"Satu letupan berlaku di sebuah gudang yang lama. 3 orang maut, manakala cedera parah sebanyak 10 orang dan selebihnya cedera ringan...." Televisyen ditutup. Tan Sri Saiful laju menutup televisyen itu. Telinganya ditekup. Kata kata pemberita itu membuatkan hatinya terasa tersiat siat. Kata jururawar dihospital pun mengejutkan beliau.
"Ni Tan Sri Saiful ke? Isteri, anak dan menantu Tan Sri ada dihospital kerana letupan dekat gudang, saya harap Tan sri boleh datang untuk uruskan semua ni"
"Muaz, pergi hospital. Cepat, saya nak jumpa isteri saya"arah Tan Sri Saiful sebak.
"Baik Tan sri" Muaz laju membawa kereta ke hospital yang berkenaan.
Tan Sri Saiful bergegas ke kaunter hospital."Pesakit nama Bunga Fara, Afifa Ameera, Wan Dani Firash, bilik mana ya? Yang kejadian digudang tu" soal Tan Sri Saiful kalut. Jururawat teg nama Hayati itu mencari maklumat tersebut.
"Tingkat 3 Bilik D2, D5 dan tingkat 2 A8" balas Hayati. Tan Sri Siaful menekan butang lift ke tingkat 3.
Bilik D2 dicari. gotcha!Baru sahaja memasuki wad itu, Doktor lelaki keluar bersama tiga orang jururawat. Seorang lelaki dya orang perempuan. Mereka mengusung seseorang diatas katil wad yang khas itu.
Tan Sri Saiful laju menahan. Dojtor itu seakan memahami. Kain putih itu dibuka, raut seorang muka wanita yang lembut itu dipandang. Air mata Tan Sri Saiful menitis.
"Inna lillahi wainna lillahi rojiun" muka Puan Sri Fara dicium. Arwah baik orangnya. Jika ini takdirMu, aku terima. Terima kasih kerana meminjamkan insan yang istimewa dalam hidupku Ya Allah. Terima kasih.
Mata Tan Sri Saiful hanya memandang jenazah itu dibaw ake bilik mayat. Kakinya menuju ke arah bilik D5. Seorang lelaki menangis esak esak dibirai katil seorang perempuan.
"Firash?" Soal Tan Sri Saiful sambil memegang bahu Firash.
"Papa!" Balasnya lalu memeluk badan ayah mentuanya. Tan Sri Saiful terpinga pinga.
"Papa, Fifa koma pa, Ash tak sanggup pa, Ash tak kuat pa!" Kata Firash sambil teresak esak menangis. Tan Sri Saiful memujuk menantunya. Firash jatuh rebah ke lantai hospital. Firash yang berpakaian baju pesakit warna hijau itu dipandang. Tubuhnya diangkat. Jururawat yang ada disitu membawa Firash ke biliknya semula.
*****
Setengah jam sebelum itu....
Firash membuka mata perlahan, cahaya yang menusuk mata itu membuatkan matanya makin sakit. Dia mula teringat akan isterinya itu. Tangannya laju membuka selimut hospital. Kaki yang masih berbalut itu dibiarkan, Doktor itu menahan Firash.
"Jangan, kamu tak sihat lagi!" Tegas Doktor Ihsan sambil menahan bahu Firash dari keluar. Wayar yang menyalurkan darah dan air, dicabut. Tangisan air mata terus keluar sebaik sahaja doktor itu menghalangnya.
"Doktor, isteri saya! Dia perlukan saya tolong lah!!" Kata Firash kuat, Doktor itu tidak dapat menahan tubuh Firash. Lantas dibiarkan dia, jururawat bernama Rose itu menyuruh Firash mengikuti dia ke wad isterinya.
Saat melihat tubuh kaku diatas katil, kakinya rebah. Air mata yang bertakung ditahan. Tubuh Afifa didakap. Doktor yang memeriksa Afifa terkejut.
"Sayang, bangun lah! Jangan tinggalkan abang seorang diri! Bangun sayang!" Gesa Firash lalu menampar lembut pipi isterinya. Tangisan makin kuat. Mukanya ditekup dibirai katil.
"Sayang, abang tak sanggup nak tunggu! Bangun lah!!!" Gesa Firash lagi. Tangisan makin kuat. Bunyi pintu dibuka. Tan Sri Saiful melihat Firash, lantas dia menjadi bahu buat Firash.
YOU ARE READING
Kisah Cinta Cik Ego✔
AcakDia datang mengantikan kekasih lama yang bertapak dihati. Dia pencuri hati yang mampu mencairkan hati seorang gadis yang ego. Bila hati kata rindu tapi mulut menafikan, ego saja lebih. COMPLETED : SEP 2016 Best achivement : #1 in random July/Jun2016...