Kerana dia

175 9 0
                                        

Aku masih bermalas-malasan di atas katil. Sesekali aku memeriksa telefon bimbitku. No missed calls, No whatapps, No messages dari dia. Aku mengeluh hampa.
" Hisy, dia kata tak nak give up. Ni dah dua minggu dah duk hilangkan diri ", aku bermonolog sendiri seraya mendengus perlahan.
" Fara, Zarif datang kelas tak? ", aku menghampiri Fara yang ketika itu sedang sibuk memasak di dapur.
" Hah? Zarif? Datang je dia. Awat? ", tangan Fara masih ligat mengacau lauk di atas dapur.
" Oh ye ke? ", aku bersuara sedikit hampa. ' datang tapi tak cari aku langsung kat uni' . Hmm.
" Kau dah kenapa? Ade hal penting ke nak cari dia? "
Aku hanya mengeleng kecil malas hendak membuka cerita. Hal pinangan dua minggu yang lepas masih tidak ku beritahu sesiapa. Lagipun rasanya melihatkan keadaan sekarang, Zarif macam dah give up je so buat apa aku duk pergi hebohkan dekat orang ramai lagi.
Aku masuk kembali ke dalam bilik. Sungguh kerana dia, hidup aku jadi kacau bilau sekarang. Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah. Senang kata semua benda tak kena lah. Hmm adakah ni semua petanda aku pun dah suka semula dekat dia?? Hmm tapi...
" Jihan, btw kau ingat tak minggu depan birthday Zarif ", Fara tiba-tiba melaung kuat dari dapur.
Aku terdiam seketika. Birthday dia?

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang