Hujan di tengah hari

253 11 0
                                    

Aku tersenyum riang melihat kunci kereta Fara di tanganku. Hari ni langit cerah sahaja dan cuaca pun tampak baik, tidak langsung menunjukkan tanda-tanda akan hujan, memang hari yang sangat sesuai untuk aku berlatih memandu semula. Maklumlah sejak kes aku tereverse kereta si Zarif tu, rasa hati aku hendak belajar driving semula semakin membuak-buak. Nasib baiklah Fara baik hati sanggup pinjamkan keretanya hari ini.
Aku membaca doa sebelum menghidupkan enjin. " Ya Allah, kau lindungilah aku "
Aku bawa kereta keluar dari perkarangan rumah secara perlahan-lahan. "Biar lambat asal selamat". Beribu kali pepatah itu keluar dari mulutku.
Aku mengeluh nafas lega bila akhirnya kereta Atos Fara berjaya juga meluncur keluar dari kawasan perumahan kami. Aku tersenyum riang.
"Alamak ada simpang besar pulak kat depan "
Aku cuba memperlahankan kelajuan aku yang ketika itu masih di tahap sederhana namun sebelum sempat aku melakukan apa-apa, sebuah motosikal tiba-tiba merempuh bahagian hadapan kereta yang sedang aku pandu. Aku brek mengejut. Hati aku berdegup kencang. Apa yang aku dah buat ni??
Baru aku sedari sekujur tubuh sudah terbaring di hadapan keretaku. Motosikalnya pulak sudah tercampak jauh dari tempat kejadian. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an tidak berhenti mengaduh kesakitan.
" Awak okay??? ", aku jadi panik tiba-tiba. Aku cepat-cepat mendapatkannya.
Orang ramai yang menjadi saksi kejadian sudah mula mengerumuni kami.
" Panggil ambulance! tolong panggil ambulance! ", aku jerit kuat tapi jelas nada ku sedikit bergetar di situ. Janganlah jadi apa-apa dekat perempuan ni. Aku berdoa di dalam hati.
Aku mengangkat kepala wanita itu cuba untuk mengangkat dia bangun.
" Lambat nak tunggu ambulance sampai, angkat dia naik kereta pak cik. Biar pak cik hantar ", seorang lelaki dalam lingkungan 50 an menawarkan bantuan.
Aku hanya patuh dengan arahannya. Dia membantu aku memapah wanita tersebut masuk kedalam kereta. Aku turut sama memboloskan diriku ke dalam keretanya.
Perjalanan menuju ke hospital hanya mengambil masa 5 minit. Setibanya di hospital, aku cepat-cepat mendapatkan doktor, memaklumkan apa yang berlaku. Sejurus selepas itu, wanita itu segera dibawa kebilik kecemasan.
1 minit, 5 minit, 10 minit, 20 minit, 30 minit dan 1 jam berlalu. Aku masih sabar menunggu di luar. Mulut ku tidak berhenti-henti berdoa.
" Mana Yanie?? Doktor, mana Yanie?? "
Aku menoleh mencari arah suara.
" Mana orang yang langgar Yanie, doktor?! Mana doktor?! "
Aku cuba amati dari jauh sang pemilik suara.
" Zarif?? ", aku terkejut dengan kehadiran Zarif di situ secara tiba-tiba.
" Dia sedang dirawat. Encik cuba bawa bertenang ", ulas doktor.
" Zarif.. "
Zarif menoleh saat mendengar suaraku.
" Ni cik Jihan yang bawak pesakit ke hospital ", ulas doktor itu lagi.
" Jihan... ", Zarif turut terkejut melihatku.
Zarif pandangku atas bawah. Muka dan tanganku yang tercalit dengan darah wanita tadi membuatkan Zarif berjeda seketika.
" Jihan.. kau ke yang... langgar sepupu... aku? ", Zarif ucap satu-satu kata-katanya.
Aku tersentak seketika. Wanita tadi sepupu Zarif? Rasa bersalah aku semakin memuncak.
" Zarif...sorry.. ", aku hanya mampu mengucap kata maaf sekarang ini.
" Jihan...kalau dah tahu kau tak pandai drive, kenapa sibuk nak drive lagi?! Nak ambil nyawa orang lain ke?! ", tengking Zarif.
Aku terkesima sebentar mendengar nada suaranya yang tinggi itu.
" Please... Jihan, can you just go? Aku tak nak nampak muka kau dekat sini "
Aku tunduk kecewa seraya mengatur langkah perlahan-lahan menuju ke lobi hospital. Sampai sahaja di luar hospital, aku menangis semahu-mahunya. Sangkaku panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang