One step

161 8 0
                                    

Aku masih termenung memandang syilling, sesekali aku keluh kecil. Panggilan dari mak petang tadi betul-betul berjaya membuatkan jiwaku kacau. Aku bangun dari katil seraya mencapai telefon bimbitku di atas meja belajar. Kata-kata mak beberapa jam yang lalu kembali belayar di ingatan...
       " Hello assalamualaikum mak ", aku bersuara ceria. Sudah lama juga aku tidak berborak dengan mak di telefon. Mak menjawab salam ku ceria.
      " Jihan, mak ada benda nak beritahu ni. Tu yang mak call ni ", mak bersuara lembut di hujung talian.
      " Kenapa mak? Risau pulak jihan dengar "
      Mak berjeda seketika.
      " Ada orang datang meminang kau tadi "
      Sebaris ayat mak itu cukup untuk membuatkan aku ternganga kecil. What?!
" Mak bergurau ape ni mak? "
" Mak tak bergurau sayang oi"
Aku terdiam seketika sebelum membalas kata-kata mak.
" Sape mak? ", aku berdebar-debar ingin tahu.
" Kawan kau yang pernah jenguk abang kat hospital tu "
    Kawan aku yang pernah jenguk abang kat hospital? Joe? Eh tapi kalau Joe mesti mak terus mention Joe je, sebab mak kenal sangat dengan si Joe tu. Habis tu sape lagi yang jenguk abang kat hospital kalau bukan Joe? Err...takkan lah.... dia?
" Mak, Zarif...ke mak? ", aku sudah tergagap-gagap di situ. Masih terkejut sebenarnya.
" Oh haah dia- dia. Mak lupa pulak nama dia tadi cuma mak ingat lah dia pernah datang hospital lawat abang dulu kan? "
Sungguh kata-kata mak selepas itu tidak langsung dapat aku digest. Aku menarik nafas panjang, masih cuba untuk menggrab apa yang baru sahaja aku dengari.
" Tapi tadi mak cakap lah nanti mak tanya kau dulu. Lagipun kau pun belum habis belajar lagi jadi mak pun tak de lah tergesa-gesa nak terima "
Aku masih diam.
" Tapi kan Jihan, mak tengok macam ikhlas betul budak tu nak memperisterikan kau. Kalau mak tak fikir panjang, nak je mak terima tadi tau "
Aku masih diam.
" Jihan? Dengar tak apa mak cakap ni? "
" Mak nanti Jihan call mak balik boleh? "
" Oh Jihan ada kelas ke lepas ni? Okay-okay nanti beritahu la mak apa keputusan kau. Abang tadi mak beritahu, dia setuju je. Abah kau pulak tak de masa budak Zarif tadi datang. Tapi tadi mak duk cerita abah kau senyum je macam setuju ", mak masih berceloteh panjang.
" Okay, mak. Bye assalamualaikum ", aku malas hendak membalas panjang kata-kata mak.
Aku letakkan panggilan namun telefon bimbitku masih aku pegang kuat di tangan. Sedang berfikir sebenarnya sama ada aku baru sahaja bangun dari mimpi atau semua tadi benar-benar berlaku? Tapi entah kenapa... jauh dari sudut hati aku... aku berharap semua yang aku dengari sebentar tadi... bukannya mimpi...

My 2nd ConfessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang