First Meeting

308 13 0
                                    

            Aku menanti di ruang tamu. Sesekali aku menjengah ke luar. Seperti biasa, Zarif tidak pernah tepati masa! Sudah menjangkau 15 minit dari waktu yang dijanjikan.
           " Hisy dia ni, buang masa aku je la kena tercongok tunggu dia cemni! Ingat aku tak de kerja lain ke nak buat?! ", aku merengus geram.
           Zarif yang beria-ria hendak menjemput aku di rumah sewa walaupun puas aku menegah dengan alasan tidak mahu dia tahu alamat rumah sewa aku ini. Tapi sia-sia je kalau cakap dengan mamat degil! Dia terlebih dahulu sudah selidik tempat aku tinggal. Ape entah masalah dia? Siap selidik dekat mana aku tinggal bagai.
        Bunyi hon kereta menyedarkan aku dari lamunan. Hisy dia ni, tak perlulah nak hon banyak kali! Nasib baik Fara dengan Lia tak de dekat rumah, kalau tak memang nak kena si Zarif ni.
              " Kau pakai ape ni?", Zarif memandang aku atas bawah.
             Aku buat muka pelik dengan pertanyaanya seraya tunduk untuk melihat penampilan ku. Seluar track, baju lengan panjang and tudung hitam. Ok ape?
           " Apa yang tak kena dengan baju aku nyer? ", aku berkata selamba.
           " Cuba pakai lawa sikit. Ni selekeh je aku nengok", Zarif menggeleng-geleng. Ni kalau aku bawak jumpa mama, confirm mama tahu aku menipu. Tak mungkin taste aku seteruk begini!
           " Nak jumpa Nana je pun, perlu ke pakai lawa-lawa?", aku mencemik.
           " Nana tu anak tan sri, kau nak jumpa anak tan sri macam ni? Seluar track bagai. Macam baju nak pergi jogging!"
            Hisy dia ni, macam-macam lah! Aku bersetuju nak ikut dia ni dah kira bersyukur! Ni sibuk nak complain pasal baju aku pulak! Aku mengomel geram di dalam hati.
            " Dah, dah cepat tukar baju. Baju kurung ke, blouse ke"
           " Alah, baju kurung kena gosok lah. Malas", aku tak nak mengalah.
             " Kau ni banyak songeh lah. Dah cepat masuk. Nanti kita berhenti butik beli baju"
             Aku yang banyak songeh ke dia yang banyak songeh? Macam nak jumpa bakal mak mertua je siap nak belikan aku baju.
             " Dah tak payah, kau tunggu sini kejap. Aku pergi tukar baju", aku masuk balik ke dalam rumah dengan muka masam. Memang aku takkan pernah menang dengan dia ni!
            Selepas beberapa minit, aku keluar semula dengan baju kurung cotton warna purple dipadankan dengan selendang bewarna cream.
            " Alright, lulus!", Zarif tersenyum ceria.
            " Dah, cepat lah gerak", aku memakai tali pinggang.
            " Ingat ni, dekat sana nanti, jaga sikit perangai kau. Sopan santun sikit "
           " Kita nak pergi jumpa Nana je pun. Perlu ke cenggitu sekali?! ", aku berkata pelik.
           " Kau ikut je la cakap aku. Bukan susah pun ", Zarif memandang aku sekilas sebelum kembali fokus kepada pemanduan.
          " Aku akan jadi diri aku sendiri. Full stop. " , aku berkata tegas.
          Zarif hanya mengeluh kecil mendengar kata-kata ku. Dan selepas itu, dia tidak lagi bersuara.
         Selepas 30 minit perjalanan, kami tiba di perkarangan sebuah banglo tiga tingkat yang tersergam indah. Aku terpegun! Mak ai besar gila!
        " Ni ke rumah Nana?", aku sekadar bertanya menginginkan kepastian sebab tak percaya mewah sangat!
        Zarif menggeleng. Aikk?
        " Habis tu, rumah siapa?"
         " Rumah aku"
         " Rumah kau? Oh, so Nana ada dekat rumah kau?", lah, kalau siap perempuan tu boleh datang rumah dia maksudnyar dia tak lah merajuk mana pun. Kecoh je si Zarif ni lah.
         Zarif memasuki kawasan rumahnya selepas pintu pagar dibuka. Kali ni aku boleh nampak dengan lebih jelas keadaan di sekitar banglo itu. Terpegun sebentar aku dengan kecantikannya!Memang superb beb! Dekorasi di sekitar pun nampak cantik dan nampak high class. Bagai langit dan bumi rumah Zarif ni nak dibandingkan dengan rumah aku di kampung tu.
         " Nana tak de dekat sini", Zarif berkata selamba.
         Dia mematikan enjin.
         " Abeh tu? Kenapa pulak kau bawa aku pergi rumah kau?", aku betul-betul tak faham dan aku perlukan penjelasan.
          " Kau turun je dulu pastu kau tahu lah"
          " Tak nak! Aku tak nak turun selagi kau tak beritahu aku ape yang berlaku sekarang", aku berdegil.
           Zarif mengeluh. Kenapa lah aku tak bawak perempuan lain je pastu mengaku je yang dia Jihan, kan senang? Yang aku pergi bawa perempuan degil ni pulak kenapa? Zarif mula menyesal dengan tindakannya.
