Aku mencapai sneaker hitam aku dari dalam rak. Sesekali mataku melirik pada jam di pergelangan tangan. Lagi beberapa minit je kelas Prof Subhan nak start.
" Aisy aku ni! Yang pi bangun lewat tu dah kenapa. Dah lah prof subhan tu pantang orang lambat kelas dia ", aku membebel sendiri.
Aku berlari anak menuju ke arah pintu pagar namun langkahku terhenti saat terlihat kelibat Zarif sedang menanti di luar pintu pagar. Baru aku sedar kehadiran keretanya di hadapan rumah jiranku. Aku cuba menyembunyikan riak wajah ku yang sedikit terkejut.
" Jihan, aku hantar kau pergi uni jom "
" Tangan kau dah ok ke nak drive? "
" Dah sebulan dah. Tangan aku dah ok dah ", ye sudah sebulan berlalu sejak kes dia 'confess' tersebut.
Aku masih berkira-kira mahu menolak atau terima sahaja pelawaan Zarif itu. Kalau aku tak lewat macam ni, memang aku dah tolak laju. Aku menarik nafas kecil sebelum bersuara.
" Dah jomlah. Aku pun dah lewat ni ", aku bergerak menuju ke keretanya. Dari lirik mataku dapat aku menangkap senyuman lebar Zarif.
Suasana sepanjang perjalanan senyap sahaja. Sesekali aku menoleh memandang dia sekilas. Dia masih fokus pada pemanduan.
Kata-katanya sebulan lepas tiba-tiba tergiang kembali di ingatan ku.
' Please bagi aku satu lagi peluang Jihan..untuk aku tawan hati kau balik '
Aku terbatuk-batuk. Ni juga lah yang berlaku setiap kali aku teringat kembali kata-katanya.
" kau ok tak? "
Aku sempat mengangguk kecil walaupun masih terbatuk-batuk.
" Nah amik air ni. Tak bukak lagi ", tangan kirinya mencapai botol air mineral di sisi kereta lalu diserahkan kepadaku.
" thanks "
Suasana kembali senyap semula. Aku kembali melayan perasaan.
" Jihan, Zarif nak jumpa kau dekat kantin time rehat nanti. Dia suruh aku beritahu kau ", Suraya tiba-tiba datang membawa pesan.
" Kenapa pulak aku nak pergi jumpa dia. Dia ingat dia siapa. Memang tak lah aku nak jumpa dia ", aku bengang setiap kali nama Zarif disebut.
" Alah Jihan. Hari ni pun last day kau kat sekolah ni kan. Apa salahnya gi jumpa dia kejap. Mana tahu dia nak minta maaf ke apa ke? ", Suraya masih memujuk.
Aku hanya diam.
" Jihan, kita dah sampai. Kau termenung apa tu? ", suara Zarif menyedarkan aku dari lamunan. Aku sedikit tersentak.
" Oh thanks ", aku keluar dari kereta disusuli Zarif.
" Aku pergi dulu. Aku dah lambat ni. Thanks Zarif "
Zarif hanya tersenyum sambil mengangguk kecil.
![](https://img.wattpad.com/cover/63469089-288-k588217.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
RomanceTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu