Allahuakhbar Allahuakhbar...La Illah ha Illah Allah hu Allah hu Akhbar...
Kedengaran takbir raya bergema diseluruh kawasan. Pagi raya yang indah itu diserikan dengan keriuhan sanak saudara dari keluarga Afifa dan Firash. Meriah sekali.
"Ala...cam ne ni...tudung dah lah senget. Lepas tu stokin raya pulak tak jumpa..mana nyorok ni!" Omel Afifa sambil mencari stokinnya didalam laci kecil.
Firash yang sedang mengeringkan rambutnya itu melihat isterinya yang gelabah itu. Comel lah pulak. Pakai jubah warna peach gelap. Cantik.
"Hah sayang cari apa?"soal Firash sambil tersenyum senget.
Afifa memandang Firash yang memakai kain tuala dari pinggang hingga lutut.Gosh abs!
"Ewww....tak malu....tak pakai baju...twins papa tak pakai baju..eww...seksi!" Kata Afifa lalu mencari lagi stokinnya dilaci bawah pula.
"Ala...cari apa..bagitahu je lah!" Paksa Firash sambil menarik lengan Afifa kuat.
Sampai Afifa terbangun melihat Firash yang menggoda itu."Ah..cari stokin...stokin comel tu"balas Afifa sambil keluar dari walk-in-closet .
Firash menuju ke katil dan menyelak bawah katil. Terdapat satu kotak kasut raya."Bukan semalam sayang letak dalam kotak kasut raya ni eh?" Perli Firash seraya melihat muka Afifa yang masih terkejut itu.
Afifa menepuk dahinya kuat lalu tersenyum tawar. Dia berlalu ke katil itu dan mengambil kotak kasut raya itu. Kasut raya yang baru beli pada 29 Ramadhan. Mana taknya masa beli belah raya tu, kasut raya langsung lupa nak beli.
Nasib lah ada yang berkenan.a"Herm..hehehe...baru ingat..lupa lah awak...thanks awak!" Balas Afifa sambil memeluk dari tepi Firash.
Bau sabun dettol perisa oren menusuk hidung Afifa. Aduh sakitnya hidung."Erk...sayang...abang nak pakai baju...kan tak pasal pasal abang tak raya" Firash cuba melepaskan dari pelukan Afifa. Sekarang Afifa dah pandai peluk orang.
"Yelah orang lepas..dah pakai baju cepat..orang turun bawah...nak makan!" Balas Afifa sambil menutup pintu bilik.
Firash meneruskan aktivitinya.*****
"Woi...bila rancangan kita nak serbu Fifa nya?"soal Zareen sambil tersengguk sengguk menahan kantuk.
"Ala..esok lah" balas Ammar sambil melelapkan mata.
Bau nasi dagang yang kuat itu menarik perhatian dua orang sepupu itu."Wah..sedapnya mak ngah masak!" Puji Zareen sambil mencedok nasi dagang kedalam pinggannya.
Aroma yang wangi itu sudah membuatkan Ammar menelan air liur. Dia mahu makan tapi macam tu lah. Alah akan ikan aya.
"Asal kau tak makan, bro?"soal Zareen yang sedang mencedok kuah nasi dagang.
Dia pun beralih mengambil timun timun yang sudah diproses."Aku alah ikan aya..tapi cam tu lah...nanti aku makan, tak leh raya..muka aku nanti ada bintik bintik merah nanti orang ingat aku ni kena denggi" bebel Ammar sambil menongkat dagu.
Zareen menjeling Ammar. Satu idea sudah menari didalam otaknya."Weh...ni bukan ikan aya...ni ikan selayang..semalam aku bersihkan ikan ni. Mak ngah kata ni ikan selayang weh. Makan lah.." bohong Zareen sambil gelak dalam hati.
Tipu sunat dipagi raya.Ammar menjeling Zareen yang sedang memegang ekor ikan aya yang dikatakan ikan selayang.
Zareen hanya tersengih lalu makan nasi dagang itu.
YOU ARE READING
Kisah Cinta Cik Ego✔
RandomDia datang mengantikan kekasih lama yang bertapak dihati. Dia pencuri hati yang mampu mencairkan hati seorang gadis yang ego. Bila hati kata rindu tapi mulut menafikan, ego saja lebih. COMPLETED : SEP 2016 Best achivement : #1 in random July/Jun2016...