            " Okay, macam ni. Nana mengadu dekat mama aku yang dia nampak aku dengan kau so mama aku tanya perempuan tu siapa. Then, aku tipu. Aku kata kau makwe aku. So, sekarang ni mama aku nak aku kenalkan kau dekat dia"
            " What?! Yang kau sesuka hati kata aku makwe kau kenape?", aku jadi bengang.
            " Sebab aku tak nak mama aku paksa aku pujuk Nana dan aku nak mama aku stop padankan aku dengan Nana! Masa tu aku tak de pilihan. Tak sangka pulak mama aku siap nak jumpa kau"
             " Hantar aku balik sekarang. Aku tak nak involve dalam penipuan bodoh kau", aku berkata tegas.
            " Please, aku nak minta kau berlakon untuk hari ni je. Lepas tu, pandai-pandai lah aku cakap yang kite clash ke ape ke. Please", Zarif merayu.
            Sebelum aku sempat membalas kata-kata Zarif, pintu cermin aku diketuk perlahan. Seorang wanita dalam lingkungan 60 tahun sedang tersenyum memandangku. Aku teragak-agak membalas senyuman manis itu.
            " Tu nenek aku. Please, nenek aku ada penyakit jantung so please, just berlakon untuk hari ni je?", Zarif merayu lagi.
            Aku betul-betul tak nak. Sangat-sangat tak nak. Tetapi melihatkan senyuman manis yang dilemparkan nenek Zarif, aku jadi serba salah. Lagi-lagi bila Zarif beritahu dia sakit jantung.
             " Untuk hari ni je okay!", aku menjeling memandang Zarif.
             " Alrite-alrite! ", Zarif mengangguk laju.
           Kami sama-sama keluar dari kereta. Zarif bersalaman dengan neneknya diikuti oleh aku. Aku melemparkan senyuman semanis mungkin.
           " Jihan kan nama kamu?", aku hanyak mengangguk seraya tersenyum.
           " Dah, Zarif bawaklah Jihan masuk dalam rumah. Mak kamu dengan ayah kamu dah tunggu dekat dalam"
             Aku jadi tak tentu arah. Tiba-tiba rasa nervous pulak. Walaupun ni cuma lakonan tetapi aku tetap juga risau kalau first impression diorang dekat aku tidak bagus. Kalau nak diikutkan, aku ni cuma dalam kategori biasa-biasa je. Langsung tak sesuai dengan anak dia yang banyak punyer hensem. Entah-entah terus dapat tangkap yang kitorang ni menipu. Macam enggang dan pipit!
             " Ni ke mak we kamu tu?", Datuk Ismail berkata ramah.
             " Ye, abah. Ni lah Jihan", Zarif memperkenalkan aku. Aku hanya tunduk hormat sambil tersenyum. Pandai betul aku berlakon. Senyum sana, senyum sini. Nampak real pulak tu! Padahal dalam hati, menangis!
            " Mama, ni lah Jihan. Jihan ni mama saya, awak panggil je auntie Mastura", Datin Mastura hanya memandang aku tajam.
             " No, panggil saya Datin Mastura", aku telan liur melihat renungan tajam dia. Aku dah agak dah perkara ni akan terjadi. Siapa nak anak dia dengan perempuan macam aku ni. Tak pandai berhias, muka biasa-biasa and etc.
           " Dah, jom lah makan dulu", Mak Tim cuba menghilangkan ketegangan dengan mengajak kami semua ke meja makan.
           Kami bergerak ke meja makan bersama-sama.
             " Nek, tak pe biar saya senduk kan nasi", aku bangun dan mengambil senduk di tangan Mak Tim.
             Tak de orang gaji langsung ke dekat rumah sebesar ni? Semuanyer Mak Tim yang buat.
              " Nek, duduk lah"
              Aku mengambil tempat duduk di sebelah Mak Tim selepas selesai menyenduk nasi.
             " Eh Jihan duduk lah sebelah Zarif ", Mak Tim menegur ku sambil tersenyum kecil.
             " Hah....? Oh... ye ", aku bangun-bangun perlahan dan menuju ke arah kerusi di sebelah Zarif. Zarif hanya buat muka toya.
         " Jihan, kamu pandai masak ke?", Mak Tim tiba-tiba bertanya saat kami sedang menikmati juadah.
          " Tahu lah jugak masaknya. Nak kata pandai, malu pulak nak puji diri sendiri. Tapi setiap kali Jihan masak, memang licin lah budak serumah makan", jawapan aku mengundang gelak ketawa Mak Tim. Datuk Ismail hanya tersenyum. Datin Mastura pulak diam membisu.
             " Nanti malam, Jihan masak ea. Biar kita test power Jihan", Mak Tim menambah.
             Nanti malam? Takkan dia nak aku stay dekat rumah ni sampai malam kut? Aku memberi isyarat kepada Zarif dengan pandangan tajam.
             " Nek, tak payah lah. Lagipun lepas ni Zarif dah nak hantar Jihan balik"
             " Lah, duduk lah lama-lama sikit. Nanti malam, kamu hantar lah dia balik. Nek pun dah lama tak de teman berborak. Kalau nak solat, solat je dekat sini", Mak Tim berkata ramah.
             " Tapi Nek..", Zarif cuba lagi.
             " Jihan, tak pe kan kamu stay lama sikit?", Mak Tim memujuk.
            Lama juga aku berbalas-balas pandangan dengan Zarif sebelum aku mengangguk kecil.
            " Baiklah nek "

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang