Aku berjalan masuk ke food court di tingkat atas midvalley sambil dibuntuti oleh siapa lagi kalau bukan Zarif.
" Kau jaga sikit behaviour kau. Jangan ungkit pasal surat cinta watsoever tu ", aku memberi warning untuk entah keberapa kali.
Syarat Zarif sangat mudah tapi annoying! Dia hendak turut serta lunch bersama kami. Ape entah masalah dia ni?
" Dont worry lah. Aku cuma nak kenal-kenal je dengan kawan kau ", itu jugak lah alasan yang dia berikan sewaktu aku tanya kenapa dia sibuk nak join kami lunch. Mengarut kan?!
" Hai Joe. Lama ke tunggu? Sori ", aku menyapa Joe yang ketika itu sudah pun mengambil tempat duduk.
" Eh tak pe "
" Err... Joe, kenalkan ni kawan satu uni aku, Zarif. Dia nak join kita lunch "
Joe bangun untuk berjabat tangan dengan so-called kawan satu uni aku. Kawan lah sangat. Huh.
" Hai. Aku Juhari, panggil je Joe "
Kedua-dua mereka senyum ramah.
" Duduklah. Aku pergi order makanan kejap. Joe kau nak makan apa? ", aku menawarkan khidmat untuk pergi memesan makanan.
" Eh biar aku yang pergi "
" Tak-pe-takpe ", aku berkeras.
" Alright then. Order je benda apa yang kau rasa sedap untuk aku "
Aku hanya mengangguk seraya mengatur langkah menuju ke station makanan feveret aku.
" Eh Jihan. Kawan kau ni tak nak tanya ke nak makan apa? ", Joe menahan langkah ku.
" Ohh.. hmm kau nak makan apa? ", aku bertanya berbasa-basi.
" Aku nak makan apa yang kau makan ", Zarif bersuara bangga.
Aku terkesima. Ape masalah dia ni! Joe turut terkejut dengan jawapan Zarif.
Malas hendak melayan kerenah Zarif, aku cepat-cepat mengatur semula langkah ku.
Aku kembali semula ke tempat duduk selepas selesai memesan makanan.
" Joe mana? ", ketika itu hanya Zarif berada di situ.
" Toilet. Kenapa? Kau dah rindu ke? ", Zarif melemparkan nada sarcastic.
" Malas aku nak layan kau "
Makanan yang dipesan sampai beberapa minit selepas itu.
" Macam mana kenal dengan Jihan? ", Zarif tiba-tiba bersuara ketika kami baru sahaja hendak makan.
" Aku kawan masa kecik dia. Kat kampung dulu ", Joe bersuara tenang.
Aku pulak? Malas nak masuk campur.
" Oh Jihan ni cemane ye mase kecik-kecik dulu? ", Zarif masih tidak berhenti bercakap.
Aku mengetap bibir sedikit geram.
" Jihan? Ok lah tapi nakal sikit. Dengan aku-aku dia tendang dulu ", Joe ketawa kecil.
Aku masih diam.
" Jihan, kau ok tak? Kenape kau diam je? ", Joe bertanya.
" Eh ok je ", aku jawab pendek.
" Ni ke makanan feveret kau tu? ", Joe bertanya lagi.
" Haah ", aku jawab pendek lagi.
Zarif tiba-tiba terbatuk.
" Pedasnyer! Lauk apa ni Jihan? ", muka Zarif sudah bertukar sedikit merah. Aku hanya tersenyum di dalam hati melihat gelagat Zarif yang tidak tentu arah meneguk air. Amik kau! Nak sangat makan apa yang aku makan kan. Karai chicken ni memang pedas giler. Aku yang suka pedas ni memang dah master lah.
" Karai chicken ", aku berkata selamba.
Zarif tenung aku dengan wajah geram. Aku hanya buat muka tidak bersalah. Hahahahaha. Baru puas hati aku.
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
Roman d'amourTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu