Malam itu, aku bersama-sama Mak Tim memasak di dapur. Datuk Ismail dan Datin Mastura ada sahaja di ruang tamu sedang menonton televisyen. Zarif pulak entah di mana.
" Jihan, macam mana kamu kenal dengan Zarif ye?", Mak Tim bertanya tetapi tangannya masih ligat memotong bawang.
Aku tergamam sebentar dengan pertanyaan Mak Tim. Nak jawab ape ni? Karang yang dijawab aku lain, yang dijawab Zarif lain.
" Kitorang satu sekolah menengah dulu, sampai form 4, pastu Jihan pindah. Kitorang jumpa balik masa dekat UPM", Zarif pula yang menjawab bagi pihak aku. Entah bila dia sampai di dapur ni, aku pun tak tahu.
" Kenapa Zarif tak pernah cerita dekat Nek? Nek ingatkan memang lah kamu ni tak suka sesape, sebab tu boleh je kamu terima rancangan mama kamu nak memadankan kamu dengan Nana "
"Nek ni, kan Zarif dah beritahu sebelum ni, sebab Zarif takut dengan mama!"
Tanpa sedar, aku tergelak. Takut mama? Weh, dah besar macam ni pun still takut dengan mama? Memang lawak! Kalah Maharaja Lawak Mega!
" Yang awak gelak kenapa?", Zarif bertanya sambil tersenyum tetapi aku tahu dia sedang marah. Ah lantak kau la. Kalau aku rasa nak gelak, aku nak gelak jugak!
Aku hanya menggeleng tanda aku tidak mahu berbicara. Aku bangun untuk mengacau sayur tauge goreng di atas kuali. Lepas ni tinggal nak buat udang sambal, asam pedas ikan tenggiri dan sotong goreng. Hah, amik kau. Segala jenis lauk aku persembahkan dekat keluarga Datuk Ismail hari ni.
" Aku tanya kenapa kau gelak?", Zarif sudah berdiri di sebelah aku. Aku pandang belakang, huh, tak de nenek dia. Patut lah dah ber kau, aku pulak.
" Dah tua bangka tapi still takut dengan mama", aku berkata selamba.
" Hello, aku baru 24 okay, belum tua bangka lagi"
" Dah, dah, daripada kau sibuk explain kat aku, baik kau pergi siang ikan tenggiri tu. Aku nak masak asam pedas. Cepat masak, cepat siap. Cepat siap, cepat lah aku boleh balik"
" Asam pedas ikan tenggiri? Alah, aku tak suka asam pedas lah. Takkan Nek tak bitau? ", Zarif mencemik.
" Entah. Nenek kau suruh aku masak ape yang aku expert je tadi. So aku masak je la ape yang aku rasa nak masak ", aku berkata selamba. Perhatian aku masih pada kuali di hadapan aku.
" Kau ni kalau ye pun, masaklah makanan feveret aku. Baru lah nampak macam real kite ni tengah bercinte ", Zarif mengeleng-geleng kecik.
" Ewww ", aku jadi geli geliman mendengar perkataan 'bercinte' itu keluar dari mulut Zarif.
" Selagi kau tak alergik dengan asam pedas, aku tak rasa ade masalah untuk aku masak masakan ni malam ni "
" Kau ni kan, kalau dah degil, degil betul kan? ", Zarif merengus geram.
Aku hanya mendiamkan diri, malas mahu bertelagah mulut lagi.
Zarif berlalu pergi selepas itu.
" Tu nak lari lah tu. Sengaje cari alasan x mo siang ikan ", aku mengutuk Zarif di dalam hati.
" Weh Jihan, ajar lah aku camne nak siang ikan ni ", suara Zarif menyapa dari arah belakang. Aku menoleh dan Zarif sudah bersedia untuk menyiang ikan tenggiri tersebut. Sangkaku dia sudah lama cabut lari pergi bilik tadi.
" Alahai , ni just buat cenggini je ", aku bagi tutorial siang ikan sebentar kepada Zarif. Dia hanya tekun memerhati dan mendengar.
" Yang lain ni kau buat sendiri ", aku menyerahkan pisau kepadanya seraya kembali mengacau apa-apa yang patut di atas dapur.
" Weh, btw Zarif, aku nak benda hari ni stop dekat sini je tau. Jangan meleret-leret sampai ada episode ke-2 pulak nanti", aku sempat memberi amaran.
" Alah, kau jangan risau lah, aku pun tak hingin nak ada episode kedua dengan kau. Diorang cuma nak aku kenalkan kau je ", tangan Zarif masih ligat menyiang ikan yang ketiga.
" Eik, Zarif siang ikan? Selama ni suruh macam mana pun, tak pernah nak tolongnyer kite dekat dapur. Ni mesti sebab si Jihan ni, sanggup dia tolong", Mak Tim kembali sambil tersenyum lebar.
Aku hanya pura-pura tergelak kecil sebelum kembali sambung mengopek udang.
" Boleh kamu berdua je buat kerja? Nek rasa macam nak berehat pulak sekejap. Badan macam sengal-sengal sikit. Boleh kan, Zarif, Jihan?"
" Nek okay tak? Nak Jihan urutkan kejap?", aku ikhlas menawarkan bantuan.
" Eh, tak pe-tak pe. Nek cuma nak baring kejap je"
" Okay, nek pergilah rehat",
Mak Tim tersenyum penuh makna sebelum berlalu pergi.
" Alah, nenek aku berlakon je tu. Dia tak nak kacau kite berdua dekat dapur ni. Tu maksudnyer, dia dah betul-betul berkenan dengan kau. Habislah kau kalau nenek dah berkenan. Tu lah kau, layan baik sangat"
" Habeh tu, kau nak aku kurang ajar dengan nenek kau?", aku memerli.
" Dengan aku pandai pulak kau kurang ajar"
" Well, kalau orang tu pun kurang ajar, memang pandai lah aku kurang ajar balik"
" Okay, fine. Ni hah, ikan dah siap. Dah, aku nak naik atas. Aku nak rehat!"
" No,no jangan naik dulu. Mai tolong aku kopek udang ni sekali "
" Alah, malas lah "
" Baik kau buat before aku beritahu diorang hal yang sebenar", aku pun pandai mengugut. Ape kau ingat kau je reti mengugut?
Zarif merengus sebelum turut serta mengopek udang bersama aku.
KAMU SEDANG MEMBACA
My 2nd Confession
RomansaTulis saje-saje time bosan so x de lah gempak sangat macam novel hlovate hiuhiuhiu