Aku tersenyum lebar melihat nama sang pemanggil yang tertera di skrin iphone 5s ku. Melihat nama itu, aku terbayang kembali kejadian petang kelmarin...
" Opps sorry, tapi ni tempat duduk kitorang ", aku menegur seorang lelaki yang sedang sedap mengunyah popcorn di tempat duduk ku. Ni lah antara spesies manusia yang belum start wayang, dah start makan popcorn (ref: faizdickievp instagram).
" Duduk je la sebelah ni. Kosong lagi ni hah ", lelaki itu masih berdegil.
" Susah sangat ke nak bangun? ", aku lemparkan kata-kata bernada sedikit sarcastic.
" Dah lah. X yah gaduh kat sini, karang masuk you tube, orang record ", Lia cuba menenangkan aku dengan kata-kata yang kedengaran lawak sedikit bagiku.
Malas hendak bertengkar, aku turutkan sahaja kata-kata Lia. Aku mengambil tempat duduk di sebelah lelaki itu.
" Hai, tak ingat aku ke Jihan? ", aku terkejut. Macam mana pulak mamat sebelah ni tahu nama aku? Aku toleh ke arahnya.
" Wait. Serius lah kauuuu ", hampir sahaja aku menjerit di situ. Mana lah aku tak terkejut beruk, kawan lama aku aka childhood friend tiba-tiba ada depan mata!
" Dari tadi time kau suruh aku bangun aku dah perasan kau. Saja je aku nak act berlagak bagus kan ", Joe ketawa kecil.
" Seriuslahh weii. Bile kau balik malaysia weh? ", setahu aku Joe ni study overseas.
" Aku tengah summer break tiga bulan ", tidak kami hiraukan wayang yang sudah lima minit bermula.
" Eh bagi aku nombor kau Jihan. Senang nak contact lenkali "
Dan hari ini, pantas sahaja si Joe ni mengcall nombor telefon ku.
" Hello ", aku menjawab salam yang dilemparkan Muhammad Juhari yang lebih senang dipanggil Joe sahaja.
" Buat apa Jihan? "
" Tak buat ape-ape pun "
" Lunch dengan aku jom "
" Sekarang ke? "
" Nama pun lunch, kalau lambat sikit, dah jadi dinner pulak ", Joe berseloroh.
" Kat mana nak makan? "
" Kau pilih. Aku on je mana-mana "
" Makan kat midvalley lah "
" Alright on. Nanti aku datang jemput kau okay. Text address kau sat lagi "
" Baik bos! ", aku mematikan telefon selepas memberi salam.
Belum sempat aku menghantar mesej mengandungi address aku kepada Joe, aku terima pulak panggilan baru. Joe lagi ke?
" Hello "
" Jihan, aku nak jumpa kau kejap. Free tak nanti? "
" Jumpa aku? Sape ni? "
" Seriuslah tak simpan nombor aku? ",
Oh okay aku dah tahu sape.
" Oh kau, sori la. Aku dah buang number kau ", aku berkata jujur. Yes memang betul, selesai je tugas aku menyamar jadi gf dia beberapa minggu lepas, number dia tiada lagi di dalam senarai contact ku.
" Tak perlu nak jujur sangat okay. Ni hah aku nak jumpa kau kejap "
" Aku ada hal kejap lagi "
" Hal apa pulak? Ke kau saja bagi alasan sebab tak nak jumpa aku? "
" Yih kau ni, aku ada nak jumpa orang lah lepas ni "
" Jumpa sape? "
" Tak de kene mengena dengan kau "
" Kat mana nak jumpa dia? "
" Tu pun tak de kene mengena dengan kau "
" Alrite tak pe. Aku boleh cari tahu sendiri", Zarif meletakkan panggilan sesudah meluahkan kata-kata tersebut.
Ape entah masalah dia ni?

KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
RomanceTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu