Aku mendail nombor telefon Fara, niat di hati hendak memaklumkan padanya yang aku akan pulang esok pagi. Abang pun sudah semakin sembuh jadi rasanya sudah tiba masa untuk aku kembali ke universiti semula.
" Hello Fara. Baru balik kelas ke? "
" Haah. kenapa Fara? ada apa-apa berlaku dekat abang kau balik ke? ", Fara bersuara risau.
" Eh tak lah. Abang aku dah makin sihat dah. Ni hah, aku saja nak gitahu yang aku balik esok pagi "
" Oh ye ke!! Excited aku kau dah nak balik. Bosan aku ngan Lia tak de kau kat rumah ni hah. Kau balik esok naik apa? "
" Naik bas "
" Nak aku jemput tak? "
" Eh tak payah tak payah. Dah lah dua jam nak ke rumah aku ni hah. Kau tunggu je aku kat rumah. Masak apa-apa yang patut ke. Esok pun hari minggu kan, so boleh lah masak yang extravagant sikit ", aku sekadar bergurau.
" Don't wori Jihan. Untuk kau, 101 hidangan aku boleh hidangkan esok ", Fara turut berjenaka di hujung talian.
" Alright, esok aku kira cukup tak 101 ", aku ketawa kecil.
Aku mematikan talian selepas selesai berborak dengan Fara. Beep beep..
" Kau balik bila? ", mesej dari Zarif aku baca sekilas. Rasanya sudah seminggu berlalu sejak hari dia datang melawat abang aku.
" Esok ", aku balas pendek.
" Ok... "
Itu je dia balas? mentang-mentang aku balas pendek, dia pun nak balas pendek juga. Malas hendak melayan kerenah Zarif, aku memilih untuk mengemas baju-baju yang hendak dibawa pulang esok...
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
RomanceTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu