Aku mula rasa tidak senang hati. Sudah dua hari berlalu, namun whatappsku masih tidak di'seen' oleh Zarif.
" Ada pape ke jadi kat dia? ", aku mundar mandir sambil sesekali mataku melirik memandang iphoneku yang berada di atas katil.
Aku akhirnya mencapai telefon bimbitku. Lama aku berjeda sebelum akhirnya aku membuat keputusan untuk mendail number Zarif. Seminit dua minit tiga minit panggilanku masih tidak bersahut. Aku mengeluh kecil.
" Fara, Zarif ok ke? ", aku menegur Fara yang ketika itu sedang asyik mengacau sup ayamnya di atas dapur.
" Haa? Zarif? Ok je. Kenapa ko tanye tetibe ni? ", dia meletakkan senduknya seketika.
" Dia datang kelas cam biase ea? "
" Haah, dia datang je cam biase. Awat ni? Dia tak reply lagi ke whatapps ko? ", Fara sambung mengacau lauk di atas dapur.
Aku mengangguk perlahan.
" Seen pun belum ", aku bersuara.
" Aik? Kenape lak? Helok je ak tengok dia main handset. Takkan tak seen lagi kot? Dia hide kot seen dia ", Fara membuat kesimpulan.
" Hmm... ntah lah..."
" Kau nak aku tanya dia ke? "
" Yih, tak payah lah "..............................
Guruh berdentum. Langit mula berubah gelap. Bila-bila masa sahaja air hujan pasti akan turun mencurah bumi. Aku yang ketika itu baru sahaja selesai kelas terakhir mula mengeluarkan payung kecil ku yang diletakkan didalam beg.
" Jihan, nak dekat hujan ni. Meh la aku hantar kau balik ", Razman menawarkan diri.
" Takpe weh. Aku ada payung ni haa ", aku menolak polite.
" Hisy kau ni, guruh kuat kot kat luar tu. Dah-dah biar aku hantar ", Razman pantas mencapai beg sandangnya seraya mengajak ku segera keluar dari kelas.
" Err, rumah kau arah lain kan Man, tak pe ke? ", aku bertanya sambil membuntuti langkah Razman.
" Well, no problem la Jihan. Kate kawan, kene la saling tolong each other kan. Ye ndak? ", Razman menoleh seketika ke arahku.
Aku hanya mampu tersenyum lebar mendegar kata-katanya.
Beberapa minit kemudian kami tiba di tempat Razman memarkir kereta Persona Silvernya.
" Alahai, ada orang block pulak "
Mataku segera menangkap sebuah kereta agak mewah berwarna hitam memarkir betul-betul di belakang kereta Razman. Hmm, macam kenal kereta ni.....
" Aisy, dia tak buat gear neutral pulak. Cube cek Jihan ade tak dia tinggal number kat dashboard depan tu ", arah Razman.
" Tak de Man ", aku mengeleng kecil.
Razman menginjau keadaan sekeliling cuba mencari pemilik kereta tersebut sebelum bersuara kembali.
" Takpelah kite tunggu dalam kereta dulu. Kau ok je kan tunggu kejap? Ke kau rushing nak balik? ", Razman bertanya.
" Eh ok je ", aku berkata jujur.
Sebelum sempat kami memasuki kereta, kami didatangi seseorang dari arah belakang." Sorry sorry, tadi ada hal urgent. Tak sempat tinggal number "
Aku dan Razman sama-sama menoleh mencari arah suara. Aku terlopong kecil. Zarif....... dia memandang ku sekilas sebelum mengalih pandangannya ke arah Razman kembali. Riak di wajahnya tenang sahaja melihatku.
" Kenapa dia buat-buat macam tak kenal aku? ", hatiku bersuara.
" Takpe-takpe. Nasib baik kitorang pun baru je ada kat sini ", tutur Razman.
Aku masih berkira-kira mahu menegurnya atau mahu mengikut saja caranya, buat-buat tidak kenal satu sama lain.
" Jihan, kalau kita gi makan dulu baru aku hantar kau balik boleh? ", Razman sempat bertanya. Ketika itu aku masih berdiri tegak di sebelah pintu kereta. Buntu sebenarnya apa yang patut aku lakukan ketika ini.
" Err... ", aku cuba amati riak wajah Zarif namun riak wajahnya hanya kosong. Dia sudahpun bergegas masuk ke dalam kereta selepas itu. Seminit kemudian, kereta hitamnya laju meluncur pergi.
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
RomansaTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu