Seperti dijanjikan, Afifa memakai baju yang dikatakan kepada Luqyana semalam.
Dipakainya lipbums untuk melembapkan bibirnya yang kering.
Ditepeknya bedak make up sedikit dan Perfect!!.Sementara menunggu kedatang Luqman iaitu abang Luqyana. Anak ibubapa angkat Luqyana, Afifa menyarung kasut converse purple yang dijanjikan.
Dah ketat!
Afifa menyelak window di Telefonnya. Banyak WhatsApp masuk.
Malas nak baca."Pon!!" Bunyi hon kereta mewah jenama Vellfire membuatkan Afifa terkejut. Laju tangannya menutup pintu pagar yang khas bagi individu bukan kenderaan.
"Lambat lah kau ni!"marah Afifa lalu menutup pintu kereta mewah itu.
Luqman yang memandu kereta mewah ini dan disebelahnya tunangnya, Qira."Ala bukan salah aku, salah orang tua depan ni"balas Luqyana lalu menukul kepala Luqman.
"Aish...adik ni kan!!"
"Wek!"sempat lagi Luqyana menjelir lidahnya kepada Luqman. Hah elok lah tu.
"Semua ada?"soal Luqyana seperti ketua bola jaring disekolahnya, Cikgu Ika.
"Ada!!"semua menyahut soalan Luqyana dengan gembira.
"Woi, Dary, asal kau tak datang semalam?"soal Afifa membuka bicara didalam kereta. Luqman hanya mendengar perbualan mereka. Qira disebelah kadang kadang sahaja bercakap dengan Luqman.
"Weh..aku baru balik dari U.K..kau ni..dalam insta penuh kot aku post pasal U.K ni..sampai aku rasa jadi wartawan Malaysia sesat yang tak berbayar kat sana."ujar Dary Azzalfa anak Tan Sri Rashid. Namanya ada maksud tersendiri.
Dary ni ala ala tomboy tapi muslimah kalau pakai dress.
Percakapan tu pun dah lain."Herm..aku rasa kau lagi bagus jadi wartawan yang tak berbayar kat sana. Jimat lah sikit duit negara"perli Afifa lalu melihat kearah lain.
"Hehe..hadiah"pinta Luqyana lalu menghulur tapak tangan kanannya. Diikuti semua ahli The 8 Rose.
Luqman hanya ketawa kecil.
Qira pula hanya senyum.*****
Setelah sampai di Mega Mall, mereka menuju ke restoran mahal yang berdekatan.
"Kau belanja eh?"soal Puteri lalu ketandas yang berdekatan.
"Hampeh..Yana..kau belanja eh?"soal pula Afifa. Tadi Puteri suruh Afifa tapi sekarang Luqyana pula yang menjadi mangsa.
"Ala..Ain kau bayar eh? Aku belanja kau bayar. Deal?"arah Luqyana lalu tersengih.
Ain hanya buat derk sahaja.
Nanti Ain pun bagitahu yang lain."Kak Qira belanja The 8 Rose"arah Ain yanh sedang mencari telefonnya.
"Luqman bayar"pinta Qira lembut.
"Herm..ye lah!"dengus Luqman yang sibuk minum air orennya itu.
The 8 Rose bersorak. Ada orang belanja siapa tak suka kan?Setelah itu mereka pun jalan jalan dan mencari dress yang sama tema dengan parti hari jadi Si Kembar Durjana.
Lama berpusing pusing di Mega Mall itu, mata Afifa tertangkap kepada sebuah patung sedang menggayakan dress yang sesuai untuk parti Si Kembar Durjana."Look there Yana!!"teriak Afifa yang teruja. Kedua belah tangannya diangkat, beg kertas yang mengandungi kasut tumit tinggi 5 inci berwarna Hitam Silver yang bermanik dikainnya, turut diangkat.
Luqyana hanya melihat kawannya itu.
YOU ARE READING
Kisah Cinta Cik Ego✔
De TodoDia datang mengantikan kekasih lama yang bertapak dihati. Dia pencuri hati yang mampu mencairkan hati seorang gadis yang ego. Bila hati kata rindu tapi mulut menafikan, ego saja lebih. COMPLETED : SEP 2016 Best achivement : #1 in random July/Jun2016...