Zarif dan Joe

231 10 3
                                    

" Jihan, kereta sape tu? ", ketika itu kereta Joe semakin menghampiri pintu pagar rumahku.
Kereta mewah sape pulak yang parking depan rumah aku ni? Aku turut tertanya-tanya soalan yang sama seperti Joe.
Joe memarkirkan keretanya betul-betul di hadapan kereta berwarna hitam itu. Aku turun selepas membuka tali pinggang.
Oh, wait. Macam kenal je kereta ni. Tapi tak mungkin lah...
Sedang aku asyik memerhatikan nombor plat kereta tersebut, pemilik kereta mewah berwarna hitam itu tiba-tiba keluar dari tempat pemandu.
" Jihan... "
Terkejut aku sebentar mendengar nama aku dipanggil.
" Zarif ", aku terkejut.
Zarif berjalan mendekati kami berdua. Muka aku masih menunjukkan riak terkejut.
" Apa kau buat kat sini? "
" Hmm. Fara beritahu aku pasal abang kau. Aku datang nak melawat "
Aku terdiam. Fara?
" Fara beritahu alamat rumah aku? "
Zarif hanya mengangguk kecil.
" Abang dia dekat hospital Muar sekarang ", Joe tiba-tiba bersuara.
" Hmm. Boleh kan aku nak pergi melawat abang kau sekarang? ", Zarif berhati-hati mengatur ayat.
" Joe, boleh tak bagi masa kitorang bercakap berdua kejap? ", aku bersuara dengan nada sopan, tak nak Joe tersinggung.
" Oh alright, aku tunggu dalam kereta ", cepat sahaja Joe mengatur langkah menuju ke keretanya kembali.
" Zarif, dengar sini. Aku tak de masa dan mood nak layan kau sekarang ni. So please, just balik kl semula ", aku berkata tegas.
" Jihan, aku serius nak pergi lawat abang kau. Itu je niat aku ", Zarif berkata ikhlas.
" Apa kaitan kau dengan abang aku siap nak lawat bagai? Okay, aku tahu niat kau baik tapi please... jangan serabutkan fikiran aku lagi "
Sebelum sempat Zarif membalas kata-kataku, nada dering telefon bimbitku berbunyi. Nama mak tertera di atas skrin. Pantas sahaja aku mengangkat panggilan mak.
" Jihan, alhamdulillah, abang dah sedar!! ", mak bersuara riang di hujung talian.
" Ya Allah, alhamdulillah. Baru je ke mak?! ", gembira tidak kepalang aku mendengar khabar itu. Aku ucap syukur berkali-kali di dalam hati.
" Baru je Jihan. Abang siap dah boleh bercakap dengan mak tadi "
" Alright mak, Jihan gerak hospital balik ", aku mematikan panggilan selepas menjawab salam mak.
Laju sahaja aku bergerak menuju ke kereta Joe selepas itu.
" Joe, alhamdulillah abang aku dah sedar! ", jelas di wajah ku, wajah keriangan.
" Serius?! Alhamdulillah. Baru je ke? "
" Haah, baru je. Kau boleh hantar aku balik hospital semula? "
" Eh, mesti lah boleh ", Joe tersenyum sambil mengangguk kecil.
Aku bergerak menuju ke tempat duduk sebelah pemandu.
" Jihan..."
Aku menoleh memandang Zarif. Baru aku teringat Zarif masih ada di situ.
" Abang aku dah sedar. So kau dah boleh balik "
" Tak boleh ke aku nak ikut sekali pergi hospital? "
Aku terdiam sebentar.
" Alang-alang aku dah sampai sini, tak boleh ke aku jenguk abang kau sekejap? kau tak kesian ke tengok aku balik macam tu je? Aku ada bawak sekali buah tangan nak bagi abang kau dalam kereta "
Aku berjeda seketika sebelum membalas kata-kata Zarif.
" Hmm. Alright, kau follow je kereta Joe ", aku pasrah.
Zarif tersenyum mendengar kata-kataku.

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang