BAB 22

4.9K 184 5
                                    

"Kau!" Hampir sahaja anak tengkuk ni keluar. Ya Allah, kecilnya dunia. Sampai bertemu bakal suami ni. Ops, eh salah, jiran mereput. Oh, I see, nama baru.

"Hai" sahut Firash seraya membuat lambang peaces.

"Kenapa kau ada kat sini?" Soal Afifa. Kepalanya sudah sakit dek melihat si jiran mereput ni.

"Dah jodoh tak kemana" balas Firash lalu menayangkan senyuman dibibirnya. YA ALLAH, kalau tengok, hati cair, hensem gilos! Muka dah ala ala Jack Frost tiruan, dengan bibir merah jambu, rambut keperangan. Muka putih, hidung mancung ala artis Korea. Tak macam orang eropah, diaorang kan mancung gilos! Bukan nak kutuk, cuma i prefer hidung Korea dari Eropah.
Uh, tinggi usah cakap lah, ni adik beradik eh dengan tiang api. Macam Ammar, tinggi tiang api. Oke aku panggil Ammar, mamat Korea sesat galah tiang api. Nice!

"Erm, miss, behave yourself, this flight gona fly right now" tegur seorang pramugari U.K . Oke, dia mat salih. Eh jap, minah salih atau awek salih?

"Oh thank you" balas Afifa yang baru tersedar dek memuji Firash terlebih. Aku puji dia ke tadi? Aku hanya gambarkan sahaja dia tu macam mana.
Pramugari itu hanya mengangguk tanda paham dan berlalu pergi untuk memeriksa penumpang lain. Abang sado hanya memberikan Afifa jelingan tajam. Sebelah Abang sado tu si kembar, sorang ke barat, sorang ke timur. Herm. Merajuk.
Afifa memang suka duduk ditepi tingkap flight. Suka layan perasaan.
Setelah beberapa ketika dilangit, kerusinya digoyang kuat.
Hampir sahaja dia mahu menjerit.
Dia menoleh ke belakang, aish, mamat ni.
Dan lagi. Kerusinya bergoyang lagi!
Tangan Firash dicubit kuat.
Ambik kau!
Kedengaran bunyi jeritan kecil dibelakang. Tahu sakit.

"Weh, siapa ni?"soal Rizz layu. Baru bangun tidur. Tengok pun macam orang hisap dadah.

"Erm, ni lah bakal bini aku" balas Firash perlahan. Rizz hanya angguk lalu membulat matanya.

"What?" Rizz masih mahu kepastian. Kang aku bagi nama fakta auta insan yang begelar isteri ni, cair telinga.

"Nak aku terangkan nama fakta auta isteri ni?" Soal Firash sinis.

"Boleh jugak" balas Rizz sinis. Ni apa ni, main meny-sinis ni?

"begini, amik kau" Firash membalas jawapan untuk Rizz dengan memukul kepala Rizz.

"aiseh, sakit lah ngok! aku baru nak tengok kawan aku bagi ceramah pasal bini ni"

"Herm" Firash melihat Afifa yang sedang bangun dari tempatnya. nak ke mana pulak minah ni.
Firash hanya memberi jelingan kepada Afifa kerana, Afifa yang mula dulu bagi jelingan menusuk hati Firash tu.
Firash pun sama menghala ketandas. Asal minah ni tutup pipi? Kena siasat ni.

*****

"Uih, malunya! Adoi, macam mana nak sorok kan pipi ni. Dah lah cik pramugari tu tegur kuat gila, pasti dia ingat aku ni usyar mamat jiran mereput tu!" rungut Afifa sambil membasuh mukanya. Memang dari kecil dia suka mem-blushing. Kalau orang puji je, terpuji, dipuji ke pasti merah jambu je kerja pipi ni. Memang merah jambu gila! Macam patung hello kitty tu! Tak dapat kawal. Tanya doktor je , doktor cakap kawal, tapi dia still tak leh kawal.
Sebab tu dia kena ego!

"Argh, aku benci kena tegur, puji, malu or something else" Afifa sudah bengang, ditiliknya muka kesayangannya berkali kali. Satu je boleh lakukan kalau blushing tahap 10.
Tidur!
Afifa laju membuka pintu tandas tanpa melindungi pipi jambunya.
Dan matanya tertacap kepada sepasang mata milik Firash!

Kisah Cinta Cik Ego✔Where stories live. Discover now