Saat Ini

121 7 0
                                    

        Razman memandu keluar dari perkarangan UPM. Dia membawa keretanya dengan kelajuan sederhana sahaja. Aku pulak hanya diam membisu, masih memikirkan apa yang berlaku sebentar tadi.

        " Eh tu bukan kereta tadi ke? ", Razman memecahkan kesunyian di dalam kereta.

       Aku menoleh memandang ke arah luar tingkap. Aku terpana. Kereta Zarif terdampar di tepi jalan. Bumper depannya sedikit kemek.

        " Berhenti Man berhenti ", aku memaksa Razman memberhentikan keretanya.

        " Haa? ", Razman sedikit terkejut dengan permintaanku.

       Dia akhirnya memberhentikan keretanya betul-betul di belakang kereta Zarif. Aku kemudiannya pantas berlari keluar menuju ke arah kereta Zarif.

       Zarif masih berada di bahagian pemandu. Dia kelihatan sedang memeluk stereng.

       " Zarif! Buka pintu ni", aku mengetuk-getuk tingkapnya.

       Dia masih tidak menyahut panggilanku.

      " Zarif! Kau ok tak??? Bukak please pintu ni ", aku ketuk lagi tingkapnya masih tidak berputus asa.

       Dia akhirnya mengangkat kepalanya perlahan-lahan cuba menoleh memandangku yang masih teguh berdiri di sebelah keretanya. Dia menatapku kosong masih tidak berganjak dari tempat duduknya.

      " Zarif please buka pintu ni ", aku merayu lagi.

      Dia akhirnya membuka pintu keretanya perlahan-lahan.
      " Kau ok tak ni?? ", aku bersuara bimbang. Baru aku perasan dahinya sedikit berdarah.
      " Dahi kau... "
      " Aku ok je. Kau tak yah risau ", Zarif bersuara perlahan tiada tenaga.

      Aku pandang Zarif lama sebelum tiba-tiba airmata ku mengalir. Aku akhirnya terduduk di situ sambil menangis kecil.

     " Kenapa ni Jihan?? ", Zarif pula bersuara bimbang di situ. Dia cuba untuk mencapaiku namun bahunya yang sedikit terseliuh membantutkan dirinya untuk berbuat begitu.

     " Aku ingat ada pape jadi kat kau tadi! Aku risau okay nampak kereta kau kemek macam ni ", aku lap airmataku laju.

     " Aku langgar bahu jalan tu je. Sikit je la ni ", Zarif cuba untuk meredakan rasa gusar ku.

    " Eh Jihan, kau ok tak ni? ", Razman berlari mendapatku dari dalam kereta saat terlihat aku terduduk menangis.

     Aku bangun selepas itu seraya mengelap sisa baki air mataku. Aku kemudiannya mengeleng kepala tanda aku ok sahaja kepada Razman.

     " Eh dahi kau berdarah ni. Meh aku drivekan kau pergi klinik ", Razman panik seketika selepas melihat darah di dahi Zarif.

     " Tak pe-tak pe. Aku okay ", Zarif menolak.

     " Zarif... please ", aku sedikit mengesa di situ.

     Zarif berjeda seketika sebelum akhirnya akur. Dia keluar dari keretanya.

      "Aku call orang tarik kereta kejap", dia berkata sebelum bergerak sedikit jauh dari kami untuk membuat panggilan.

      " Kau kenal dia ke Jihan? ", Razman bertanya.

      Aku angguk kecil.

     " Habis tu kenapa tadi time kat parking tu korang macam buat dek je? "

     Aku hanya menarik nafas panjang, memilih untuk tidak menjawab soalan Razman.

     Zarif kembali selepas itu. Kami bertiga sama-sama mengatur langkah ke arah kereta Razman kemudiannya.

.....................

     " Nah, ni ubat krim. Sapu dua kali sehari kat luka tu ", aku menyerahkan plastik ubat itu kepada Zarif.

     " Hmm... thanks Jihan ", Zarif mencapai plastik di tanganku.

     " Dah jom, Razman tunggu kat luar tu ", aku bersuara.

     Dia akur sahaja dengan kata-kataku.

     " Bahu kau doktor dah cek sekali kan tadi? ", aku menolak pintu klinik dan menahannya seketika memberi ruang untuk Zarif membawa langkah terlebih dahulu.

    " Dah, dia kata terseliuh sikit je "
    Aku menarik nafas lega mendengar kata-kata Zarif. Aku berjeda seketika kemudiannya sebelum bersuara.

    " Teringat pulak dulu aku pernah terinjuredkan bahu kau sampai kau tak boleh main basketball ", aku tunduk memandang lantai seketika, masih dibelengu rasa bersalah.

      Zarif menoleh memandangku. Dia berhenti mengatur langkah.
.
      " Jihan... ada benda yang aku nak cerita kat kau pasal apa yang berlaku lima tahun lepas ", dia berkata perlahan.

     " Haa? "

     " Aku akan cerita kat kau bila aku jumpa kau lagi lepas ni "

     Aku hanya berkerut mendengar kata-katanya.

     
       

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang