BAB 35

4.8K 161 1
                                        


Setelah semua tiba dihospital, doktor Hanis keluar dengan berita yang agak sedih untuk mereka.

"Maaf, siapa ahli keluarga berikut?"soal Doktor Hanis kepada keluarga Afifa dihadapannya.

"Saya! Saya ayahnya"kata Tan Sri Saiful seraya mengangkat tangannya. Puan Sri Fara juga begitu.

"Mari ikut saya"arah Doktor Hanis.

"Doktor Aqilah, sila cek sekali lagi pesakit ya, dan pastikan semuanya sudah siap ya"pesan Doktor Hanis, Doktor Aqilah akan selalu memeriksa pesakit apabila Doktor Hanis sibuk.

"Baik, Han"

"Tan Sri, anak Tan Sri, dia mengalami hentakkan kuat dibahagian kepala, dan membuatkan otaknya bergegar, kemungkinan dia akan hilang ingatan, saya tak pasti samada hilang ingatan sementara atau hilang ingatan selamanya, hanya Dia yang tahu rahsianya, saya hanya membantu"ujarnya lembut sambil memberi satu helai kertas X-tray kepala Afifa.

Tan Sri Saiful dan Puan Sri Fara terkejut, satu garisan panjang didahi Afifa.

"Ini adalah luka yang agak dalam dan membuatkan Afifa kehilangan banyak darah, tapi kami dah ada banyak stok darah, tak apa, darahnya akan tetap kami tambah, jangan risau, oke baik lah, nanti kalau ada berita gembira saya bagitahu ya" ujar Doktor Hanis sambil memberi senyuman manis kepada dua orang tua dihadapannya.
Bunyi ketukan pintu bilik membuatkan Doktor Hanis terkejut.

"Sekejap, ya"arah Doktor Hanis lembut, tudung shawlnya berwarna merah jambu gelap dibaiki. Kedua orang tua Afifa masih berdiri dihadapan lelaki yang segak dihadapan pintu bilik Doktor Hanis.

"Erk, Tan Sri, Puan Sri, kenapa?"soal Doktor Hanis.

"Ini siapa?"soal Tan Sri Saiful pelik.

"Ini suami saya, Qarrul Zhafi" Doktor Hanis memperkenalkan suaminya. Tan Sri Saiful tersenyum lalu memeluk suami Doktor Hanis.

"Pak Angah, Zhaf rindu Pak Angah" luah Zhafi sayu.

"Pak Ngah pun, Zhaf tak bagi tau pun kan Zhaf dan ada isteri kan?"kata Tan Sri Saiful dalam nada merajuk.

"Ala, tak sempat nak bagitahu, haritu Pak Ngah tak balik kampung, kami tak sempat nak panggil Pak Ngah, semua sibuk"

"Bila kahwin?"soal Puan Sri Fara apabila dia diabaikan suaminya.

"Dua bulan lepas" jawab Doktor Hanis, kini dia sudah jumpa siapa Pak Ngah dan Mak Ngah yang disebut sebutkan oleh Zhafi.

"Harap berkekalan"ucap Tan Sri Saiful dan Puan Sri Fara serentak.

"Terima kasih"

Mereka berdua berjalan pergi ke kantin hospital bersama sama, Firash hanya mampu melihat. Jelas kelihatan riak mukanya cemburu.

Lelaki yang menyelamatkan Afifa itu terus ke arah Tan Sri Saiful dan Puan Sri Fara, mereka terkejut.

"Zar!"

"Pak ngah! Mak ngah! Zar rindu" luah Zarith iaitu adik kepada Zhafi belah Tan Sri Saiful.

Muka Afifa memang ada iras iras chinesee kerana keluarga ayahnya Cina-muslim.

Kini mereka menunggu, menunggu Afifa.

Dua tahun kemudian~~~

Puan Sri Fara hanya memandang Firash yang dulunya segak kini layu, lemah dan tak terurus.
Bagi Firash, Afifa penyeri hidup Firash.

"Fifa, bangun lah, saya rindu awak, awak tak rindu saya ke? Awak tahu tak yang majlis kahwin kita tak jadi, awak tahu semua orang kat sini semuanya lemah " tutur Firash perlahan.

Kisah Cinta Cik Ego✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang