Aku melihat sekeliling. Suasana di cafe uni ni even pagi-pagi pun dah riuh-rendah dengan orang ramai. Semua tak sabar-sabar nak bersarapan. Aku ni pulak sebenarnya bukan muka bersarapan. Al maklumlah nak jimat duit, so aku selalu makan sekali satu hari je. Tapi hari ni entah angin apa, aku tiba-tiba terasa macam nak makan nasi lemak ayam goreng berempah.
" Air teh o suam satu ye "
Tak sampai beberapa minit, kedua-dua makanan yang dipesan sudahpun siap terhidang di hadapan ku. Aroma nasi lemak menusuk hidung aku. Ya Allah sedapnya bau dia.
Belum sempat aku membaca doa, tiba-tiba terdengar ada orang berteriak nama aku. Ni dah kenape pulak ni?
" Woi minah! Kau kan orang yang curang dengan boyfriend aku kan?! "
Aku angkat muka. Nana?! Ape masalah dia ni.
" Woi jawablah weh "
" Aku tak de masa nak curang dengan pak we kau ", aku cuba kawal riak air muka aku. Padahal aku dah cukup malu dah dengan orang ramai yang tak perlu dipinta, sudahpun sibuk melihat scene kami.
" Jangan nak tipulah! Diorang nampak kau naik kereta boyfriend aku! ", Nana sudah melenting.
" Pasal benda tu kau boleh tanya sendiri dengan so-called boyfriend kau tu. Yang pasti benda tu tak de kaitan dengan curang ke ape. Sebab aku tak suka dia! ", full stop.
" Tanya sendiri boyfriend aku?! So betul lah kau ada naik kereta dia?! "
Aku hanya diam.
" Kurang ajar punyer perempuan. Berani kau menggatal dengan boyfriend aku! Amik ni ", Cepat sahaja Nana mencapai air teh o suam di atas meja dan menyimbah ke muka aku.
Aku terkesima. Sakit weh. Bukan air teh o ais dia simbah, air teh o suam okay. Nasib baik suam bukan air panas. Minah ni memang dah melampau ni. Belum sempat aku buat apa-apa, Nana sudah menarik lenganku memaksa ku berdiri.
" Ingat ni. Ni lah akibatnya kalau kacau boyfriend orang lain "
Aku lihat dia sudah bersedia untuk melepaskan penampar ke pipi ku. Tapi no way man, aku sempat menahan tangannya.
" Apa kau ingat ni drama sinetron? Main tampar-tampar bagai? Come on lah beb, grow up. Jadi matured. Kau tak payah risau, aku dengan Zarif tak akan ada apa-apa. So plis, act like ur age ", aku memilih untuk kekal bertenang. Jangan melenting jugak, kalau tak aku sama je pesen dengan dia.
Nana nampak terkesima dengan jawapan aku. Aku capai beg aku dan berkira-kira untuk beredar dari situ. Tidak ku hiraukan rasa sakit muka aku dek disimbah air teh o suam tadi. Aku menuju ke kaunter untuk membayar harga makanan. Nana tidak menahan mahupun melenting lagi, mungkin dia masih terkesima dengan jawapan aku.
Sejurus membuat pembayaran, aku cepat-cepat beredar dari situ. Confirm lepas ni berpuluh-puluh tahun pun, aku takkan jejak cafe uni ni lagi. Malu weh. Orang yang tak tahu pape cerita mesti ingat aku betul-betul curang watsoever dengan pakwe Nana tu.
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
RomansaTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu