Dia lagi!

340 13 0
                                    

Aku menyedut laju air teh o ais di hadapan aku. Cuaca yang panas terik sejak akhir-akhir ni menyebabkan aku cepat haus. Aku melilau memandang sekeliling. Kelibat Lia merangkap another housemate aku masih tidak kelihatan di mana-mana. Mana dia ni? Semalam dia yang beria-ria ajak aku lunch.
" Hai, sorang je?", Zarif tiba-tiba mengambil tempat duduk di hadapan ku.
Hampir sahaja aku tersedak air teh o ais yang aku minum tadi saat terlihat wajah Zarif. Apa si mamat ni buat dekat sini ni?!
" Tak lah. Ada orang kat sebelah ni. Tak nampak ke? Awak nak minum apa", aku berpura-pura bercakap dengan orang di 'sebelah' aku.
Zarif hanya tergelak kecil melihat action aku. Aku pula sambung menyedut air teh o ais di hadapan aku, tidak langsung menghiraukan kehadiran Zarif.
" Well, kau fakulti ape eak?"
" Perlu ke aku bagitahu kau?", aku memulangkan soalannya dengan soalan juga.
" Tak pe. Aku boleh cari sendiri"
" Kau ni tak de kerja lain ke nak buat? Yang sibuk nak cari pasal aku buat ape?"
Zarif tersenyum mendengar soalan aku.
" Kenapa kau terus pindah eak lepas incident dulu tu? Kau tahu kan bila kau buat macam tu, means kau kalah?"
" Kau nak aku stay dekat sekolah tu pastu nampak muka kau lagi? Memang tak ar", aku membalas pedas seraya menyedut kembali air teh o ais aku.
" Mesti kau benci gila dekat aku kan?"
" Dah tahu, tak payah tanya"
" Alright, kita tengok sampai bila kau boleh benci aku", Zarif senyum penuh makna.
" Kau tak payah nak rencana idea-idea jahat ea. Kau pi sibuk kan diri kau layan girlfriend kau lagi better dari sibuk pasal aku ", opps aku terlepas cakap.
" Kau tahu pasal Nana? Kau stalk aku ea? Stalker jugak kan kau ni ", dia senyum sinis sambil memandang aku tepat.
What? Stalker? Kuang asam!
" Sorry sikit, buang masa aku stalk kau! Dah heboh satu uni, tak tahu ape laginyer", cepat-cepat aku mencari alasan yang agak logik.
" Well, kitorang bukan officially couple pun "
" Yang kau terangkan dekat aku kenapa?"
Zarif terdiam. Dia memandang aku sebelum tersengih nakal.
" Sebab aku takut kau sedih cinta hati kau dah ada girlfriend so here the truth, dia belum lagi jadi girlfriend aku so jangan risau okay? ", Zarif senyum sinis lagi.
" Oh please, aku dah tak suka kau okay! And dengar ni, aku takkan pernah suka kau lagi! Diulang takkan pernah! "
Zarif hanya diam tidak membalas kata-kata ku lagi.
" Zarif, u buat ape ni? Siapa perempuan ni?", entah dari celah mana, tiba-tiba muncul seorang perempuan berambut hitam paras bahu sedang berdiri di sebelah meja kami.
" Nana..", Zarif terkelu.
Yang kau terkelu buat apa? Cakap je lah aku ni musuh kau and tak de kaitan dalam hidup kau. Bukan susah pun.
" You curang dengan I ea? Weh, perempuan! Kau siapa hah nak mengatal dengan boyfriend aku!", suara Nana yang agak tinggi menyebabkan mata-mata yang berada di sekitar sudah beralih ke arah kami.
Aku terpempan. Aku mengatal dengan boyfriend kau? Excuses me, boyfriend kau yang sibuk kacau aku dulu, okay!
" Nana, dia kawan I je lah. You jangan lah nak menuduh sesuka hati and please.. I belum lagi jadi boyfriend you kan"
Aku hanya diam. Tidak mengiyakan dan tidak menafikan. Biar si Zarif ni settle sendiri masalah dia. Padan muka.
" You back up dia? Memang betul lah you dengan dia ada apa-apa kan? Weh, perempuan hodoh! Yang kau diam je kenapa hah?"
Argh! Suke hati je nak kata aku hodoh! Kau ingat kau lawa? Mekap tebal mengalahkan badut! Lecturer pun tak bermekap macam ni sekali.
" Aku tak nak masuk campur dalam hal rumah tangga korang. Korang settle sendiri", aku berkira-kira untuk beredar dari situ
" Weh, kau nak pergi mana hah?!", Nana cuba menarik tangan aku tetapi sempat ditahan oleh Zarif.
" Nana, jangan buat malu dekat sini boleh tak?! Dah, cepat ikut I. Kita bincang tempat lain", Zarif mengheret Nana pergi dari café tersebut.
" You lepaskan I!", Pang! Satu tamparan hinggap di muka Zarif. Zarif terkesima.

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang