Kata-Kata

118 8 0
                                    

   " Jihan, please masuk kereta ni. Biar aku hantar kau balik ", Ketika itu aku sudahpun tiba di bus stop yang berdekatan.
   " Kau ni dah kenapa? Aku dah cakap kan aku nak naik teksi. Cubalah for once ko try dengar apa aku cakap ", aku mendengus sedikit marah di situ.
     " please Jihan naik... aku ada benda nak cakap dengan kau... "
     " Kalau aku cakap aku tak nak dengar? "
     " please Jihan... for the last time please. Lepas ni kau dah tak nak jumpa aku ke apa ke terpulang pada kau. Aku takkan muncul dah dalam hidup kau. Kalau kita terserempak pun aku akan buat-buat tak kenal kau. Aku takkan kacau hidup kau lagi. Tapi please kali ni je... aku ada benda nak cakap "
      Aku merenung Zarif lama sebelum akhirnya membuat keputusan untuk memboloskan diriku ke dalam keretanya.
     " Lepas kau habis cakap, berhentikan je aku kat memane terus "
     " Okay... ", Zarif berkata perlahan sebelum dia meneruskan pemanduannya kembali.
     " Jihan... pasal Nana tu... apa yang Nek cerita kat kau tu... semuanya betul "
    Aku mencemik mendengar kata-katanya.
    " Kalau itu yang kau nak cakap... "
    " Tapi..", Zarif potong ayatku.
    " Tapi aku buat semua tu sebab kau Jihan.... aku tak nak Nek tahu kau dah tolak pinangan aku. Aku tak nak Nek kecewa bila dia tahu kau yang tolak. Sebab tu aku kata aku yang dah tarik pinangan tu. Then Nek gesa aku macam-macam suruh aku jumpa kau semula pujuk kau. Aku tak nak... sebab aku respect keputusan kau. Dan sebab aku nak stopkan Nek, aku kata aku dah couple balik dengan Nana "
     Aku terdiam masih cuba memproses apa sahaja yang baru sahaja aku dengar.
     " Aku tak sangka pulak kau datang harini. Aku ingat kau takkan datang... "
     " Oh so kau tahu la Nek jemput aku sebenarnya? Then kenapa kau cakap kau tak tahu tadi? "
     " Nek beritahu aku masa aku explain kat dia everything semalam. Tapi... aku ingatkan kau tak datang... "
       Zarif menarik nafas kecil sebelum menyambung kata-katanya semula.
       " Then Nana call kata nak datang dan suruh aku datang jemput. Ive no choice Jihan "
      " Okay-okay. Kau tak perlu explain pun.. aku yang tolak pinangan tu dulu so bukan salah kau pun. Kau berhak buat apa- apa, kau nak couple balik dengan Nana ke ape-ape ke, itu hak kau... so stop explaining everything "
      Suasana senyap seketika selepas itu. Masing-masing sudah buntu untuk bersuara.
     " Jihan... aku still suka kau. Tak kisahlah kau tak suka aku ke apeke aku cuma nak kau tahu yang aku... still suka kau ", Zarif merenung aku seketika sebelum pandangannya kembali ke arah jalan raya di hadapan.
      Aku terpana sebentar mendengar kata-katanya.
     " Zarif... aku... "
      Telefon bimbit ku berdering sebelum sempat aku menghabiskan ayatku.
     

   
    
    

     

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang