BAB 14

5.6K 233 5
                                    

Puan Fara terkejut beruk melihat Firash yang tidur dalam posisi terlentang. Dengan tangan atas dada, kaki kanan atas tempat letak tangan kerusi menunggu. Dengan tangan kiri terjuntai lagi. Dan kaki sebelah lagi terjatuh kebawah. Ni saja saja ke lakonan?

Kalau lakonan tu jaga lah sikit kan kalau bidadari cun datang ambil gambar kan dah malu.

"Haish, budak sorang ni, apa kejadahnya tidur sini, cuba kalau tidur kat sofa dalam wad ummi ke?"bebel Puan Fara sambil mencucuk tangan kiri Firash yang terjuntai itu.
Langsung tak ada reaksi.
Puan Fara menarik lengan baju Firash, begitu juga.
Lantas kaki kanannya ditarik sampai jatuh semua badan. Hah, sado tak Puan Fara?

"Arghh~~"tersentak Firash yang tiba tiba jatuh itu.
Namun kepalanya tak dapat mengimbas semula. Apa yang dah jadi ni? Asal aku baru sedar yang aku ada kat lantai?

"Ya ALLAH cikgu, apa ni?"soal Firash sedikit mamai.

"Molek sangat tido gitu, kan kalu ada orang ambik gambo mung masa mung tido dok ke naya?"marah Puan Fara dengan lohgrat Terengganu.
Amboi, pekatnya. Penulis tak cam tu pun. Hehehehhe.

"Doh ye pung, Cikgu tarik kita pa jatuh pa"balas Firash dalam lohgrat Terengganubsambil mengangkat badannya. Disapunya punggungnya yang tiba tiba jatuh itu dan juga ada rasa sakit.

"Dah, pi masuk lam wad pi jaga ummi kamu, lepas tu kamu nak tidur ke nak buat senamerobik ke ikut lah"arah Puan Fara lantas menolak Firash yang sedang mengelap mulutnya. Herm. Air liur basi lah tu.

"Oke"

*****

Harini hari last, Afifa berada dihospital. Oh bahagia sekali. Kenapalah ramai tak suka hospital, aku jugak suka kat hospital kononnya ada makanan free.

"Mama, mana tudung semalam?"

"Mama, baju haritu mama basuh ke?"

"Oh, kerja sekolah tak buat"

"Aih lapar lah"

Dan banyak lagi alasan dari Afifa. Alasan itu lah alasan ini lah.
Puan Fara hanya menggeleng kepalanya melihat sikap anaknya yang sudah baik demam.

"Haih kamu ni, takkan mama nak ambik semua, ni kan barang kamu, kerja sekolah tu balik rumah baru buat, nanti kita pergi lah kantin hospital pi beli makanan"bebel Puan Fara sambil mengemas katil wad sebelum keluar. Afifa hanya memandang ibunya dengan sekilas. Dengar je lah apa yang mama cakap. Dia yang sibuk membaiki tudung shawl keknis hanya diam.

"Baik ma"balas Afifa tatkala ibunya mula diam.
Lantas beg silang diambil.
Dengan lafaz bismillah, Afifa keluar dengan berhati hati. Takut nanti virus demam datang semula.
Eh?

*****

Sebaik sahaja melangkah ke rumah, hatinya mula resah. Alamak, macam mana ni? Dah lah matematik bab 5 tu salin semula nota yang penting. Dah lah minggu depan Cikgu Aswa nak. Haih.
Dengan latihan Biologi lagi, dengan karangan BM lagi. Adoi, susah ni,kena mintak mc lagi seminggu ni. Rungut Afifa sambil membelek buku teks matematik.

"Hah, yang adik duk termenung sambil pegang pipi tu dah kenapa? Suka dekat jururawat hensem eh? Atau doktor yang ada kat sana?" Soal Alif sambil menyandar badannya dipintu bilik Afifa yang terbuka luas itu.

"Esh abang ni, mana ada, doktor kat sana hampeh. Tak de taste. Not my style, not my taste, not my type and another no"balas Afifa tajam. Kan aku ambik ninja dia kan, merana.

Kisah Cinta Cik Ego✔Where stories live. Discover now