Aku masih tekun menghadap wajah abang yang sedang tidur. Tadi hampir satu jam kami berbual. Mak yang berada di sisi hanya ketawa melihat gelagat kami dan apabila mak melihat abang mula menguap, terus sahaja disuruh abang tidur. Lagipun, abang baru sedar, jadi keadaan abang masih lemah. Jadi aku tidak membantah bila mak menyuruh abang berehat walaupun pada hakikatnya aku masih belum puas berborak dengan abang.
" Jihan, tak nak suruh Joe dengan Zarif balik dulu ke? Kesian mak tengok diorang tunggu lama kat luar tu ", mak menegurku.
" Ohh ", baru aku teringat kehadiran Joe dan Zarif. Sebentar tadi sudah pun aku perkenalkan Zarif kepada mak, dan nasib baik mak tidak banyak bertanya. Buah tangan Zarif untuk abang aku pun sudah diserahkan kepada empunyanya.
" Jihan pun balik lah sekali. Dah malam dah ni. Pergi rehat dekat rumah. Biar mak je jaga abang kat sini ", mak berkata lembut.
" Mak pergi lah balik. Biar Jihan jaga kat sini ", aku menolak dengan lembut.
" Jihan, biar mak jaga okay ", mak cuba memujuk lagi.
Aku akhirnya akur. Aku beredar dari bilik wad tersebut selepas bersalaman dengan mak.
" Sori Joe. Lama ke kau tunggu? "
" Tak pe Jihan. Eh sori tapi mak aku tak dapat datang tau malam ni sebab tiba-tiba ada hal tapi aku dah beritahu dah mak aku yang abang kau dah sedar ", ulas Joe sambil tersenyum kecil.
" Takpe- takpe. Lagipun dah malam ni, menyusahkan mak kau je "
Aku toleh memandang sekeliling.
" Zarif mana? "
" Oh, dia pergi cari kopi kejap kat bawah. Nampak macam dah mengantuk sangat je tadi "
Zarif kembali ke tempat kami selepas beberapa minit.
" Zarif, kau boleh ke drive balik kl malam-malam cemni. Kau pun dah mengantuk tu ", Joe bertanya saat Zarif sudah tiba di tempat kami.
" Err.. entah lah "
" Kau tidur lah rumah aku hari ni. Esok gerak lah balik ", Joe ikhlas menawarkan rumahnya untuk Zarif bermalam. Lagipun rumah lama Joe yakni bersebelahan sahaja dengan rumah aku tidak pernah disewakan untuk sesiapa selepas mereka satu keluarga berpindah. Tapi ada lah aku nampak beberapa kali orang datang bersihkan rumah. Mungkin orang yang diupah keluarganya.
" Err boleh ke Jihan? "
" Hah? Boleh apa? "
" Boleh ke aku tak terus balik kl malam ni? "
" Kau ingat aku jahat sangat ke nak suruh kau balik terus malam-malam cemni "
" Mana lah tahu kau tak suka aku kat sini and nak aku terus balik ke "
" Tidur je rumah Joe malam ni "
Zarif tersenyum ceria.
" Dah jom lah ", Joe mengajak kami beredar dari situ.
Sepanjang perjalanan ke tempat letak kereta, Zarif tak berhenti-henti menguap.
" Kau boleh ke drive ke rumah Joe ni? Macam mengantuk benor je aku tengok ", aku sekadar bertanya. Walaupun jarak ke rumah Joe (rumah aku di sebelah tu) tidaklah sejauh balik kl, tapi melihatkan Zarif yang seolah-olah sudah mengantuk benar, aku jadi sedikit risau.
" Ok je ", Zarif berkata pendek seraya menguap lagi.
" Biar aku lah yang drive kereta kau ", aku ikhlas menawarkan khidmat.
" Hah? "
Zarif terdiam seketika.
" Kau ada lesen ke? "
" Ade lah. Duit je tak de nak beli kereta macam kau "
Zarif tiba-tiba senyum.
" Kau risau ea? Sebab tu nak offer drive untuk aku? ", Zarif ketawa kecil.
Joe ketika itu sudah berjalan jauh ke hadapan.
" Tak nak sudah "
" Eh sape kata aku tak nak. Aku pun dah mengantuk gila ni. Takut juga tak pasal-pasal aku kena patah balik masuk hospital ni karang ", Zarif berseloroh.
" Bak kunci kau ", aku menadah tanganku.
Zarif hanya tersenyum riang seraya mencapai kunci keretanya di dalam poket.
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
RomanceTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu