Selepas pertemuan dengan mamat annoying di cafe uni tadi, aku jadi tak tentu arah. Aku dapat merasakan yang hidup aku tak lama lagi akan jadi tunggang terbalik.
" Aduh, minah ni, yang kau kehulu-kehilir depan tv buat ape? Tepi sikit, aku tak nampak laa ", Fara menolak aku ke tepi.
Aku menjeling kecil memandang Fara. Bukan nak tanya kenapa aku macam ni? Alih-alih ditolaknya kite ke tepi.
" Fara, boleh tak kalau aku nak tanya something?", aku bergerak duduk di sebelah Fara.
" Apa? ", Fara hanya membalas pendek. Perhatian dia masih di kaca televisyen.
" Kau kan ramai connection dalam uni ni so kau mesti kenal ramai budak uni kite kan? Kan kan? "
" See the legs laa. Kau sebut je sape, confirm aku kenal punya lah ", Fara sedikit banga di situ.
" Hurm, so... kau ada tak kenal memane budak uni kite name Zarif? ", aku memandang Fara tepat. Tidak sabar menunggu jawapan darinya.
" Macam mana aku nak kenal kalau kau sebut Zarif je? "
" Eleh, tadi punyer la, see the legs laa see the legs laa. ingatkan kalau aku bagi surname je pun kau dah boleh kenal. so takkan nak aku bagi nama penuh baru kau kenal ni? ", aku mencebik.
" Hello, kau ingat uni kite ni kecik ke cik akak oi? Ye la- yela aku tak mintak kau bagi nama penuh dia pun. Sebut je la ciri-ciri dia ke "
" Nama penuh dia aku tak ingat. Tapi kalau tang ciri-ciri hmmm... dia putih lah jugak, ada tahi lalat kat mata, bibir pink sikit.. "
" Cop-cop, bukan main hebat lagi ciri-ciri die. Kau crush kat die ea?? sebab tu berie-rie tanya aku ni? " Fara sudah senyum nakal. Kali ni perhatian Fara sudah 100% dekat aku, bukan lagi pada televisyen.
" Hisy kau ni! Kesitu pulak dah. Aku tanya kau ni sebab dia tu kawan satu sekolah aku dulu. Kot-kot kau kenal dia, boleh la aku tanye dengan lebih lanjut pasal die"
" Eh kejap, kau cakap dia ada tahi lalat kat mata ea tadi? Zarif ea nama dia? "
" haah! Betul betul betul! ", aku mengangguk laju.
" Laaa. Zarif anak datuk tu ke? "
" Anak datuk? Dia anak datuk ke?"
" Laa kau ni, kata kawan satu sekolah dulu. Takkan dia anak datuk pun kau tak tahu? "
" Ok takpe-takpe. Tu tak penting. Kirenyer kau kenal lah dia? "
" Kenal sesangat la kalau budak hot cenggitu. Dan yang paling penting, dia satu kuliah dengan aku "
" Oh seriously?? Kau satu kelas ngan dia?? Dia cemane sekarang? ",
" Cemane apenyer? Sihat je lah kot ", Fara jawab berbasa-basi.
" Hisy kau ni. Maksud aku perangai dia dalam kelas cemane? "
" alaa perangai budak hot kan same je semue. Tak layan orang sangat, selalu dengan dunia sendiri. Dengan kata lain sombong mebi. Perempuan biase-biase macam kau ni confirm dia tak layan la. Hah, cenggitu la dia sekarang "
" Amboi kau ni. Tak payah jujur sangat boleh tak. Aku lawa apa ", aku pura-pura merajuk.
" Hihi, sori-sori. Saje je gurau. Kau lawa kot. Kalah miss Filipino yang menang itu hari ", Fara ketawa terbahak-bahak selepas menghabiskan ayatnya. Nampak sangat menipu minah ni!
" Ok, ok sekarang ni kenapa kau berie-rie cari dia? ye la tahu lah die tu kawan sekolah kau dulu, tapi takkan tetibe je kau nak cari dia? mesti ada benda lain kan? ", Fara sudah memandang aku menagih jawapan.
" Panjang cerita dia", aku menggeleng-geleng kepala tanda tidak mahu bercerita.
" Alah, cerita lah. Kau dah buat aku curious pastu kau nak senyap macam tu je. Mana aci! Betul kan tekaan aku tadi? Kau suka dia kan? ", Fara mula serkap jarang.
Aku memandang Fara lama sebelum satu-persatu lembaran kisah lama dibuka kembali...
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
Lãng mạnTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu