

Kisah Cinta Cik Ego✔Where stories live. Discover now