Selepas kejadian muka pinky, Afifa datang ke sekolah dengan muka yang boleh buat orang sakit hati.
Harini paling lambat dalam sejarah, pukul 8:00 tepat tepat dia datang, kebiasaannya pukul 7:20 atau 7:30 pagi.
Baru sahaja dia meletakkan pencil case comelnya di atas meja, Ammar terus menerjah ke arah Afifa."Ada pen tak?" Soal Ammar sambil tersengih sengih macam something wrong.
"Tak ada, kenapa?" Soalan dibalas soalan.
Ammar terus senyum sampai ketelinga. Tapi gila agaknya senyum sampai ke telinga sebab mulut akan senyum hanya paras bawah telinga. Sampai ketelinga tu boleh lah jugak kalau budak tu happy virus like Park Chan Yeol, the member from EXO.Oke, lupakan fakta yang mengarut.
"Ala, baru saya nak tulis nama awak dengan hati saya"balas Ammar seraya ketawa kecil. Dan Afifa be like krik krik.
Dah kenapa Si Galah ni?
Pickup lines tak jadi!
Kuawawa. Dah biasa dengar dahh.Ammar melihat muka Afifa yang tiada perasaan.
Minah ni tak de deria ketawa ke. Eh jap, deria ketawa?Lupakan.
"maaf. Aku tak paham apa yang kau cakap ni. Dah blah" halau Afifa berlalu pergi ke kantin untuk makan pagi. Padahal kat rumah dua pinggan makan nasi lemak. Ni mesti perut gajah ni.
"kenapa dia tak ada perasaan? Atau dia ni...hantu?" Ammar bermonolong sendirian.
*****
Firash masih termenung ditepi tingkap kapal terbang yang mereka naiki 2 jam lalu, lagi 5 jam untuk sampai di Malaysia.
"I never forgive you, Ash. Never"
Masih lagi kejadian 3 tahun lalu berlayar diotak Firash.
Suara Dean yang serak itu nasih terngiang ngiang ditelinga Firash.Maafkan aku, Dean.
Kalaulah aku boleh putarkan masa, aku akan tolong kau Dean.Lama dia menatap awan awan putih yang berlalu pergi dek kapal terbangnya laju melanggar mereka.
Firash cuba melelapkan mata, lama kelamaan, dia sudah terlena di alam mimpi.
~~~
"Ash, help me! They want to kill me! Hurry up!"
Bunyi suara Dean yang takut membuatkan Firash terkejut.
"Where are you Dean?"
"At, Subway....."
jawapan Dean terhenti disitu dek Tuan Boss sudah merampas telefon miliknya.
laju Firash dapat location Dean. yes!
Takala Firash menjejaki kakinya ditempat tersebut. Firash cuba mencari Dean dengan berhati hati. Kedengaran suara Dean menjerit kesakitan sudah nyaring ditelinga Firash. Firash cuba membuka pintu besi itu, namun malangnya dia dipukul dibahagiab belakang dengan seorang anak buah Tuan Boss.
Teruk sekali Firash dibelasah teruk.
Dan juga Dean.3 hari selepas itu,
Firash mencari Dean dengan risau. Tangannya yang berbalut itu sudah tiada masalah.
Mudah untuk bergerak.Kakinya yang sedikit lebam dan luka itu bergerak dengan lincah bagaimanapun masih kecok.
Dibahagian tepi mata kirinya masih lagi ada luka kecil.
Dan juga didahi sebelah kanan.
Bibirnya juga pecah dan juga banyak kesan toreh. Begitu juga dengan bahagian bawah siku.
YOU ARE READING
Kisah Cinta Cik Ego✔
DiversosDia datang mengantikan kekasih lama yang bertapak dihati. Dia pencuri hati yang mampu mencairkan hati seorang gadis yang ego. Bila hati kata rindu tapi mulut menafikan, ego saja lebih. COMPLETED : SEP 2016 Best achivement : #1 in random July/Jun2016...