BAB 11

5.8K 260 0
                                    

Selepas majlis itu berakhir, Afifa mencari Haqim dan Hazim. Nak bagi hadiah lah katakan.
Lama mereka mencari namun tidak jumpa.

Mata Afifa beralih dihadapan pintu utama rumah Hazim dan Haqim. Dah jumpa.

"Nak hadiah"hulur Afifa kepada Haqim sebuah kotak sederhana kecil.
Riak muka Haqim nerubah. Kan bukak macan tahun lepas naya. Tahun lepas, Afifa memberi sekotak besar tanpa memikirkan laju Haqim membuka dan Bom!!
Keluar cebisan kertas dan didalamnya tertulis 'kena tipu'.
Setelah terkena kejutan itu, seminggu Haqim tidak kesekolah. Demam lah katanya.

"Ni hadiah atau hadiah kena kan aku?"soal Haqim dengan hairan.

Afifa tersengih.
Afifa juga memberikan kepada Hazim. Hazim juga begitu.

"Bukak lah!!"arah Afifa tegas. Mereka laju membuka kotak itu. Dan riak muka diaorang berubah seperti kanak kanak mendapat gula gula.
Hadiahnya ialah seutas jam nike yang berwarna hitam silver. Warna kegemaran Haqim dan Hazim ialah Hitam silver.

"Wah!! Biar betul kau Fifa! Ni aku sayang kau ni!!"ujar mereka yang sibuk menilik. Kawan kawan Afifa yang lain cemburu buta.

"Aku nak jugak!"bentak Puteri lalu mencebik.

"Aku nak tanya..hari jadi kau bila?"soal Afifa lalu bercekak pinggang.

"Erm..bulan depan"jawab Puteri lalu tersengih.

"Tahu pun..nanti aku bagi lah hadiah kat korang masa hari jadi nanti"ujar Afifa, dia sudah tidak tahan untuk membuang hajat.

"Wei, aku urgent ni! Nanti aku datang kereta."tutur Afifa berlalu pergi.
Laila yang sedang berborak rancak dengan kembar itu menoleh. Faham sangat perkataan 'urgrent' itu.

Laju Afifa terkedek kedek berjalan ketandas. Nasib dia sudah tahu tandas rumah Kembar itu, kerana tiap tiap tahun dia menyambut hari jadi Kembar itu. Musuh kena lah selalu ziarah kerana ziarah kan mengeratkan hubungan silaturahim.

"Ish..ramai pula orang ni"rengek Afifa yang sedang berjalan tanpa menghiraukan orang yang lalu dihadapannya. Tiba tiba...
Buk!!

Air sunquick yang dipegang oleh Firash tumpah di dress Afifa. Afifa tergamam. 'Kalau boleh aku lunyai lunyai je jantan depan aku ni!'marah Afifa didalam hati.
Dia memandang muka jejeka itu.
Terkejut beruk dibuatnya.

"Ops, sorry, I tak sengaja"ujar Firash yang sedang melihat dress Afifa yang basah itu tanpa melihat muka gadis itu.

"Firash!!"marah Afifa geram. Tempat yang terkena air itu digenggam. Firash melihat muka gerangan dress itu.

"Ops, sorry, saya mintak maaf sangat"ujarnya lalu melangkah satu tapak.
Afifa mencengkam lengan Firash.

"Kalau kau buat lagi, aku benci kau selama lamanya!"marah Afifa lalu beredar.
Impiannya yang kini mahu buang hajat tergendala akibat kejadian air tumpah tadi.
Firash melihat Afifa yang berjalan keluat itu dengan muka selamba.
Afifa berjalan laju menuju ke kereta mewah milik keluarga Luqyana.

"Weh, asal dress kau basah?"soal Luqyana tatkala melihat Afifa masuk dengan muka marah.

"Baik kau senyap"arah Afifa tegas. Mukanya ketat.
Semua diam, kalau Afifa bagi amaran tu tak payah lah kau tanya apa lagi, sumpah nanti dia cekik kau, masa dia marah pasti dia menjadi singa. Well, ratu singa memang ada didalam diri Afifa, cuma raja sahaja belum ada.

*****

Setelah sampai dirumah Afifa, hujan mula membasahi bumi.
Lama kelamaan hujan semakin lebat.
Laju Afifa berjalan ke pintu utama rumah keluarganya.
Tanpa disedari, purse kepunyaan Afifa tercicir. Lagi beberapa langkah mahu sampai dipintu utama, Afifa kembali mencapai purse nya dihadapan pintu pagar. Hujan semakin lebat. Afifa memandang keatas. Sakit kepalanya semakin teruk. Dunianya berputar.
Lama kelamaan penglihatannya kabur. Semua hitam.

Kisah Cinta Cik Ego✔Where stories live. Discover now