" Opps ", pantas aku menekan brek kereta. Tidak ku sangka kereta itu akan reverse instead of going forward. Nasib baik tak de kereta lain tengah lalu dekat belakang. Astaghfirullahaladzim.
" Kau ni serius ke ada lesen? ", Zarif yang berada di sebelah sudah mula bersuara.
" Sori laa. Aku dah lama lah tak drive. Tapi serius aku ada lesen ", aku berkata penuh yakin.
" Dah lama tak drive? Serius laaa. Terus hilang ngantuk aku tengok kau drive cenggini "
Errr...
" Dah biar aku lah yang drive ", Zarif sudah berkira-kira untuk keluar dari tempat sebelah pemandu.
" Kau sure dah tak ngantuk? "
" Ngantuk tak ngantuk, yang penting aku rasa aku bawak lagi selamat dari kau bawak sekarang ni "
Aku hanya mencemik mendengar kata-katanya.
" Alah aku salah masuk gear je pun. Tu pun minor mistake okay ", aku tak nak mengaku salah. Nama pun Jihan kan. Ego kasi tinggi sikit.
" Baiklah cik Jihan ", Zarif malas hendak melayan. Dia sudah pun keluar dari kereta.
Kami bertukar tempat. Dan selepas beberapa minit, akhirnya berjaya jugak kereta mewah itu meluncur pergi dari perkarangan hospital.
Selepas beberapa saat, bertembung jugak kami dengan kereta putih Joe yang sedang menanti di luar hospital. Zarif memberi isyarat untuk Joe gerak dahulu di hadapan. Joe hanya patuh.
" Kau dah makan ke Jihan? "
" Err.. Dah. kenapa kau tanya? Kau belum makan ke? "
Zarif hanya mengeleng kecil.
" Kau nak berhenti makan dulu ke? "
" Eh tak lah. Aku tak lapar sangat pun. Saje je nak tahu kau dah makan belum "
" Nanti balik aku masak kejap untuk kau "
" Serius lah kau offer nak masak untuk aku ni? ", Zarif bersuara ceria.
" Amboi, kau patutnya menolak bukannya beria cemni, baru ada adab sikit "
" Eh tak baik tolak rezeki "
" Aku nak masak simple je pun "
" Eh simple pun rezeki jugak "
" Nanti aku pass ke rumah Joe "
Entah kenapa tiba-tiba aku layan Zarif baik pulak ni. Tadi offer nak drive untuk dia lepas tu siap offer nak masak pulak untuk dia. Ape masalah aku ni? Oh..mungkin sebab aku gembira sangat abang aku dah sedar so secara tak langsung, dengan Zarif-zarif aku layan baik. Gembira punya pasal. Tapi jangan dia salah anggap dengan kebaikan aku sudah. Hmm.
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
RomantikTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu