Zarif mengeluh kuat. Mana Jihan ni?? Dah berjuta kali dia call, tak de satu pun yang bersahut. Dah seminggu juga dia tak nampak kelibat Jihan di universiti. Ke dia sengaja nak elak aku? Annoying sangat ke aku time lunch hari tu? Pelbagai persoalan muncul di benak Zarif.
" Fara, Jihan kat mana eak? ", Zarif memberanikan diri menegur Fara selaku teman serumah Jihan. Ketika itu mereka baru sahaja selesai kelas Prof Abdul.
" Amboi, tak pernah-pernah kau tegur aku before ni. Awat? Rindu Jihan kaa? "
" Mana ada! ", cepat Zarif menafikan. Memang dia tak rindu pun. Dia cuma pelik kenapa Jihan tiba-tiba menyepikan diri seminggu ini.
" Cepat lah. Jihan kat mana? Call tak pernah dia nak angkat "
" Kenapa kau sibuk cari dia? Bukan korang dah tak de kaitan ke after kes kau announce surat dia kuat-kuat dulu tu. So kenapa sibuk lagi nak cari dia? ", Fara memerli.
Zarif tidak terus membalas kata-kata Fara.
" Hmm. Bila aku teringat balik, mesti kau kan dalang di sebalik kes dia try ambil balik surat tu kat loker aku kan? Mesti kau kan yang beritahu mana satu loker aku kan? ", Zarif merenung Fara tajam.
Fara telan liur.
" Dah cepat lah beritahu aku mana Jihan ", Zarif mengesa lagi.
Fara berjeda seketika. Mungkin masih berkira-kira hendak beritahu atau tidak.
" Jihan kat kampung. Abang dia accident. Dia nak stay sana sampai abang dia sedar ", Fara mengakur kalah. Niat di hati nak rahsiakan sahaja daripada pengetahuan Zarif.
" Abang dia tak sedar lagi lah ni? "
" Belum lah kot. Dia diam je "
Zarif terdiam seketika.
" Kampung dia kat mana? "
" Err.. kenapa kau nak tahu? ", Fara rasa pelik dengan pertanyaan Zarif.
" As kawan, mestilah aku nak pergi melawat jugak abang dia "
" Masa bila pulak kau jadi kawan dia ni? "
Zarif mengeluh kecil.
" Kau dengan Jihan perangai sama je. Boleh tak kau beritahu je aku kat mana kampung dia? Susah sangat ke? "
Fara hanya mencemik mendengar kata-kata Zarif.
" Thank you Fara ", di tangan Zarif sudah pun ada sekeping kertas bertulis alamat kampung Jihan.
" Ingat, aku bagi kau ni pun sebab kau paksa. Kalau Jihan marah, jangan babitkan nama aku "
" Dont worry ", Zarif menjawab pendek.
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
RomanceTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu