Aku masih sabar menanti di hadapan rumah Zarif. Mak Tim muncul beberapa minit kemudian menyambut aku di muka pagar. Aku terkesima sebentar melihat reaksi Mak Tim yang nampak terlalu gembira bertemu denganku. Dia memelukku kuat.
" Assalammualaikum Mak Tim. Mak Tim sihat ke? "
" Sihat alhamdulillah. Jihan sihat? "
" Alhamdulillah sihat je ", aku tersenyum ramah.
" Masuk-masuk Jihan. Abah dengan mama Zarif tak de, mereka ada urusan bisnes kat overseas "
Aku hanya mengangguk tanda memahami.
" Err.. Zarif ada ke Mak Tim? "
" Oh ade je dalam bilik dia. Kamu duduk je kat ruang tamu kejap, nanti Mak Tim panggil dia turun "
Aku mengambil tempat duduk di ruang tamu milik keluarga Zarif. Aku pandang sekeliling, memori lalu tiba-tiba belayar kembali, saat aku tiba-tiba terjebak dengan rencana penipuan Zarif dan terpaksa berlakon sebagai kekasih Zarif. Namun tanpa sedar aku tersenyum sendiri.
Bunyi tapak kaki menuruni tangga menyedarkan aku dari lamunan. Aku tidak terus berpaling, sebaliknya aku hanya tunduk sambil menunggu gerangan tersebut betul-betul tiba di hadapan ku.
" Jihan... "
Aku bangun dan berdiri betul-betul di hadapan Zarif. Namun pandanganku tidak 100% ke arah wajahnya sebaliknya...
" Zarif, kenapa dengan tangan kau? ", aku bersuara risau.
Balutan semen di tangan kanannya membuatkan aku sedikit ternganga. Hampir sahaja aku menyentuh lengannya yang berbalut itu untuk melihat sebesar manakah luka tersebut.
" Kau.. buat apa kat sini? ", Zarif membalas pertanyaan aku dengan pertanyaan yang lain.
" Err.. aku datang nak jumpa.. kau "
" Kenapa kau nak jumpa aku? "
" Sebab aku... nak minta maaf ", aku tunduk selepas itu.
" Jihan... ", kata-kata Zarif terhenti saat kelibat Mak Tim tiba-tiba muncul di ruang tamu. Mak Tim sedang menatang dulang berisi sedikit kudapan dan minuman.
" Eh kenapa kamu berdua berdiri ni? Duduk-duduk Jihan "
Aku teragak-agak mengambil tempat duduk semula. Zarif hanya merenung ke arahku sebelum turut melakukan benda yang sama, dia mengambil tempat duduk di hadapan ku.
" Zarif kena langgar motor tiga hari lepas. Tu kena semen tangan dia tu ", Mak Tim menjawab seolah-olah dia dapat membaca fikiran ku tika ini.
Mak Tim berlalu ke arah dapur semula selepas meletakkan dulang tersebut di hadapan kami.
" Serius ke luka tu Zarif? ", mataku masih tidak beralih dari memandang semen di tangan kanannya.
" Kau tak payah risau, aku hidup lagi "
" Mana aku tak risau kalau kau luka sampai macam tu sekali "
Zarif terkesima mendengar kata-kataku.
" Tapi bukan ke kau tak selesa dengan aku? Kenapa kau nak risau pasal aku pulak? ", Zarif renung aku tajam.
Aku menarik nafas kecil sebelum membalas kata-katanya.
" Zarif, aku betul-betul nak minta maaf pasal tu "
Kami diam untuk beberapa detik.
" Jihan.. aku betul-betul tak dapat baca perasaan kau. Kau literally tolak aku then kau datang sini tunjuk kau risau pasal aku. Jihan..aku tak perlukan simpati kau. Kalau kau tak de perasaan kat aku please jangan bagi harapan palsu. Aku tengah cuba untuk lupakan kau so please jangan buat keadaan makin susah untuk aku please "
Kali ni giliran aku pula yang terkesima dengan kata-katanya. Aku tidak terus membalas sebaliknya aku merenung jauh ke hadapan.
" Sori Jihan.. ", dia bangun selepas itu.
" Zarif... aku pun rasa aku tak boleh baca perasaan kau ", Zarif terhenti selepas mendengar kata-kataku. Dia berpaling semula memandang kearahku.
Aku berdiri sambil memandang tepat ke arah matanya sebelum menyambung kembali kata-kataku.
" Kau orang yang sama yang malukan aku time zaman sekolah dulu, orang yang sama yang kecewakan aku dulu, orang yang sama yang buat hati aku remuk dulu then kau rasa aku boleh percaya dan terima bulat-bulat ke kalau orang yang sama tiba-tiba tunjuk macam ada perasaan kat aku? Kau rasa semua tu logik ke? "
Zarif hanya diam.
" Kau kata aku bagi harapan palsu dekat kau? Orang yang kau cakap bagi harapan palsu ni jugak lah orang yang sama tulis surat cinta untuk kau dulu. Orang yang sama suka beria-ria dekat kau dulu. Then sapa yang patut dipersalahkan sekarang? Kenapa baru sekarang kau nak balas apa yang aku rasa dulu? "
Zarif masih diam.
" Ye aku datang memang sebab aku risaukan kau. Aku risau kalau kau kecik hati dengan apa yang aku cakap hari tu so niat aku datang cuma nak minta maaf. Tapi kalau kau just anggap aku simpati dekat kau then nothing to say ", aku mencapai beg sandang aku di atas sofa seraya berlalu ke arah dapur.
" Mak Tim, Jihan balik dulu tau "
" Eh dah nak balik dah? Cepatnya. Stay la dulu makan tengahari kat sini "
" Tak pe Mak Tim. Jihan ada hal sebenarnya tengahari ni tu kena gerak awal. Okay Mak Tim. Pergi dulu tau ", aku bersalaman dengan Mak Tim. Sempat Mak Tim memelukku erat sebelum kami bersama-sama mengatur langkah ke arah ruang tamu semula.
Saat aku dan Mak Tim tiba di ruang tamu, Zarif sudah tiada di situ. Aku hanya menarik nafas kecil sebelum pantas mengambil langkah beredar dari kediaman keluarga Zarif itu. Sungguh aku kecewa. Sangkaku Zarif akan menarik kembali kata-katanya...
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
RomanceTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu