Di sini bermula sebuah cerita...

1.2K 27 2
                                    


Tahun 2016

              Aku merenung lelaki tampan di hadapan aku. Entah kenapa wajah dia seolah-olah 'familiar'.

             " Hoi minah! Lain kali jalan pakai mata sikit boleh tak?! "lelaki itu mendengus marah.

              Aku hanya diam tidak berkutik, tidak langsung menghiraukan amarah lelaki tersebut. Saat ini, fokus aku hanya satu iaitu untuk mengingat kembali siapakah gerangan lelaki ini?

             " Hoi! Kau ni bisu, pekak ke?! Cepatlah kutip buku aku tu!", suara lelaki itu menampar lagi gegendang telinga aku.

            Okay, aku dah ingat! 100% ingat dan 200% sure! tahi lalat kecil dimatanya memberi aku kepastian yang dia adalah orang yang sama. Ye orang yang sama. Aku pasti orang yang sama. Dan kalau betul lah orang di hadapan aku ini ialah 'dia', aku tiada pilihan lain selain daripada segera berlalu dari tempat kejadian.

            " Sorry.." aku menoleh ke belakang berkira-kira untuk beredar dari situ secepat yang mungkin. Tidak aku hiraukan kan satu dua buah bukunya yang jatuh akibat dari perlanggaran kami sebentar tadi. Yang paling penting sekarang ialah menjauhkan diri sejauh yang boleh dari makhluk di hadapan aku ini. Ye itu misi paling penting tika ini.

           " Woi!!", lelaki itu lagi cepat menahan aku dari pergi. Dia berdiri betul- betul di hadapan aku malahan lagi dekat dari sebelum ini. Menyedari dia betul-betul dihadapan aku, aku cepat-cepat tunduk memandang lantai. Tak boleh2,  dia tak boleh nampak muka aku! Yang paling penting, jangan lah dia ingat aku ni siapa!

          " Weh perempuan. Come on. Kau dah langgar aku, pastu kau nak blah cemtu je? Cepat kutip buku aku dulu! ", lelaki itu bersuara tegas. Aku terpegun sebentar. Hmm, dia masih sama.

         " Nah.. " aku mengutip bukunya yang masih berada di atas lantai dan cepat-cepat menyerahkan kepadanya.

         " Yang kau asik tunduk je dah kenape?", lelaki itu bersuara seraya mengambil buku-bukunya di tanganku dengan kasar.

        Aku cepat-cepat mengambil langkah untuk beredar dari situ.

            " Eh, kejap....", lelaki itu tiba-tiba bersuara saat aku sudah dua tiga langkah dari tempat  kejadian.

            Peluh kecil mula merenik di dahi aku. Aku pura-pura tidak dengar. Jangan kata dia dah ingat aku siapa?

            " Tunggu kejap..... Well, aku kenal kau siapa.", lelaki itu tiba-tiba muncul di hadapan aku. Aku jadi gelisah. Arghhh!!!

           " Nur Jihan Binti Rosly!"

           Macam mana dia still boleh ingat nama penuh aku?

          " Aku dah sebut nama penuh kau so jangan berdalih yang kau bukan Jihan", dia senyum sinis. Eee bencinya!

          " Ye, memang tu nama saya. Tapi saya tak rasa saya kenal awak. awak siapa ye?", aku pura-pura tidak ingat.

         Lelaki itu hanya ketawa kecil melihat lakonan aku. Nampak sangat tak 'real' ke?

          " Erm, kalau... aku mention pasal surat cinta kau tu, boleh kau ingat sape aku?", lelaki itu tersenyum nakal.

         Aku terkejut. Perlu ke dia ungkit benda yang aku betul-betul nak lupakan tu?!

         " Okay, dengar sini. Bende tu dah lima tahun dah pun. Kau tak perlu nak ungkit lagi, boleh tak?", aku cuba control nada aku, tak nak nampak yang aku still tak boleh lupakan peristiwa 'hitam' itu.

         " Aku tak de masa nak layan kau", aku berlalu melepasi dia.

         " Woi, aku still simpan surat tu"

          Aku berhenti dan berpaling kembali.

         " Perlu ke kau simpan lagi surat tu?"

          " Perlulah. Sebab nanti bila aku jumpa kau lagi, boleh aku guna surat tu sebagai bukti and of course untuk bahan kau. Macam sekarang", lelaki itu senyum nakal lagi.

           Aku mengetap bibir menahan geram.

           " Kau buatlah apa yang kau nak. Aku malas nak layan ", aku berkata selamba dengan lagak berani mati.

          " Okay, kau yang minta kan?", lelaki itu senyum penuh makna.

          Melihat senyuman dia, aku jadi resah pulak. Aku ni, di mulut je berani, di hati? Hurm, hanya Allah yang tahu. Jangan betul-betul dia merencanakan sesuatu sudah.

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang