4 bulan kemudian....
Harini hari pertunangan Afifa dan juga seminggu lagi untuk SPM.
Jantung Afifa berdetak laju. Peluh kian memercik didahi. Puas kakak iparnya mengesat peluhnya dan juga kerap memakai bedak make up."Akak, Fifa takut" luah Afifa dengan sedikit gagap. Qasya hanya melihat adik iparnya itu.
"Fifa tarik nafas, hembus, tarik hembus, chill lah ni bukan nak beranak, ni nak bertunang, akak kalau tunang rilek je, goyang kaki. Semua siap. Masa nak beranak Si Qashfi tu pun tak lah panik macam Fifa" Qasya cuba menenangkan Afifa.
Alhamdullillah, anak saudara Afifa bertambah satu. Hero pulak tu. Nama dia Qashfi Shahril. Baru 2 bulan."Ish akak ni, Fifa takut ni"
"Takut apa? Takut nak jadi bini ke?"soal Liana. Kepalanya saja yang nampak. Mesti intip ni.
"Hah yang Ana terjenguk macam unta tu dah kenapa?"soal Qasya pula. Nasib lah Liana ni umur 25 dan Qasya pula 30 tahun.
Liana hanya menunjukkan gigi besinya tanda tiada jawapan."Dah dah, Fifa tak takut jadi bini orang cuma..cuma..cuma Fifa takut kalau suami Fifa garang, makan Fifa atau marah Fifa" balasnya sambil memundar mandir didalam biliknya.
"Herm. Tak ada lah, memang tunang Fifa makan Fifa pun nanti. Bila first night. Dan Fifa pun jadi isteri sebenar" ujar Liana sambil tersengih.
Adoi Ana pun, ni budak belum capai umur 18 lah.
"Kak Ana!!!"teriak Afifa kecil. Sempat lagi bagi pesanan 'tu'.
"Hah apa bising bising ni?"soal Sofia iaitu isteri Alif yang berumur 20 tahun sama dengan Alif.
dan mereka mula ketawa.Haih, Ya Allah kau kurangkan lah getaran didalam diriku ini. Amiin.
Afifa berdoa didalam hati.
Qasya dan Liana masih lagi ketawa mengekek."Dik, mama suruh turun" arah Afiq sambil membuka pintu bilik Afifa sedikit.
Afifa memusingkan badannya kearah Afiq. Dia hanya mengetap bibirnya lalu mengangguk. Liana keluar bersama Afiq ,suaminya.
Sawit bebenor mereka ni. Laki keluar bini pun sama."Huh, sabar Fifa tarik nafas hembus"
"Baik kak"
Afifa melakukan apa yang disuruh oleh Qasya. Tangannya dipegang lembut oleh Dayana dan juga Diana. Comel sahaja kembar itu memakai flower crowns yang terelok bersantai dikepala mereka. Baju gaun yang sesuai dengan mereka masih lagi anggun dimata orang memandang.
perlahan lahan Afifa duduk diatas pelamin ditemani oleh kembar tersebut. tadi Afifa hanya salam mak mertuanya tanpa memandangnya.
Takut kian lagi menguasai dirinya. tangan yang sudah tua mencapai tangannya. Dihulur lima jari sebelah kanan.
jari manisnya sudah disarungkan cincin berbatu putih dan ada sedikit corak disekeliling cincin itu.
Tangannya mula mencium tangan ibu mertuanya itu. Lalu dia memandang mata ibu mertuanya. alangkah terkejutnya."Harap Afifa dapat bina masjid sama sama dengan Firash" bisik Puan Hajjah Faridah perlahan tapi cukup untuk Afifa dengar.
Semakin lama semakin gelap pamdangan Afifa. Dia rebah dipelaminnya. Ramai yang berkerumun ditubuh Afifa. Si kembar juga panik. Laju dia mendekati ibu mereka.*****
Dunianya pusing. Masih lagi hitam. Bayangan Ash kini hilang.
Dia mencari merata tempat Ash berada namun hilang.Kring!
Bunyi mesej WhatsApp membingitkan telinga Afifa. Dia mula mencari telefonnya. Matanya masih lagi terpejam rapat.
YOU ARE READING
Kisah Cinta Cik Ego✔
RandomDia datang mengantikan kekasih lama yang bertapak dihati. Dia pencuri hati yang mampu mencairkan hati seorang gadis yang ego. Bila hati kata rindu tapi mulut menafikan, ego saja lebih. COMPLETED : SEP 2016 Best achivement : #1 in random July/Jun2016...